Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Najib Guna 'Cermin' Je, Bukan Rakam Gambar Dalam Mahkamah

10-5-2019 12:57 PM Komen: 10
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan merakam gambar dalam mahkamah ketika prosiding berlangsung seperti didakwa laporan media.

Sinar Harian melaporkan, mantan Perdana Menteri itu sebaliknya mendakwa menggunakan telefon bimbit beliau sebagai cermin untuk memeriksa penampilannya.


Kredit foto: Yahoo News Singapore

Isu itu dibangkitkan pendakwa 'ad hoc' Datuk V. Sithambaram yang meminta mahkamah mengeluarkan perintah atau garis panduan berikutan laporan media meluas mengenai Najib yang dikatakan merakam gambar ketika perbicaraan berlangsung.

Sejurus itu, ketua peguam bela Najib, Tan Sri Shafee Abdullah berdiri mengatakan laporan berkenaan dikeluarkan laman The Edge dan menuding jari ke arah pemberita yang duduk di galeri awam.

"Dari tempat dia duduk, dia seolah-olah dapat menyimpulkan bahawa Najib mengambil swafoto dan mengatakan Najib kelihatan sedih dari belakang (Najib duduk dalam kandang tertuduh dan pemberita melihatnya dari belakang)," katanya yang menegaskan laporan itu tidak masuk akal dan tidak mempunyai nilai berita.

Shafee mendakwa dia sudah bertanyakan anak guamnya dan Najib mengakui tidak merakam sebarang gambar, sebaliknya menggunakan telefon bimbitnya sebagai cermin selepas merasakan ada sesuatu yang tajam di keningnya.

Hakim Mohd Nazlan kemudian menerima penjelasan diberi Najib dan mengingatkan semua pihak mengenai larangan merakam sebarang gambar atau video dalam mahkamah. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
3
Bosan
3
Komen: 10
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Marie1N 11-5-2019 01:26 PM
saya berterima kasih kepada semua orang prepaidgiftbalance

Lain-lain Komen

Quote EvieWanKenobi 10-5-2019 01:50 PM
sapelah penyebar fitnah ni?
Quote arm_band 10-5-2019 03:56 PM
lain kali pakai phone huawei, ada mirror, xpayah bukak camera dah
Quote SWORKS27 10-5-2019 04:14 PM
lain kali DSN bawak je cermin...
nak buat camana..chai PH is bodoh..
Quote putericahaya999 10-5-2019 06:26 PM
Siyan Najib

Tengok cermin pun salah
Quote dino 10-5-2019 06:47 PM
EvieWanKenobi replied at 10-5-2019 01:50 PM
sapelah penyebar fitnah ni?

kaki fitnah mcm @dodolgemok mmg tak tahu dosa pahala....
Quote EvieWanKenobi 10-5-2019 06:52 PM
dino replied at 10-5-2019 06:47 PM
kaki fitnah mcm @dodolgemok mmg tak tahu dosa pahala....

semoga beliau insofff..
Quote dino 10-5-2019 06:54 PM
EvieWanKenobi replied at 10-5-2019 06:52 PM
semoga beliau insofff..

nmpk takde insaf... mengutuk lebai je keje die....  tgk lps berbuka nanti... meroyan la die
Quote mdhelmi 11-5-2019 01:03 AM
Benda kecik ni pon nk dijadikan bahan berita
Quote Orix 11-5-2019 12:23 PM
Kahkahkah! Ini bru betul dia konar. Mcm cai dia jugak {:smile
Quote Marie1N 11-5-2019 01:26 PM
saya berterima kasih kepada semua orang prepaidgiftbalance

Lihat semua komen(10)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.320394s Gzip On
To Top