CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 11 Tahun Maut Terbelit Kain Pengikat Langsir Ketika Main Dengan Adik-adik

13-5-2019 12:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3373| Komen: 10

Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut terjerut kain pengikat langsir yang disangkut pada hujung buaian spring bayi ketika bermain dengan dua adiknya berusia tujuh dan 10 tahun.

Bernama melaporkan, kejadian berlaku di rumah keluarga mangsa kira-kira jam 4 petang di Taman Belimbing, Jitra, kelmarin.



Gambar Hiasan

Timbalan Ketua Polis Kubang Pasu, Deputi Superintendan Chien Chung Tsaur mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada ibu mangsa berusia 34 tahun yang mendakwa leher anak sulungnya terbelit kain pengikat langsir ketika bermain dengan adik-adiknya sambil berbuai.

Chien berkata, adik kepada Muhammad Nur-Eman Al-Rahdie Noreffendi yang berusia 10 tahun itu memaklumkan kejadian kepada ibu bapanya yang sedang berehat selepas melihat abangnya tidak sedarkan diri dan mulutnya berbuih.

Bapa mangsa berusia lingkungan 30-an bergegas memotong kain berkenaan menggunakan pisau sebelum memberi bantuan pernafasan.


Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospita Jitra dengan bantuan jiran, namun disahkan meninggal dunia.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
5

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hasniey 13-5-2019 12:13 PM
Kesiannye.mesti tgh gelak2 gembira2.cmne leh terbelit tu dik
Quote anony-mous 13-5-2019 12:20 PM
Kesian sgt2 . Klau kes mcm ni i xblame parent cuai ke apa. Ni mmg ajal. I percaya parent pon xsangka benda yg nampak innocent boleh jd penyebab kematian ank dia. Berbeza yg walker smpai keluar rumah
Quote ifanonline 13-5-2019 12:23 PM
ajal adik ni sudah tiba...tetapi, utk 'secure proof' our homes, pastikan kita meneliti brg2 di rumah yg ada potensi utk membawa kecederaan kpd penghuni2 nya...child proof kan rumah sekiranya ragu2...
Quote zulka 13-5-2019 12:38 PM
bulan pose pun takleh duk diam budak2 ni...semalam tegur anak jiran main kejar2, pastu berenti lidah tejelir keluar...dah tau pose tu duk umah diam2 la
Quote matchstick 13-5-2019 12:42 PM
Innalillah... Bdk2 baya 3 beradik ni mmg pantang lepa je bila mak ayah x tgk time tu lah peluang nk lenjan buaian adik.
Quote dekmieDandy 13-5-2019 12:46 PM
11 tahun tu dah kira besar jugak ye, bak kata orang dah boleh harap dah

tapi kalau dah ajal kan
Quote mzzenma 13-5-2019 12:50 PM
tak boleh nak imagine mcm mana dia boleh terbelit tu. Innalillah..tengah gembira main meninggal pula..
Quote ninjago 13-5-2019 03:03 PM
innalillah... buat i jadi lagi peka kt environment kt rumah. yelah, kita usaha mengelak & berdoa. tapi kalau dah camtu ajalnya..
Quote awanearisu 13-5-2019 03:25 PM
Niat asal hendak menghiburkan hati adik-adik agaknya si abang ini. Takziah semoga keluarga tabah
Quote she 14-5-2019 06:35 AM
Sama umur dgn anak bongsu macik...guane boleh terbelit?

Risau jugak nih...puas macik experimen dgn anak bongsu...tali pengikat langsir tu klu kt umah macik dia tebal dan lebar...yg arwah nih plak terbelit sambil terduduk ye...

AlFatihah

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.037794 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top