CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

Mengantuk Semasa Berpuasa? Atasinya Dengan 7 Tip Ini

10-5-2019 10:18 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 4326| Komen: 17|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Description: Kurang tidur akan menyebabkan kita berasa letih dan lesu semasa berpuasa pada siang hari dalam bulan Ramadan. Apa perlu kita buat bagi mengatasinya?
Gambar hiasan. 

Kredit foto: Carian Google

Kurang tidur akan menyebabkan kita berasa letih dan lesu semasa berpuasa pada siang hari dalam bulan Ramadan. Apa perlu kita buat bagi mengatasinya?

Masalah itu boleh diatasi melalui tujuh tip yang dikongsikan laman sesawang Sonno bagi membantu anda tidak mengantuk ketika berpuasa.


Kredit foto: Carian Google

1. Jadikan rutin untuk tidur selewat-lewatnya pada jam 11 malam. Lakukan solat sunat tarawih, tadarus al-Quran dan membaca buku sebelum waktu tersebut.



Kredit foto: Carian Google

2. Luangkan masa untuk tidur siang (power nap) tidak melebihi 20 minit di tempat kerja. Jangan tidur melebihi tempoh tersebut kerana ia akan membuatkan anda berasa pening. 

3. Pastikan lampu dipadamkan dan suhu bilik antara 18 hingga 21 Celsius bagi memudahkan anda tidur nyenyak pada waktu malam.


Kredit foto: Remaja

4. Elakkan makanana berkalori tinggi, berminyak atau terlalu pedas semasa berbuka puasa kerana ia akan menggangu tidur anda. Pilih makanan yang seimbang, banyak sayuran hijau dan protein. 

5. Utamakan kurma berbanding pemanis mulut kerana buah dengan antioksidan yang tinggi itu membantu mengurangkan kadar gula dalam tubuh.

6. Minum banyak air kosong dan pada masa sama, kurangkan meminum kopi, teh serta minuman berkarbonat.


Kredit foto: YADIM

7. Ambil wuduk sebelum tidur kerana dari segi kesihatan, ia membantu mengurangkan suhu badan dan membantu anda tidur lebih lena.

Semoga tips yang dikongsikan ini membantu anda menikmati tidur berkualiti sekali gus menjadikan anda lebih cergas untuk melakukan amal ibadah dan bekerja sepanjang bulan Ramadan. - CARI
2

Bagus
1

Marah
4

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 10-5-2019 10:28 AM
terima kasih ke atas info yang diberikan
Quote andy946le 10-5-2019 10:38 AM
mr.bean is a great actor, <a href="http://gmail-com-login.com/" title="gmail com login">gmail com login</a>
Quote prettyuglybabe 10-5-2019 11:27 AM
mana nak cari benda yang sarung kat kepala tido kat meja tu?
Quote fushimi 10-5-2019 11:43 AM
iols setakat pose ni tidur sebelum kul 9

mengantuk tahap tak voleh bawak bincang

makan lite lite je pun ngantuk
Quote EvieWanKenobi 10-5-2019 11:49 AM
pukul 8 pagi memang mengantuk sesangat..
Quote Artemesiaa 10-5-2019 11:58 AM
Tips berguna untuk dijadikan panduan
Quote EmaAsmadi 10-5-2019 12:39 PM
Mengantok jugak{:childlike
Quote ninjago 10-5-2019 01:27 PM
thn nie i rasa i x ngantuk sgt puasa. i rasa sebab tido awal sblm kul 11, pastu bangun dlm 4.45am sahur, terus mandi sebelum subuh pastu terus subuh. ada waktu awal lagi lepak jap main hp baru siap2 gi keje. mandi awal bkn apa, sebab senang nt tak kocoh2 nk siap2 gi keje.

i rasa yg part mandi sebelum subuh tu kot yg membantu. cuba try.
Quote mdhelmi 10-5-2019 03:20 PM
buh sikit wangian yg menenangkan
Quote BedahBedul 10-5-2019 08:20 PM
Cari kt shopee uols, try 'ostrich pillow' @prettyuglybabe
Quote prettyuglybabe 10-5-2019 08:26 PM
BedahBedul replied at 10-5-2019 08:20 PM
Cari kt shopee uols, try 'ostrich pillow' @prettyuglybabe

aahhhh... thank you bedah..
Quote lee_sakura 13-5-2019 09:58 AM
tq tt bg info
Quote msamyrazi 13-5-2019 10:47 AM
maceh tt .. i pulak terpaksa dengar lagu kat earphone kalau idok maunya tertido .. sib baik boss paham.
Quote juruterra 13-5-2019 12:59 PM
i pun sleepy sesgt, gini la mak2 kita bgn paling awal nk siapkan sahur. Iols lepas subuh terus gi keje sebab sampai awal boleh balik awal...balik2 terus memasak utk bukak posa, lepas isyak terawikh sampai umah blk dh dkt kol 10. tidokan anak2...then tido dlm 11:30 sbb nk jgk me time tgk kdrama
Quote Mizlyn 13-5-2019 01:19 PM
Dpt nap 20 min tu terbaik.sgt
Quote fishcracker 13-5-2019 01:39 PM
Suhu 18-21°c tu maunye kejung kaki,takpun asyik terbangun ulang alik toilet
Quote Ina8895 10-7-2019 03:01 AM
Lawak la mr bean

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:07 AM GMT+8 , Processed in 0.063360 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top