Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Close

Derma Politik : Rakyat Malaysia Mahu Kebenaran

6-8-2015 04:59 PM| Komen: 10



Artikel : Loo Tung Seang
Video :  Loo Tung Seang & Firdausz





Awal Julai lalu The Wall Street Journal (WSJ) di Amerika Syarikat melaporkan kira-kira AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan di antara agensi kerajaan, bank dan entiti yang berkaitan dengan 1MDB dan berakhir di akaun peribadi perdana menteri dalam 5 deposit berasingan.

Link: http://www.wsj.com/articles/SB10 ... 4581083700187014570 (Investigators Believe Money Flowed to Malaysian Leader Najibs Accounts Amid 1MDB Probe


Bagaimana pun, dakwaan yang menggemparkan itu dinafikan oleh Datuk Seri Najib Razak  dan menganggap ia konspirasi politik pihak lawan termasuk bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Namun WSJ menegaskan siasatan mereka berlandaskan dokumentasi kukuh.

Link : http://www.sinarharian.com.my/na ... n-kerajaan-1.408231
tajuk: Dakwaan WSJ konspirasi untuk jatuhkan kerajaan

Akibatnya, isu 1MDB menjadi semakin hangat diperkatakan di kalangan masyarakat.

Isnin lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan media memaklumkan, hasil siasatan yang dilakukan mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan  sumbangan dari penderma, dan bukan daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti didakwa segelintir pihak dan disebarkan di media sosial.

Link:http://www.utusan.com.my/berita/ ... n-penderma-1.120338
Tajuk: Dana RM2.6b sumbangan penderma
SAIFULIZAM MOHAMAD  |  04 Ogos 2015 12:58 AM
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.8bDc9P24.dpuf


Memetik laporan Bernama semalam SPRM menerusi portal rasminya mengesahkan penderma dari Timur Tengah yang memasukkan RM2.6 billion ke dalam akaun bank Perdana Menteri, meskipun lokasi asal penderma sudah diketahui, tetapi pada masa yang sama ia turut menimbulkan persoalan lain.

Link: http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1158783 
Tajuk: SPRM Sahkan RM2.6 Bilion Adalah Derma Dari Timur Tengah


Antara persoalan yang ingin diketahui oleh orang ramai termasuk  identiti sebenar penderma dari Timur Tengah itu samada dari kerabat diraja Arab atau pelabur Arab. Kemana pula perginya wang derma politik itu, apa kepentingan penderma itu dan adakah derma sebanyak itu salah di sisi undang-undang.

Cari Infonet membuat tinjauan di sekitar Lembah Klang untuk mendapatkan pandangan orang ramai berhubung isu berkenaan.

Rata-rata yang ditemui berpendapat RM2.6 bilion bukan satu jumlah yang kecil, pihak berkuasa perlu memberi penjelasan yang sewajarnya demi untuk menyakinkan rakyat. Dengan hanya bersandarkan kenyataan dana tersebut bukan daripada sumber 1MDB dilihat bukanlah jawapan yang bernas.

Pendek kata, isu 1MDB tidak menampakkan tanda-tanda akan reda dalam masa terdekat dan masih banyak lagi keraguan yang timbul dan impaknya semakin luas tersebar.
- CARI Infonet


Apa Reaksi Anda...

Bagus
8
Marah
15
Terkejut
19
Sedih
18
Lawak
26
Bosan
25
Komen: 11
Komen

Komen Terbaru

Quote cabalero 7-8-2015 08:59 AM
Anak_Nogori replied at 6-8-2015 07:58 PM
Dap bila nak setuju dedahkan dana politik mereka?..apa pasal dap takut?...ada dana dari aktiviti pel ...

Boleh tolong komen skit pasal berita kat bawah ni  


Inisiatif bagi kawal pembiayaan politik diperkenal C PM
27/02/2012 6:24pm

PUTRAJAYA 27 Feb. C Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata, kerajaan akan  memperkenalkan satu lagi inisiatif di bawah Pelan Transformasi Kerajaan bagi  mengawal pembiayaan politik demi meningkatkan ketelusan dan keyakinan rakyat  terhadap pertubuhan politik di negara ini.

Perdana Menteri berkata, inisiatif itu memberi penekanan bahawa setiap  sumbangan yang ingin diberikan kepada mana-mana parti politik, sama ada di  peringkat pusat mahupun negeri, hendaklah disalurkan melalui akaun rasmi parti.

"Ini bagi mengelakkan ahli-ahli politik menyalahgunakan nama parti untuk  meminta atau menerima apa-apa sumbangan yang kemudiannya diselewengkan untuk  kepentingan persendirian, katanya semasa berucap merasmikan Program Pegawai  Integriti Bertauliah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari  ini.

Najib berkata, setiap sumbangan yang dihulurkan perlulah dikemukakan resit  penerimaan dan dimasukkan ke dalam akaun parti.

"Menerusi rekod penerimaan yang teratur ia boleh diaudit pada tiap-tiap akhir  tahun kewangan, katanya.

Beliau berkata, kerajaan percaya inisiatif seumpama ini akan mengelakkan  sebarang bentuk perbuatan rasuah dan penyelewengan di peringkat akar umbi,  manakala manfaat sumbangan itu dapat disampaikan kepada segenap peringkat parti  dan seterusnya rakyat. C BERNAMA

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0227&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_25.htm#ixzz3htfMjhBe
©  Utusan Melayu (M) Bhd



Lain-lain Komen

Quote ladybird_ 6-8-2015 05:45 PM
Terbaik.. 2.6 bilion bukan jumlah yg sikit.
Memberi impak negatif kepada masyarakat.
Suka komen amoi tu ... Tepat padat!
Quote pyropura 6-8-2015 07:11 PM
...eyyyy, apa yang Jibby cakap tu semua benar lah, apa susah sangat nak pecaya??

Yang benar,


Macai ketua cawangan
Quote Anak_Nogori 6-8-2015 07:58 PM
Dap bila nak setuju dedahkan dana politik mereka?..apa pasal dap takut?...ada dana dari aktiviti pelacuran, judi, black money, gengster ke?...ko takut pap terdedah sama?.
Quote cucumberkl 6-8-2015 08:12 PM
Anak_Nogori replied at 6-8-2015 07:58 PM
Dap bila nak setuju dedahkan dana politik mereka?..apa pasal dap takut?...ada dana dari aktiviti pel ...

Ni la pecacai tua yg BODOH
duit masuk tahun 2013 senyap2 tp kantoi 2015
Kalau wak sembab Timbalan presiden umNGOK pon xtau , ape sgt la pejilat jubor bijan
Duit parti konon, ko mkn TAIK ke ganti nasik
Memang BANGANG la yg duk percaya duit derma bagai
Dr Zeti p mana, senyap je 2.6 biliyun masuk xkan xtau kot

Quote idea77 6-8-2015 10:03 PM
Takda orang percaya pun tu duit derma....jawapan spin saat2 akhir untuk redakan hati rakyat. Kalau check betul2 aliran duit masuk dan keluar....terkait dengan 42billion yang najib hutang.

jawapan DERMA adalah paling selamat untuk tidak ditanya lebih orang rakyat....tapi Najib silap Penerimaan dana yang banyak haruslah terkait dengan akta RASUAH..

Tapi kalau najib jawab duit dari 1MDB...lagi banyak masalah.So paling selamat jawab jer derma. Sapa derma pun takleh disoal. Kemana digunakan pun takleh disoal. selamat eh najib...

Skg najib pening lagi..sebab kalau derma pun.. tak dibenarkan dibawah akta2 tertentu ..RASUAH. haa..jawab ler najib.spin lagi...cuba check account rosmah tu...

Quote idea77 6-8-2015 10:07 PM
Duk bising2 pasal 2.6 billion jer...yang hutang 42billion belum habis jawab tuh. Kemana duit tu?????

Marcos Malaysia...pentingkan diri lebih dari rakyat. Tidak layak untuk memimpin.
Quote roy3 6-8-2015 10:19 PM
Kalu masuk dana parti mungkin leh terima ayat derma tu..kalu masuk dlm akaun persendirian pastu pemegang akaun seorg ahli politik terkenal dan die pemimpin negara..ayat derma tu musykil sungguh..cer kalu najib ni bkn sapa2.ade x org sudi derma maauk akaun die?
Quote DTECCONAN 6-8-2015 11:00 PM
buat masa sekarang, isu derma tak jadi soal

masalahnya kenapa duit dana dimasukkan kedalam akaun peribadi? bukankah ada beberapa persoalan yg akan timbul jika dana sebanyak itu dimasukkan ke dlm akaun peribadi

persoalan kedua kenapa drpd awal Najib tak bagitau itu derma utk UMNO? Kenapa perlu susahkan kakitangan awam utk menyiasat jika duit itu hanya derma

Quote hyun 7-8-2015 07:26 AM
eee... aku xleh blah isu nie... masih ada org sokong najib. sah2 dia dah kantoi. tak logik langsung isu RM2.6bil nie. skrg duk suruh parti lain dedah akaun dana diorg plak. mmg kaki spin tahap gaban. yg nyata kenapa akaun peribadi. apa yg yg blaku nie mengesahkan apa yg telah dibagi tau selama nie...
Quote cabalero 7-8-2015 08:59 AM
Anak_Nogori replied at 6-8-2015 07:58 PM
Dap bila nak setuju dedahkan dana politik mereka?..apa pasal dap takut?...ada dana dari aktiviti pel ...

Boleh tolong komen skit pasal berita kat bawah ni  


Inisiatif bagi kawal pembiayaan politik diperkenal C PM
27/02/2012 6:24pm

PUTRAJAYA 27 Feb. C Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata, kerajaan akan  memperkenalkan satu lagi inisiatif di bawah Pelan Transformasi Kerajaan bagi  mengawal pembiayaan politik demi meningkatkan ketelusan dan keyakinan rakyat  terhadap pertubuhan politik di negara ini.

Perdana Menteri berkata, inisiatif itu memberi penekanan bahawa setiap  sumbangan yang ingin diberikan kepada mana-mana parti politik, sama ada di  peringkat pusat mahupun negeri, hendaklah disalurkan melalui akaun rasmi parti.

"Ini bagi mengelakkan ahli-ahli politik menyalahgunakan nama parti untuk  meminta atau menerima apa-apa sumbangan yang kemudiannya diselewengkan untuk  kepentingan persendirian, katanya semasa berucap merasmikan Program Pegawai  Integriti Bertauliah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari  ini.

Najib berkata, setiap sumbangan yang dihulurkan perlulah dikemukakan resit  penerimaan dan dimasukkan ke dalam akaun parti.

"Menerusi rekod penerimaan yang teratur ia boleh diaudit pada tiap-tiap akhir  tahun kewangan, katanya.

Beliau berkata, kerajaan percaya inisiatif seumpama ini akan mengelakkan  sebarang bentuk perbuatan rasuah dan penyelewengan di peringkat akar umbi,  manakala manfaat sumbangan itu dapat disampaikan kepada segenap peringkat parti  dan seterusnya rakyat. C BERNAMA

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0227&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_25.htm#ixzz3htfMjhBe
©  Utusan Melayu (M) Bhd



Lihat semua komen(10)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.102243s Gzip On
To Top