teessot Publish time 20-4-2010 09:44 AM

Tuesday April 20, 2010
newsdesk@thestar.com.my

Free medical checkups for Larkin folk


JOHOR BARU: Residents staying in the Larkin benefited from the free medical health camp recently.

The event, organised by the KPJ Johor Specialist Hospital and Sathya Sai Baba Association, was aimed to help the lower income group so they could receive free medical checkups.

Sathya Sai Central Council Johor state coordinator S. K. Govindan said this was the first time the organisation collaborated with the hospital in such an effort.

揟he medical camp was organised so that those from the lower income group can have their health checked by specialists.

揙ther than health screening, visitors were also treated to free Pap smear checks, glucose and cholesterol test and were taught on self-breast examination,

teessot Publish time 20-4-2010 09:48 AM

Tuesday April 20, 2010
THE STAR ONLINE

Water disruption in Muar


MUAR: There will be a water disruption here due to the replacement of pipe valves and maintenance at three Panchor water treatment plants.

The maintenance will be carried out on Panchor one and three water treatment plants (Area A) between 10am and 10pmtomorrow.

Maintenance work will commence on the Panchor four water treatment plant (Area B) between 10am and 6pm on Thursday.

The areas affected in Area A include areas along Jalan Muar- Batu Pahat, Parit Jawa - Semerah, Jalan Bukit Mor, Jalan Yosuf Darat, Jalan Temenggong Ahmad, Parit Sakai, Parit Jawa, Jalan Abd Rahman, Parit Samsu, Jalan Bakri, Jalan Datuk Hj Kosai, Parit Bakar, Taman Sakeh Baru, Parit Jamil, Bukit Pasir, Jalan Muar-Pagoh, Jalan naib Kadir, Jorak, Jalan Sungai Terap, Kampung Tengah, Taman Selasih, Taman Sri Terap, Taman Puteri, Kampung Jeram Mesjid, Taman Permai, Kampung Parit Ulu and Jalan Sri Tanjung.

The areas affected in Area B include Kampung Masyarakat Jasa, Taman Bukit Pasir, Jalan Pagoh Gombang, Kampung Paya Limpah, Jalan Kangkar Senangar, Kampung Muda Jaya, Taman Sri Pagoh, Pagoh town, Kampung Sawah, Olak Sepam, Kampung Raja, Kampung Selancar, Kampung Panjang Sari, Kampung Gelam, Kampung Brohol, Kampung Sri Makmor, Taman Pagoh Jaya, and Kawasan Perindustrian Pagoh.

People in these affected areas are advised to store enough water during the period.

king\'s Publish time 20-4-2010 07:26 PM

Berita harian online

Dua remaja kena tahan selepas ragut wanita
2010/04/20
JOHOR BAHRU: Dua remaja masing-masing berusia 15 dan 16 tahun ditahan selepas meragut seorang suri rumah di tepi Jalan Dato Daud, Tampoi di sini, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa seorang wanita berusia 40 tahun sedang berjalan berseorangan sambil membawa beg tangan berisi wang berjumlah RM27. Ketika sampai di tempat kejadian, mangsa dihampiri sebuah motosikal dinaiki dua remaja terbabit yang kemudian bertindak menarik beg tangan miliknya. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata mangsa yang terkejut dengan insiden berkenaan, menjerit meminta tolong sehingga menarik perhatian orang ramai di jalan berkenaan.

“Orang awam yang menyedari kejadian membantu mengejar mangsa sebelum kedua-dua remaja terbabit berjaya ditangkap beberapa meter dari lokasi kejadian,” katanya.

Ruslan berkata, pihaknya turut menghantar unit peronda MPV ke tempat kejadian selepas menerima panggilan berhubung penangkapan dua suspek itu.

“Berdasarkan siasatan, suspek adalah dua remaja tidak bersekolah berusia 15 dan 16 tahun manakala motosikal digunakan adalah motosikal curi yang dilaporkan hilang di Batu Gajah, Perak. “Suspek kini dikenakan perintah reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkawan,” katanya. Sementara itu dalam kejadian berasingan, Ruslan berkata, pihaknya menahan seorang lelaki kerana dipercayai terbabit dalam kes samun terhadap seorang wanita di Hotel Fern Lodge, Jalan Besi, Taman Sri Putri, Skudai, di sini, kelmarin.

Katanya, lelaki yang menaiki motosikal sambil bersenjatakan sebilah parang menyamun mangsa mengakibatkan kerugian sebanyak RM33 dalam kejadian kira-kira jam 1.15 tengah hari.

king\'s Publish time 20-4-2010 07:49 PM

Utusan online

Samun kedai kenalan sendiriOleh FARIK SALLEH
utusanjohor@utusan.com.my

KOTA TINGGI 19 April - Penjenayah sering tidak mengenal mangsanya, janji ada peluang siapa pun mangsanya tidak dipedulikan.

Itulah yang dilakukan seorang jaga kebun yang minum bersama pemilik kedai makanan laut di Taman Sri Saujana di sini sebelum menyamun kedai berkenaan.

Namun, suspek tidak sempat berjoli dengan wang tunai hasil samun itu apabila dia ditangkap polis kurang empat jam selepas melakukan jenayah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Osman Muhammad Sebot berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi kelmarin, suspek dan seorang kenalannya minum bersama dengan pemilik kedai makanan laut itu di kedai berhampiran premis mangsa.

Menurutnya, selesai minum suspek telah ke kaunter kedai tersebut, kononnya untuk memesan sebotol sos dan kicap.

"Apabila petugas wanita berusia 18 tahun itu mengambil barangan yang dipesan, suspek membuat helah barangan itu bukan jenama yang disukainya dan ingin memasuki kedai itu untuk memilih sendiri.

"Setelah suspek memberi alasan dia mengenali pemilik premis itu dan memberitahu baru selesai minum bersamanya, pekerja kaunter itu membuka pintu membenarkan suspek mencari sendiri barangan yang diinginkan," katanya.

Suspek berpura-pura berlegar lebih 10 minit di ruang kedai itu mencari barangan sebelum menghampiri pekerja berkenaan lalu mengacu sebilah pisau ke perut dan merampas wang tunai daripada kaunter. Mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah pada pukul 6.30 pagi dan sepasukan polis diketuai Inspektor Wan Nasrul Wan Ismail berjaya mengesan suspek berdasarkan imej yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di kedai itu.

Atas maklumat itu, polis berjaya menyerbu kediamannya di Taman Kota, di sini pukul 9.30 pagi.

Osman memberitahu, suspek yang berusia 23 tahun ditahan mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana menyamun.
Siasatan awal mendapati suspek bekerja menjaga sebuah kebun di Batu Ampat di sini, namun berasal dari Ipoh, Perak dan baru dua bulan berhijrah ke sini serta menyewa sendirian di Taman Kota.

"Polis turut menjumpai semula wang tunai RM820 dipercayai hasil rompakan serta merampas sebuah motosikal milik majikannya yang digunakan suspek dalam kejadian itu," katanya

king\'s Publish time 20-4-2010 07:54 PM

Utusan online

Geng Botak didakwa menyamun
Tiga penjenayah yang dikenali dengan nama Geng Botak Perdana dari kiri Mohamad Fadzil Jamaludin, Mohd Hidayat Salleh dan Mohamad Rizuan Sakkeh dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Jenayah di Johor Bahru semalam.


--------------------------------------------------------------------------------



JOHOR BAHRU 19 April - Tiga anggota Geng Botak, termasuk dua beradik masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam tuduhan menyamun dan menyamar sebagai anggota polis bulan lalu.

Mohamad Rizuan Salleh, 32, dan adiknya, Mohd. Hedayat, 29, serta Mohamad Fadzil Jamaludin, 26, didakwa menyamun Liew Yun Choy, 42, dengan melarikan wang tunai RM550 dan sebuah telefon bimbit Nokia serta Samsung bernilai RM1,500.

Perbuatan itu dilakukan di Jalan Beladau 9, Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram di sini pukul 7.30 malam, 24 Mac lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Pertuduhan kedua, mereka didakwa menyamar sebagai anggota polis ketika menyamun Yun Choy pada tempat dan masa yang sama.

Bagi kesalahan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga didakwa menyamun Wong Woei Jian, 28, dengan melarikan wang tunai RM1,800 dan sebuah telefon bimbit Nokia yang kesemuanya bernilai RM2,600 dengan cara menyamar sebagai anggota polis.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di tepi Jalan Kebudayaan 16, kawasan tempat makan di luar Restoran Number One, Taman Universiti, Skudai pada pukul 9 malam, 16 Mac lalu.

Hakim Aliman Musri kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM16,000 bagi semua pertuduhan yang dihadapi dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 16 Julai ini bagi sebutan semula kes tersebut.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Fazaly Ali Mohd. Ghazaly.

Sementara itu di mahkamah berasingan, mereka bertiga sekali lagi didakwa atas dua pertuduhan menyamun sebuah telefon bimbit Nokia dan wang tunai RM6,000 milik Ong Kian Cho, 23, sambil menyamar sebagai anggota polis.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Jalan Hang Jebat 28, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, kira-kira pukul 8 malam pada 14 Mac lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Anwar Raof di hadapan Hakim Muhammad Jamil Hussin.

Mereka dibebaskan dengan jaminan RM5,000 setiap seorang bagi kedua-dua pertuduhan. Kes akan disebut semula pada 1 Jun ini.

hh_hs Publish time 21-4-2010 04:54 AM

Utusan Online

UTM universiti pertama tubuh pejabat satelit di jepun

JOHOR BAHRU 20 April - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjadi universiti pertama dari rantau Asia Tenggara menubuhkan Pejabat Satelit UTM-Jepun (UJSO) di Tokyo bagi meningkatkan kerjasama dengan pusat pengajian tinggi dan institusi penyelidikan di negara berkenaan.

Naib Canselor UTM, Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang berkata, pejabat berkenaan yang terletak di kampus Universiti Meiji, Jepun, mampu menarik minat pelbagai pihak untuk mengadakan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Menurutnya, sebanyak lima buah universiti akan bekerjasama dalam pelbagai bidang termasuk menghantar mahasiswa melanjutkan pengajian sepenuh masa dan separuh masa di UTM, iaitu Universiti Meiji, Universiti Metropolitan Tokyo, Universiti Tokai, Institut Teknologi Shibaura dan Universiti Kyushu.

Katanya, antara faktor yang menarik minat universiti berkenaan untuk bekerjasama ialah UTM mempunyai bilangan penuntut antarabangsa dan jumlah mahasiswa ijazah doktor falsafah (PhD) yang ramai.

Jelas Zaini, sehingga akhir Disember lalu, jumlah mahasiswa yang mengikuti pengajian di peringkat pasca siswazah di UTM semakin meningkat dan bilangannya melebihi 6,000 orang dengan jumlah mahasiswa antarabangsa melebihi 2,600 orang.

"Di samping itu, UTM memiliki keistimewaan berbanding pusat pengajian tinggi lain kerana 40 mahasiswa pasca ijazah dalam bidang teknologi dan kejuruteraan di Malaysia menuntut di UTM.

"Kerjasama ini akan berjalan untuk tempoh lima tahun dan akan bermula sebaik memorandum perjanjian persefahaman (MoU) ditandatangani, " katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, penubuhan UJSO dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke Jepun.

Perdana Menteri yang menerima anugerah ijazah kehormat daripada Universiti Meiji turut menyaksikan majlis menandatangani MoU antara UTM dan universiti berkenaan.

Tambah Zaini, perjanjian kerjasama yang ditandatangani antara UTM dengan universiti itu akan membolehkan UTM melaksanakan program Dwi-Sarjana.

Menurutnya, UTM akan menawarkan kursus Sarjana Sains Pengurusan Perniagaan Kejuruteraan manakala Universiti Meiji menawarkan Sarjana Pentadbiran Perniagaan.

Beliau berkata, pemilihan Universiti Meiji dibuat kerana pusat pengajian tinggi itu adalah antara 13 universiti yang dipilih oleh kerajaan Jepun untuk mempromosikan program pengantarabangsaan di kalangan pusat pengajian tinggi di negara itu.

Zaini berkata, kerajaan Jepun bercadang untuk mengadakan pertukaran pelajar di peringkat antarabangsa membabitkan 300,000 pelajar di kalangan 30 universiti tersebut dan seterusnya untuk mengasaskan sistem universiti Jepun bertaraf global.

hh_hs Publish time 21-4-2010 04:59 AM

Utusan Online

UniKL Mitec perkenal 12 anugerah pelajar

http://www.utusan.com.my/pix/2010/0421/Utusan_Malaysia/Johor/wj_02.1.jpg
Jalilah samsudin dan mohd. khairul amri mehad bersama anugerah kepimpinan harapan siswi/siswa terbaik UniKL mitec di johor bahru, baru-baru ini.
--------------------------------------------------------------------------------

JOHOR BAHRU 20 April - Buat julung kalinya Universiti Kuala Lumpur (UniKL Mitec) memperkenalkan 12 anugerah untuk mahasiswa sebagai menghargai jasa dan semangat juang dalam memartabatkan nama baik dan imej universiti.

Antara anugerah tersebut adalah Anugerah Kepimpinan Harapan Siswa Terbaik, Anugerah Kepimpinan Harapan Siswi Terbaik, Anugerah Sahsiah Terbaik dan Anugerah Tokoh Apresiasi.

Dekan UniKL Mitec, Prof. Madya Dr. Khairanum Subari berkata, pemilihan penerima anugerah tersebut diambil kira berdasarkan penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum seperti program anjuran universiti dan akademik

"Dengan anugerah tersebut, ia diharapkan mampu mewujudkan tindak balas positif daripada mahasiswa dengan memberikan yang terbaik bukan sahaja dalam akademik tetapi kokurikulum," katanya pada majlis perasmian Hari Terbuka UniKL Mitec Pasir Gudang di sini baru-baru ini.

Hari terbuka kali kedua itu masih mengekalkan tema seperti tahun lalu iaitu Mendekati Masyarakat.

Sementara itu, penerima Anugerah Kepimpinan Harapan Siswa Terbaik, Mohd. Khairul Amri Mehad, 21, berkata, dia sangat terkejut apabila diumumkan menerima anugerah tersebut.

Katanya, dia tidak diberitahu tentang anugerah tersebut melainkan karnival hari terbuka yang dianjurkan oleh UniKL.

"Namun, alhamdulillah saya sangat gembira. Penyertaan saya dalam aktiviti anjuran pihak kolej memberi tuah kepada saya. Terima kasih kepada pihak kolej," katanya.

Perasaan yang sama turut dikongsi penerima Anugerah Kepimpinan Harapan Siswi Terbaik, Jalilah Samsudin, 24, yang menyifatkan penghargaan tersebut mendorongnya untuk lebih cemerlang.

Menurut pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kualiti itu, anugerah tersebut merupakan yang pertama diperolehinya sepanjang menuntut ilmu di universiti berkenaan.

"Terima kasih kerana memilih saya untuk menerima anugerah sebegini. Tidak pernah terdetik di hati untuk menerima penghargaan sebegini," katanya.

hh_hs Publish time 21-4-2010 05:04 AM

Utusan Online

180 polis diberi suntikan antiviral

http://www.utusan.com.my/pix/2010/0421/Utusan_Malaysia/Johor/wj_05.1.jpg
SEBAHAGIAN daripada pegawai dan anggota polis yang mendapat suntikan antiviral H1N1 di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat, baru-baru ini.
--------------------------------------------------------------------------------

SEGAMAT 20 April - Sebagai langkah meningkatkan tahap kesihatan dan pencegahan penyakit, seramai 180 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat diberi suntikan antiviral baru-baru ini bagi menangani sebarang penularan wabak H1N1.

Suntikan tersebut diberikan kepada pegawai dan anggota masyarakat yang bertugas di barisan hadapan yang turut melibatkan balai-balai polis di seluruh daerah ini.

Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Abdul Majid Mohd. Ali berkata, kempen suntikan itu dijalankan selama tiga hari dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Daerah Segamat.

Jelas beliau, di samping langkah berkenaan, penerangan kesihatan turut diberikan kepada para pegawai dan anggota terlibat.

"Saya berharap para pegawai dan anggota terutamanya yang bertugas di kaunter pertanyaan, unit peronda, pengawal lokap serta tugas-tugas am akan cepat mendapatkan rawatan jika ada tanda-tanda gejala selesema serta demam berpanjangan.

"Walaupun belum ada lagi anggota yang disyaki diserang penyakit tersebut tetapi saya menyeru agar para anggota di IPD Segamat tidak mengambil mudah," katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Katanya, penjagaan kesihatan tersebut diharap dapat dipraktikkan setiap masa.

Menurut beliau, ini kerana nyawa ahli keluarga pegawai dan anggota polis turut terancam sekiranya wabak itu menular.

"Mana-mana anggota yang masih belum mendapatkan suntikan tersebut, boleh mendapatkannya di Pusat Kesihatan Kerajaan atau hospital kerajaan yang berhampiran di daerah Segamat," katanya.

hh_hs Publish time 21-4-2010 05:26 AM

The Star (Tuesday April 20, 2010)

Funds to develop SFC and SEC for higher institutions
BY AUSTIN CAMOENS
newsdesk@thestar.com.my

JOHOR BARU: The Higher Education Ministry has allocated RM10mil in funds to develop Sports Focus Centres (SFC) and Sports Excellence Centres (SEC) for higher education institutions.

Higher Education Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin announced that RM900,000 would be allocated for eight sports excellence centres respectively and RM200,000 would be allocated for 18 sports focus centres nationwide respectively.

He said the funds were allocated to ensure that students from higher education institutions were given the opportunity to excel in sports.

http://thestar.com.my/archives/2010/4/20/southneast/se_03khaled.jpg
It’s official: Mohamed Khaled (front) holding a keris to symbolise the launch of Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Silat sports focus centre.

“This allocation will provide students at higher education institutions the chance to represent Malaysia at various sports.

“The development of SFCs and SECs will be constantly monitored by the ministry,” he said, adding that higher education institutions that possess SFCs would have to show improvements before they are converted to SEC status.

He was speaking to reporters during the launch of Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Silat sports focus centre here. He said SFCs would focus towards sports programmes and activities while SECs would focus on infrastructure, training allowances, organising competitions and participation at competition.

Mohamed Khaled said the ministry understood that students from higher education institutions were prime candidates to represent the country while playing the sports they loved.

He said the ministry had launched a Higher Education Institutions Sports Development Plan this year in order to create ‘Thinking Athletes’.

“To ensure this plan is successful, seven core programmes have been identified including sports infrastructure development, athlete academics development and sports research development,” he said.

Mohamed Khaled said UTHM had been given the priority to set up the Silat SFC because it had many strong points in the sports including experienced sports officials as well as a Silat arena.

“I hope that UTHM will continue to churn out professional Silat athletes as it will help keep the traditional sports alive for future generations to enjoy,” he said.

hh_hs Publish time 21-4-2010 05:40 AM

The Star (Tuesday April 20, 2010)

Disability not a hindrance for outstanding students

JOHOR BARU: Being blind did not stop Nur Feiqha Maulad Mohamed Halil from winning four gold medals in chess at the Asean Para Games last year.

The Form Three student said she had been interested in the board games ever since she was a little girl.

“I always enjoyed playing the game and it takes a lot of careful thought and strategy to win,” said the shy 15-year-old, adding that she also won two gold medals during the same tournament in 2008.

http://thestar.com.my/archives/2010/4/20/southneast/se_02nur.jpg
Nur Feiqha Maulad

Feiqha received the Outstanding Co-Curricular award at the Excellence Award ceremony organised by Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB) recently.

As for Amirul Hakim Noor Haizat, 17, receiving the All-rounder award at the event was a proud moment for him and his parents.

He said that although he felt sad about leaving the school after his SPM exams, he realised that he would cherish everything he had learnt at the school during his six years of studying there.

“Here at the school, I learnt to respect traditions as well as the importance of my alma mater especially at high schools and places of higher education,” said Amirul who aims to study to become a bio-tech graduate.

Amirul received the award for various achievements including winning bowling and chess tournaments, receiving distinctions for International English, Mathematics and Science tournaments.

Chin San Song, 19, who got straight A’s for his STPM exams said he was overjoyed after receiving an award for his achievements.

“I did my best during the exams and it means a lot to me to know that my hard work is appreciated,” said Chin who aspires to be a chemical engineer.

The school’s principle Zulkipli Mahmud said in his opening speech, that the education scene was undergoing changes to suit the students’ current needs.

He said students were exposed to various challenges in their bid to achieve excellence.

“Excelling academically and through sports is the main element to evaluate the capabilities of students,” he said.

Universiti Malaysia Pahang Vice-Chancellor Daing Nasir Ibrahim who launched the ceremony said the school was an institute filled with traditions and prestige.

“I was a student here so many years ago, and it gives me great pleasure to see that the students here are still upholding the good name of the school,” he said.

He added that MSAB had churned out so many skilled individuals with strengths in academics, leadership qualities as well as sportsmen and sportswomen.

teessot Publish time 21-4-2010 08:40 AM

Johor: Kampung pekerja asing

Oleh Amad Bahri Mardi
bhnews@bharian.com.my
2010/04/21

PENGERANG: Kehadiran lebih 1,000 pekerja luar termasuk dari Filipina di Kampung Teluk Ramunia serta dua kampung berhampiran membuatkan penduduk tempatan tidak senang duduk berikutan bimbang akan wujud gejala sosial di kalangan golongan belia dan remaja di kawasan berkenaan.

Ketua Kampung, Abdul Hapida Petalentak, 62, berkata pihaknya kesal dengan syarikat gas dan minyak tempatan yang lebih mengutamakan pekerja asing daripada mengambil masyarakat setempat hingga boleh menyebabkan berlakunya gejala sosial. Beliau berkata, dalam operasi di kawasan kampung berkenaan, 200 pekerja asing milik syarikat terbabit, yang sebahagian besarnya warga Filipina diperiksa dan kebanyakan mereka mempunyai dokumen perjalanan yang meragukan. Katanya, selain latar belakang mereka meragukan, sikap mereka yang sering bergaduh sesama sendiri dan minum minuman keras sesuka hati juga menimbulkan kegusaran di kalangan penduduk setempat.

Buat masa ini, selain Kampung Teluk Ramunia yang menjadi tumpuan pekerja asing itu tinggal dan menyewa rumah, Kampung Sungai Rengit dan Kampung Baru juga didiami pendatang asing berkenaan,?katanya.

Ketua Umno cawangan berkenaan, Othman Yan, 60, berkata beliau dan penduduk kampung juga mempunyai banyak maklumat mengenai tindakan tidak adil dilakukan pihak syarikat terhadap pekerja tempatan mahupun pekerja luar itu.

Katanya, berdasarkan maklumat daripada kira-kira 200 orang pekerja tempatan, mereka mempersoalkan mengenai cara pembayaran gaji yang tidak menentu.
Bukan soal gaji saja, apabila mereka mahu ambil pekerja baru, mereka akan utamakan pekerja luar walaupun ada pekerja tempatan yang sama-sama datang temu duga.

Sedangkan mereka sudah maklum, ramai pekerja tempatan antara pekerja yang mempunyai pengalaman dan kepakaran bekerja dengan syarikat gas dan minyak yang pernah beroperasi di situ sebelum ini,?katanya.

Berikutan, aduan daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Teluk Ramunia, satu sesi dialog dijalankan antara wakil penduduk dengan pengurusan tertinggi syarikat awal April lalu dengan dihadiri wakil pekerja, penghulu mukim, ketua kampung, polis dan pasukan Rela.

Wakil syarikat berkenaan, Patrick Lee, berkata semua aduan yang diterima penduduk dan wakil pekerja tempatan itu sudah diterima dan pihaknya akan memastikan perkara yang dibangkitkan penduduk diberi perhatian.

king\'s Publish time 21-4-2010 10:34 PM

metro online

Tiga termasuk wanita didakwa samun, rogol

2010/04/21      JOHOR BAHRU: Dua lelaki dan seorang wanita dihadapkan di dua Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas tuduhan samun, rogol, persetubuhan di luar tabii dan memiliki barang samun, Februari lalu.
Tertuduh M Ananthan dan B Davendran, masing-masing berusia 21 tahun didakwa melakukan kesalahan itu terhadap satu pasangan suami isteri di sebuah rumah di Kangkar Pulai, di sini, kira-kira jam 6 dan 7 pagi, 28 Februari lalu.

Dalam kejadian itu pasangan terbabit disamun menggunakan pisau membabitkan kerugian RM15,000.
Ananthan yang menghadapi tiga pertuduhan - mengaku bersalah terhadap tuduhan menyamun tetapi mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol dan melakukan seks luar tabii.

Manakala Davendran, mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan - menyamun pasangan itu dan merogol mangsa.

Bagi kesalahan menyamun mangsa, kedua-dua tertuduh didakwa melakukannya bersama tertuduh lain, Lim Beng Chuan, 21, S Aramagan, 29, M Viji Kumar, 28, dan seorang lagi yang masih bebas mengikut Seksyen 385/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. - Bernama

king\'s Publish time 21-4-2010 10:34 PM

Post Last Edit by king\'s at 21-4-2010 22:48

metro online

Komplot pekerja larikan kontena minyak masak
Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my
2010/04/21      SERI ALAM: Meniru aksi penjenayah profesional dalam filem ‘Hollywood’, tiga perompak hampir berjaya melarikan empat kontena mengandungi minyak masak dan minyak sawit mentah bernilai lebih RM600,000.

Rompakan membabitkan kontena milik syarikat Inno Wangsa Oil & Fats Sdn Bhd mengandungi minyak sawit yang disimpan dalam gudang sebuah syarikat penghantaran, Konsortium Penghantaran Logistik Berhad untuk dieksport ke Perancis.

Bagaimanapun, lakonan tidak profesional penjenayah itu tidak ke mana apabila kecekapan pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam berjaya membongkar komplot jahat tiga lelaki termasuk pemandu lori dan pengawal keselamatan syarikat berkenaan.


Kejadian di gudang syarikat penghantaran terbabit di Jalan Keluli 12, Pasir Gudang di sini, pada 12 April lalu bermula dengan ‘lakonan’ seorang suspek juga bekerja sebagai pemandu lori di syarikat sama mendakwa kepala lorinya ditinggalkan di kawasan terbabit, hilang.


Dia mengadu pada kepada pengawal keselamatan syarikat mengenai kehilangan kepala lori dibawa keluar dua lelaki pada jam 1.30 pagi hari sebelumnya bersama dua unit kontena.


Pemandu lori itu mendakwa kenderaan berkenaan datang semula pada jam 2.45 petang 11 April untuk mengambil dua lagi kontena sebelum bergerak ke arah tidak diketahui.


Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata suspek yang sudah bekerja selama 12 tahun di syarikat itu membuat laporan polis berhubung kehilangan kepala lori yang sering dipandunya.


Bagaimanapun, katanya, polis percaya itu hanya helah suspek terbabit yang disyaki terbabit dengan kehilangan kontena itu menyebabkan lelaki berkenaan ditahan pada jam 5.30 petang 13 April lalu bagi membantu siasatan.


“Ketika soal siasat, kami mendapati keterangan yang diberikan agak longgar selain tidak konsisten menyebabkan kami merasakan ada perkara yang tidak kena dengan lelaki terbabit.


“Kami turut menahan pengawal keselamatan bertugas pada hari kejadian dan hasil maklumat diperolehi daripada suspek pertama dan kedua seorang lagi lelaki ditahan pada Rabu lalu.


“Penahanan lelaki itu kemudian membawa kami ke sebuah gudang simpanan baja di Kawasan Perindustrian Kota Puteri 1, Masai dan berjaya menemui semula kontena mengandungi minyak,” katanya.


Roslan, berkata pihaknya percaya semua kontena berkenaan disimpan di gudang terbabit sementara menunggu pembeli berminat berikutan mengandungi minyak masak sedia digunakan serta minyak mentah untuk diproses menjadi sabun.


“Dua kontena terbabit mengandungi 1,019 botol plastik dengan 25 liter minyak masak, manakala dua lagi mengandungi 85 tong mengandungi 185 kilogram minyak mentah.


“Beberapa jam selepas kejadian disedari kami berjaya menemui semula empat kontena terbabit tanpa muatan asalnya iaitu dua ditemui di Kilometer 37.9 Lebuhraya Kong Kong-Ulu Tiram dan dua lagi ditemui di tepi Jalan Taman Molek berhampiran pusat beli belah Tesco Plentong,” katanya.


Semua yang ditahan berusia antara 19 hingga 39 tahun ditahan reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan suspek juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

king\'s Publish time 21-4-2010 10:54 PM

metro online

Terkejut terima notis kompaunOleh Hai Rozzaman Jalal
am@hmetro.com.my
2010/04/21      LEDANG: Dia tidak pernah ke bandar Melaka menaiki motosikal tetapi mendapat notis kompaun pula.
Demikian dilema dialami Muhammad Zaini Abu Bakar, 36, yang terkejut apabila menerima surat notis tunggakan kompaun letak kenderaan yang dihantar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) pada 17 April lalu kerana kesalahan tidak mempamerkan kupon letak kereta setahun lalu.

Menurut pemandu lori yang tinggal di Kampung Parit Kassan, Bukit Gambir, di sini, lebih membimbangkan beliau jika kompaun sebanyak RM50 itu tidak dijelaskan dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis itu dihantar, pihak MBMB akan mengambil tindakan mahkamah tanpa sebarang notis lanjut.


Namun begitu, setelah diteliti kandungan surat itu, Muhammad Zaini mendapati nombor pendaftaran kenderaan yang tertera JFM7683 adalah milik motosikalnya sedangkan notis kompaun itu menyatakan kesalahan tidak mempamerkan kupon letak kereta yang dikeluarkan pada 20 Januari 2009.


“Apa yang menjadi kemusykilan saya ialah kenapa kompaun itu mempamerkan nombor pendaftaran motosikal saya sedangkan saya tidak pernah ke Melaka menaiki motosikal.


“Malah, ia kesalahan membabitkan tempat letak kereta bukannya motosikal sebagaimana keterangan dalam surat yang dihantar,” katanya di sini, semalam.


Muhammad Zaini yang tidak berpuas hati mengunjungi pejabat MBMB untuk meminta penjelasan mengenai notis tunggakan kompaun terbabit termasuk membawa geran motosikal dan laporan polis juga sudah dibuatnya.


Menurutnya, seorang pegawai di Jabatan Pengurusan Sistem Letak Kereta pihak berkuasa tempatan (PBT) itu mengeluarkan salinan gambar kenderaan yang disaman atas kesalahan tidak mempamerkan kupon letak kereta dan didapati ia sebuah kereta Proton Iswara dengan nombor pendaftaran JFM7983 sedangkan motosikal miliknya bernombor JFM7683. Katanya, pegawai itu juga sudah mengakui kesilapan pihaknya dan membatalkan kompaun itu serta berjanji lebih teliti pada masa akan datang supaya kesilapan seumpama itu tidak berulang.


Muhammad Zaini melahirkan kesalnya kerana disebabkan perbezaan satu nombor yang jelas tertera dalam gambar yang mereka ambil, menyusahkan beliau yang terpaksa meninggalkan tugasnya serta mengeluarkan perbelanjaan tambahan semata-mata untuk menyelesaikan perkara itu.

king\'s Publish time 21-4-2010 11:01 PM

Utusan online

Peluang berkuda di kampus
Oleh Khadijah Ibrahim
utusanjohor@utusan.com.my



Orang ramai kini berpeluang menunggang kuda di Pusat Ekuestrian Universiti Teknologi Malaysia, Skudai pada waktu malam.

--------------------------------------------------------------------------------



JOHOR BAHRU 20 April - Pernahkah anda menunggang kuda pada waktu malam?

Sekiranya belum pernah, impian anda boleh terlaksana di Pusat Ekuestrian Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai di sini.

Pegawai Penyelarasan Pusat Ekuestrian UTM, Noor Azam Samsudin, 34, berkata, aktiviti menunggang kuda pada waktu malam atau night horse trail itu telah diadakan sejak setahun lalu namun tidak ramai mengetahui mengenainya.

"Ramai yang ingat pusat ekuestrian di sini khas untuk ahli sahaja, sebenarnya ia dibuka untuk orang awam juga. Bagi yang tidak biasa menunggang kuda, kami ada sediakan jurulatih untuk membantu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Katanya, bagi yang mahir menunggang kuda tanpa pengawasan jurulatih, bayaran RM50 dikenakan untuk tempoh 40 minit di kawasan sekitar UTM.

Sementara itu, bagi yang pertama kali menunggang (funride), bayaran RM5 dikenakan untuk dua kali pusingan di kawasan yang ditetapkan.

"Bagi yang sudah biasa dengan kuda, mereka boleh menunggang di kawasan sekitar dengan syarat siap berpakaian lengkap. Untuk yang tidak biasa, mereka menunggang dalam satu kawasan sahaja," katanya.

Menurut Noor Azam, tempahan untuk menunggang kuda pada waktu malam boleh dibuat dalam tempoh 48 jam sebelum aktiviti.

Katanya, setiap peserta yang ingin menunggang kuda persendirian di pusat tersebut perlu mengisi borang terlebih dahulu kerana pihak pengurusan takut berlaku perkara yang tidak diingini.

"Menunggang kuda pada waktu malam di kawasan sekitar UTM tidak beroperasi pada Jumaat sahaja. Pada hari lain, kuda-kuda tersebut boleh diguna," katanya yang boleh dihubungi menerusi talian 017-7376024 untuk tempahan menunggang kuda.

Selain menyediakan perkhidmatan menunggang di kawasan kampus, Pusat Ekuestrian UTM turut menyediakan kuda untuk acara seperti perkahwinan.

king\'s Publish time 22-4-2010 02:43 PM

Utusan online

Tiga ditahan curi minyak masak RM600,000
JOHOR BAHRU 21 April - Tiga lelaki termasuk seorang pengawal keselamatan sebuah syarikat ditahan kerana melarikan empat buah kontena berisi 2,038 tong minyak masak dan 98 tong minyak mentah untuk membuat sabun bernilai RM600,000.

Kesemua mereka ditahan selepas dipercayai bertanggungjawab melarikan kesemua barangan itu di sebuah syarikat logistik di Pasir Gudang, dekat sini Isnin lalu.

Dalam dua kejadian pada pukul 1.30 pagi dan 2.45 pagi, dua lelaki bertindak melarikan empat buah kontena tersebut dari syarikat terbabit.Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Mohd. Roslan Zainuddin berkata, dua buah kontena itu berisi minyak masak CP8 manakala bakinya minyak mentah.

Katanya, polis yang menjalankan siasatan menemui sebuah treler dengan dua buah kontena kosong di Ulu Tiram serta sebuah lagi treler berserta dua lagi kontena di Taman Molek, pada pukul 12.45 tengah hari pada keesokannya.

"Bertindak atas maklumat, polis telah menahan pemandu treler dan pengawal keselamatan pada Rabu. Kedua-duanya bertugas pada hari kejadian.

"Pada Khamis, kami menahan seorang lagi lelaki di Taman Kota Puteri, Masai pukul 2 petang," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Mohd. Roslan berkata, hasil maklumat, polis menemui semula kesemua minyak masak itu di sebuah gudang pemborong baja kimia di Masai, di sini.

Beliau berkata, kesemua empat kontena itu adalah untuk tujuan eksport.

Tambahnya, siasatan awal ke atas ketiga-tiga suspek mendapati kesemua mereka tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara tujuh tahun, denda atau sebatan jika disabitkan kesalahan," katanya

hh_hs Publish time 23-4-2010 09:59 AM

Utusan Online

Kota Tinggi kaya khazanah sejarah

KOTA TINGGI 22 April - Nama Kota Tinggi mungkin lebih diingati oleh rakyat negara ini berikutan banjir besar yang hampir menenggelamkan bandar itu menerusi gelombang pertama dan kedua pada akhir 2007.

Padahal dari segi rasional, Kota Tinggi sepatutnya perlu lebih dikenang dari segi sejarahnya, ia menjadi khazanah pada pemerintahan Kesultanan Melayu Johor satu ketika dahulu.

Menyebut nama Kota Tinggi sahaja, ia sudah cukup menggambarkan sebuah kota yang terletak di kawasan tinggi iaitu faktor yang sering diutamakan oleh mana-mana kerajaan lampau untuk dijadikan pusat pentadbiran.

Kedudukannya yang lebih tinggi dari aras sungai dan struktur muka bumi tanah dipercayai mendorong Sultan Abdul Jalil Shah III (Sultan Johor kelapan) memberi nama kawasan tersebut sebagai Kota Tinggi.

Jika anda pernah mengunjungi Kota Tinggi hari ini, bandarnya terletak di muara Sungai Johor dan dikelilingi perkampungan Melayu tradisional dan masih terdapat penempatan Orang Asli.

Selain itu, daerah itu turut memiliki kawasan rancangan tanah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) sekali gus menjadikan Kota Tinggi sebagai lokasi yang strategik.

Menyelak catatan sejarah, Kurakator Muzium Kota Tinggi, Mohd. Azlan Hafiz Mohti berkata, pemerintahan Kesultanan Melayu Johor bermula di Kota Tinggi dan sehingga kini masih terdapat peninggalan sejarah seperti benteng pertahanan Kota Johor Lama akibat peperangan Johor-Portugis-Belanda.

Beliau berkata, peninggalan sejarah lain adalah Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang iaitu sultan terakhir bagi Kesultanan Melaka, Makam Bendahara Tun Habib Abdul Majid dan Makam Tauhid yang terletak di Kampung Makam serta Makam Laksamana Bentan di Kampung Kelantan.

"Artifak serta kesan sejarah Kesultanan Johor-Riau juga dapat dilihat di Muzium Kota Tinggi yang beroperasi sejak 2001.

"Kami menyediakan pelbagai maklumat serta arah tuju kepada pelancong sekiranya mereka berhasrat mengetahui dan melawat tempat-tempat bersejarah di daerah itu," katanya yang ditemui pada Program Mengenali Arkeologi Sungai Johor di sini baru-baru ini.

Mohd. Azlan Hafiz berkata, Muzium Kota Tinggi merupakan institusi yang memberikan perkhidmatan kepada masyarakat dalam bentuk memperoleh, memulihara dan mengkaji selidik berhubung sejarah warisan negeri dengan mempamerkan bukti material manusia dan persekitarannya bagi tujuan kajian dan pendidikan.

Jelas beliau, muzium itu berperanan khusus menjadi gedung ilmu pengetahuan yang menjalankan pelbagai fungsi seperti mempamer dan menerbit segala khazanah warisan sejarah dan budaya yang terdapat di lembah Sungai Johor iaitu pusat kegemilangan Kerajaan Johor Lama.

"Walaupun Kota Tinggi menyimpan nilai khazanah sejarah tinggi, banyak perubahan dibawa ke kawasan dari segi pembangunan ekonomi sepanjang kemerdekaan negara melebihi 50 tahun.

"Seharusnya, kelebihan ini memberi nilai tinggi kepada Kota Tinggi terutama dalam sektor pelancongan sejajar gelarannya bandar pelancongan bersejarah," katanya.

hh_hs Publish time 23-4-2010 10:02 AM

Utusan Online

Rampas 3,520 karton rokok

http://www.utusan.com.my/pix/2010/0423/Utusan_Malaysia/Johor/wj_04.1.jpg
ABDUL Majid Mohd. Ali (kanan) menunjukkan rokok seludup yang dirampas di Segamat, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------

SEGAMAT 22 April - Serbuan polis ke atas sebuah rumah yang dalam pembinaan di Taman Bukit Emas, Buloh Kasap di sini semalam, berjaya menumpaskan satu kegiatan rokok seludup dengan merampas 3,520 karton rokok pelbagai jenama bernilai lebih RM150,000.

Serbuan pada pukul 12.30 tengah hari oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat dan Balai Polis Buloh Kasap itu turut memberkas empat suspek berusia lingkungan 22 hingga 46 tahun.

Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Abdul Majid Mohd. Ali berkata, serbuan dijalankan hasil maklumat orang awam.

Katanya, hasil siasatan yang dijalankan, tiga daripada suspek berkenaan merupakan pengedar bagi rokok seludup, manakala seorang lagi berperanan sebagai pembungkus.

''Penyeludup menggunakan rumah yang masih dalam pembinaan sebagai stor simpanan bagi mengelakkan diri daripada dikesan pihak berkuasa.

"Selain rampasan rokok, polis turut merampas tiga buah kereta yang digunakan suspek-suspek kes itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, keempat-empat suspek itu kini ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (B) Akta Kastam 1967.

Abdul Majid menyeru orang ramai tidak membeli rokok seludup kerana menyalahi undang-undang s mengakibatkan negara kerugian daripada hasil cukai yang gagal dikutip.

hh_hs Publish time 23-4-2010 10:06 AM

Utusan Online

Johor FC, Johor tentukan siapa lebih hebat
Oleh Arif Nizam Abdullah
sukan@utusan.com.my

JOHOR BAHRU - Johor FC sedia menghadapi tentangan pasukan senegeri yang bermasalah, Johor apabila kedua-dua pasukan bertemu pada saingan Liga Super di Stadium Jcorp, Pasir Gudang, esok.

Perlawanan tersebut menjadi tumpuan kerana ia adalah pertembungan istimewa yang ditunggu-tunggu peminat negeri ini, kerana kedua-dua pasukan tidak pernah bertemu sejak Liga Super diperkenalkan.

Apatah lagi, kedua-dua pasukan senegeri itu tewas kepada dua pasukan dari Terengganu dalam perlawanan liga Selasa lalu.

Johor FC tewas 0-1 kepada T-Team manakala Johor dibelasah Terengganu 3-6.

Para peminat juga tidak sabar untuk menyaksikan sengat siapa lebih berbisa, sama ada Lebah atau Jengking.

Pertembungan kedua pasukan dihangatkan dengan isu Johor FC dikatakan 'mencuri' enam pemain Johor apabila Izuan Jamaludin, Rizal Roslan, Sairozi Daud, Fazli Paat, Khairul Ismail dan Md. Ridwan Moya, berhijrah ke pasukan kelab itu.

Johor, yang turut kehilangan Azrine Efendy Saduddin yang berhijrah ke Selangor, Norizam Salaman ke Negeri Sembilan dan Hardi Ahmad bertukar angin ke Felda United, dirundung masalah jurulatih apabila Nasir Yusof, dilucutkan tugasnya.

Dia diganti oleh Edres Selamat pada Februari lalu.

Selepas 11 perlawanan, Johor di tempat kedua tercorot dalam Liga Super dengan tujuh mata.

Pasukan Ramlan Rashid pula di tangga keempat liga dan semakin mencabar kedudukan pendahulu, Selangor.

Di atas kertas, Johor FC memiliki kelebihan.

Namun, Ramlan pantas menepis tanggapan Johor bakal menjadi mangsa kebangkitan Johor FC, untuk kembali menghuni sekurang-kurangnya tiga tempat terbaik liga.

"Walaupun kami dilihat lebih berpengalaman pada perlawanan Sabtu ini, hanya jaringan gol yang akan menentukan kemenangan mutlak Johor FC.

"Kami tidak boleh mengambil mudah berdepan pasukan lawan, biarpun memiliki kelebihan kerana turun sebagai tuan rumah.

"Kami harus akui Johor memiliki barisan pemain muda baik dan berkualiti tinggi, serta menunjukkan peningkatan.

''Namun, kemenangan tetap menjadi sasaran Johor FC," katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di sini, semalam.

teessot Publish time 23-4-2010 02:48 PM

Post Last Edit by teessot at 23-4-2010 14:55

Mengenali arkeologi Sg. Johor

Oleh arif nizam abdullah
utusanjohor@utusan.com.my

http://i940.photobucket.com/albums/ad250/teessot/wj_0111-3.jpg
Para pelajar teruja melihat bahan-bahan sejarah yang dipamerkan di Pusat Arkeologi dan Temuan Bahan di Kota Johor Lama, Kota Tinggi.

--------------------------------------------------------------------------------



KOTA Tinggi 22 April ?Program Mengenali Arkeologi Sungai Johor di sini yang berlangsung selama tiga hari baru-baru ini ternyata meninggalkan memori indah untuk dijadikan kenangan kepada para peserta.

Seramai 50 pelajar dari 13 sekolah menengah di daerah Batu Pahat dibawa mengenali peninggalan sejarah silam dalam program untuk tahun ketiga ini.

Program anjuran kerajaan negeri menerusi Yayasan Warisan Johor (YWJ) yang diadakan dua fasa setahun itu melibatkan pelajar dan guru daripada pelbagai kaum.

Antara objektif utamanya adalah untuk memberi maklumat mengenai peninggalan sejarah yang terdapat di pesisiran Sungai Johor.

Selain itu, ia juga bertujuan menimbulkan kesedaran dan kebanggaan masyarakat terhadap budaya bangsa sekali gus dapat menebalkan lagi kecintaan mereka terhadap bangsa dan negara.

Utusan Malaysia yang turut mengikuti program itu mendapati, rata-rata pelajar berasa gembira dan bertuah kerana terpilih untuk mengenali hasil peninggalan sejarah sambil menaiki bot menyusuri sungai.

Peserta, T. Manimala, 14, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato?Seth memberitahu, program tersebut amat berbaloi dan tidak sia-sia khususnya kepada mereka yang baru pertama kali menyertainya.

Ahli Persatuan Sejarah di sekolahnya itu berkata, program tersebut telah memberi lebih kefahaman kepada pelajar sekolah betapa pentingnya nilai sejarah terutama kepada rakyat Johor.

Program ini begitu bermanfaat kerana selain dapat menikmati keindahan Sungai Johor, kami juga dapat mengetahui hasil peninggalan sejarah.

Malah program ini juga mencabar ketahanan mental dan fizikal kerana perlu mendaki Bukit Seluyut selain kerap turun dan menaiki bot,?katanya ketika ditemui pada program itu di sini baru-baru ini.

Seorang lagi peserta, Phuan Choun Chuan, 16, pula berpendapat, program itu juga merupakan salah satu cara mengajar generasi muda untuk menghargai peninggalan sejarah.

Dia yang merupakan Pengerusi Kelab Sejarah, SMK Datuk Onn Jaafar memuji langkah kerajaan negeri memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah mengenai bidang arkeologi.

Selepas mengikuti program ini, saya berasa amat bertuah kerana terpilih. Bukan mudah untuk melawat semua tempat sejarah itu secara bersendirian.

Ini kerana pelaksanaan program ini begitu teratur dan berjalan dengan lancar malah kami dilayan dengan baik oleh pihak penganjur,?katanya yang mula meminati mata pelajaran Sejarah sejak di tingkatan tiga.

Sementara itu, Nadia Asyikin Madiah, 14, dari SMK Sri Gading pula berharap dapat mengikuti program sedemikian pada masa akan datang berikutan banyak pengalaman baru yang diperolehnya.

Katanya, sebelum ini dia sering berpendapat, aktiviti sebegitu lebih sesuai dinikmati oleh para pelancong luar namun sebenarnya ia wajar dimulakan di kalangan masyarakat tempatan.

Jika dibandingkan cara pembelajaran di dalam kelas dan program ini, saya rasa lebih mudah menghafal fakta-fakta sejarah selepas melawat tempat-tempat berkenaan.

Justeru, saya beranggapan program lawatan ini merupakan cara sesuai untuk menarik pelajar-pelajar mengetahui sejarah berbanding membaca dan menghafal menerusi bahan bacaan,?kata anak bongsu empat beradik itu.

Seorang lagi peserta, Soh Jin Tat, 16, pula mengakui dia menawarkan diri secara sukarela untuk mengikuti program itu dan berpendapat telah membuat keputusan bijak demi masa depan.

Dia yang mendapat keputusan A bagi mata pelajaran Sejarah pada Penilaian Menengah Rendah tahun lalu berkata, masyarakat terutama generasi muda perlu mengetahui dan memahami sejarah agar dapat menimbul perasaan sayang terhadap negara sendiri.

Apa yang mengagumkan saya ialah apabila pelajar yang terdiri daripada pelbagai bangsa dapat bertemu dan berkongsi maklumat dalam usaha mengerat hubungan dan melahirkan rasa hormat antara satu sama lain,?kata pelajar SMK Tunku Putra itu.

Sementara itu, 13 sekolah yang terbabit dalam program itu adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato?Bentara Luar; SMK (Perempuan) Temenggung Ibrahim; SMK Dato?Syed Esa; SMK Munshi Sulaiman; SMK Dato?Onn; SMK Datin Onn Jaafar dan SMK Seri Gading.

Sekolah lain adalah SMK Dato?Seth; SMK Tengku Mahmod Iskandar; SMK Dato?Sulaiman; SMK Banang Jaya; SMK Semerah dan SMK Tunku Puta.

Selain menyusuri Sungai Johor dan melawat tapak-tapak sejarah di pesisiran sungai itu, aktiviti program itu turut membabitkan lawatan ke Muzium Kota Tinggi dan bengkel sejarah serta menginap di inap desa.
Pages: 1 2 3 4 5 6 [7] 8 9 10 11 12 13 14 15 16
View full version: Keratan Akhbar / Petikan Berita


ADVERTISEMENT