adnilsa Publish time 7-1-2008 02:06 PM

Reply #360 Gemukkkkkkk's post

kwn sepai?:o :o

Gemukkkkkkk Publish time 7-1-2008 02:26 PM

bebudak tu dari usm nibong tebal kan?

chekshu Publish time 8-1-2008 04:17 PM

from today - nst <travel>

Walk on the colourful side of Ipoh

DIANA YEOH

For a touch of old colonial charm, take a hike through the old section of Ipoh and relive history. DIANA YEOH is intrigued by the heritage of the city that tin built


TAKE a walk around Ipoh old town and you will see that the place has retained much of its colonial charm in the many old buildings. There is architectural evidence that the British and the Japanese once occupied old Malaya and this part of the State capital of Perak. The influences of the Malays, Indians and Chinese who helped develop the city, are also obvious.

Ipoh was said to have been founded by a Malay chief, Tok Keluang, son of Tok Sabang, the chief of Upper Perak who was killed for going against Sultan Mudzaffar Shah, the first Sultan of Perak.

When his father died, Tok Keluang fled downstream along the Perak River and founded a new settlement in 1528, which was to become old Ipoh.


Moorish and Victorian

A walk down memory lane should start at the Railway Station, nicknamed Ipoh Taj Mahal for its intricate Moorish design, not unlike India抯 famous monument of love.

Built 93 years ago in 1915, the station was the second concrete building in the town. The rail tracks were laid at the height of the tin boom when the only means of transport was by boat and it took three days to travel from Ipoh to Kuala Kangsar, a distance of 54.5km.

Many heritage buildings in Ipoh are Victorian in style and can be found in many parts of the old town, especially on the west bank of Sungai Kinta. The shade they provide makes walking along the narrow streets a cool and pleasant experience.

Opposite the Railway Station is a string of other heritage buildings: Town Hall (1917), Hong Kong Bank (1920), Standard Chartered Bank (1908), Straits Trading Building (1910), Merchantile Bank (1931), Chung Thye Pin Building (1907), Perak Chinese Chamber of Commerce (1907) and High Court (1928).


Colourful Street

Stop a while at Jalan Tun Sambanthan, also known as the Street of Lawyers as once, lawyers were always going in and out of their offices here to go to the High and Lower Courts nearby.

Today, many offices have been turned into kopitiams and cafes. Fatt Kee Coffee Shop at No 7, for instance, used to be the legal office of S.P. Seenivasagam, the first municipal president of Ipoh in 1962, and his younger brother D.R. Seenivasagam (a lawyer, MP and founder and president of the People抯 Progressive Party).

Across the street is Ipoh Padang, with old casuarina trees planted in 1898 and the Royal Ipoh Club (1895), where the British used to come to relax and drink in the colonial days.

Jalan Tun Sambanthan is divided into two sections

oobi Publish time 23-1-2008 09:07 AM







- Local News-
Search for mum ends, door for education opens


NST Online
2008/01/23

Link to original article




http://www.nst.com.my/Wednesday/National/2139496/insidepix1

Chan Yg Seng embracing his biological mother K. Letchumi for the first time yesterday as his mother Low Yoke Wah looks on. He does not have an identity card and has not been able to attend school since 2003.



IPOH: A 19-year-old's search for his biological mother has ended, and on Monday he met for the first time the woman who gave him up at birth so he could have a better life.

Chan Yg Seng told a news conference at the Gerakan headquarters yesterday that as soon as he saw her, he knew that 60-year-old K. Letchumi was his biological mother.

"The first thing that hit me was how much I resemble her. Deep inside I knew that she was the person I have been looking for all this while.

"I wanted to say so many things but everything was lost when we met," said Chan, who was given up for adoption in 1989.

Finding his biological mother also means that Chan can continue his education which was interrupted.
"I hope to be able to continue my studies, perhaps in a vocational school to catch up on the years I lost," Chan said.

He has not been able to attend school since 2003, when the National Registration Department refused to recognise his birth certificate with his adoptive parents' names and issued him a new one on which no parents names were registered.

Because of that, Chan could not prove that he is a Malaysian and could not obtain an identity card.

Since then, he and his mother, Low Yoke Wah, have been searching for Letchumi.

The family lost contact with her when she moved from Manong, where they all lived at the time of the adoption.

Media reports on the pair's search prompted a Manong resident to contact the People's Progressive Party in Kuala Kangsar with information on the whereabouts of Chan's biological parents.

Chan, who speaks fluent Mandarin, said: "I understand why she had to let me go as life was difficult then. I am thankful to be with a good family who raised me like their own."





Gemukkkkkkk Publish time 23-1-2008 09:28 AM

aku pun dah lama tak updatekan thread ni.dah la 2-3 hari ni banyak developments kat perak.semalam pun ada cerita pasal 2 sisters re-united lepas 40 thaun berpisah.

tangopapa Publish time 23-1-2008 11:59 AM

wa pun sama la........x larat nak buat sensorang........:L

:lol:

oobi Publish time 29-1-2008 05:41 AM







- Local News-
Raja Nazrin is Perak regent


NST Online
2008/01/28

Link to original article




http://www.nst.com.my/Monday/National/2143495/insidepix1

Raja Dr Nazrin previously served as the regent when his father, Sultan Azlan Shah, became the ninth Yang di- Pertuan Agong



KUALA KANGSAR: Raja Muda of Perak Raja Dr Nazrin Shah was yesterday appointed the state's regent.
He was officially appointed by Sultan Azlan Shah at a special ceremony at Istana Iskandariah here.

The appointment will be effective from today until further notice.

Present at the ceremony were Raja Permaisuri of Perak Tuanku Bainun; Raja Dr Nazrin's wife Raja Puan Besar Tuanku Zara Salim; the Raja Di-Hilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa; and the Raja Puan Muda of Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah.

Perak Menteri Besar Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali, his wife Datin Seri Kamariah Mokri, Perak Mufti Datuk Seri Harussani Zakaria and state executive councillors were among the state dignitaries present.
Raja Dr Nazrin had previously served as the regent when Sultan Azlan Shah was the ninth Yang di-Pertuan Agong from 1989 to 1994.

Raja Dr Nazrin, 52, the eldest child of Sultan Azlan Shah and Tuanku Bainun, was proclaimed the Raja Muda of Perak on April 15, 1984, about two weeks after Sultan Azlan Shah was installed as the Sultan of Perak.

Born in Penang on Nov 27, 1956, he received his early education at the St John's Institution in Kuala Lumpur.

He holds a BA (Hons) degree in Philosophy, Politics and Economics from Oxford University, a Master's in Public Administration from the Kennedy School of Government, Harvard University, and a PhD in Political Economy and Government, also from Harvard University.

Raja Dr Nazrin has assumed the role of financial ambassador of the Malaysian International Finance Centre, has been pro-chancellor of Universiti Malaya since 1989 and is the chairman of the board of governors of the Malay College Kuala Kangsar.

He also consented to become an eminent fellow of the Institute of Strategic and International Studies (Isis) Malaysia effective May 1, 2007.

He married Tuanku Zara at Istana Iskandariah in Bukit Chandan here on May 17 last year. -- Bernama





Gemukkkkkkk Publish time 29-1-2008 10:17 AM

thanks oobi kerana updatekan kat sini:loveliness: :D

tangopapa Publish time 29-1-2008 10:52 PM

Reply #368 Gemukkkkkkk's post

ur welkam..........opppssss ;P

tangopapa Publish time 30-1-2008 08:38 AM

Rafidah harap wanita dapat lebih kerusi

Oleh Nurhayati Abllah

KUALA KANGSAR: Wanita Barisan Nasional (BN) akan berusaha menempatkan lebih ramai calon wanita pada pilihan raya kali ini kerana ada ramai calon yang berkelayakan untuk diketengahkan.

Bagi tujuan itu, Pengerusi Wanita BN, Datuk Seri Rafidah Aziz berkata, perkara itu kini dalam peringkat perbincangan dengan Menteri Besar dan Ketua Menteri, khususnya untuk peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau berkata, Wanita BN tidak mempunyai masalah untuk mengemukakan senarai nama calon wanita kerana sememangnya mempunyai ramai ahli parti itu yang berpotensi, termasuk calon baru, baik untuk peringkat DUN mahupun Parlimen.

Bagaimanapun, katanya, Wanita BN perlu mendapat persetujuan semua pihak bagi meletakkan calon berkenaan dan memerlukan pertimbangan sewajarnya.

"Persetujuan perlu diperoleh bukan saja menerima calon wanita berkenaan tetapi pada masa sama memikirkan kawasan bagi meletakkan mereka (sebagai calon)," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas majlis penyampaian sijil kanak-kanak Taman Bimbingan Kanak-Kanak Kemas-Philips, di Kampung Senggang, di sini, semalam.

Rafidah yang juga Ketua Wanita Umno berkata, penentuan kerusi bukan perkara yang dibuat sesuka hati, sebaliknya perlu mendapat pandangan dan sokongan pimpinan tertinggi setiap negeri.

"Saya tidak boleh beritahu berapa peratus (penyertaan pada pilihan raya umum akan datang) kerana kita tidak menggunakan jumlah peratus tetapi berbincang berdasarkan realistik dan pragmatik.

"Kita kena pergi ke negeri dan lihat di mana ada kerusi kosong kemungkinan ada Wanita BN boleh mengisinya," katanya yang turut berharap calon wanita lama dapat dikekalkan.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, Mesyuarat Tertinggi Wanita BN baru-baru ini juga membuat keputusan bagi meletakkan seorang calon wanita daripada setiap parti komponen BN untuk dicalonkan di peringkat Parlimen atau negeri.

"Saya merayu kepada semua pemimpin komponen BN untuk menimbangkannya kerana mereka juga mempunyai calon wanita yang boleh diketengahkan.

"Setiap parti yang ada pengagihan kerusi, wajarlah menimbangkan satu daripadanya untuk wanita," katanya berharap calon yang dipilih berkebolehan berkhidmat di kawasan masing-masing dan mampu membawa kemajuan berterusan di kawasan yang diwakili.

Katanya, Wanita BN juga berharap untuk meletakkan calon wanita di Kelantan dan berusaha memastikan kemenangan berpihak kepada BN kerana pada pilihan raya lalu, calon BN kalah tipis kepada pembangkang.

Dalam perkembangan lain, beliau berpuas hati dan gembira dengan keseluruhan jentera wanita, termasuk di kawasan Parlimen Kuala Kangsar dalam persediaan menghadapi pilihan raya.

Sementara itu, Rafidah menyifatkan janji pembangkang untuk menurunkan harga minyak jika mereka memenangi pilihan raya umum kali ini adalah adalah satu pembohongan paling besar.

Sambil meminta pembangkang berhenti melakukan pembohongan dan menabur janji kosong kepada rakyat, beliau berkata, semua itu adalah taktik lama pembangkang meraih sokongan.

"Pembangkang jangan bercakap bukan-bukan, jangan memperbodohkan rakyat, jangan memperbodohkan orang Kuala Kangsar dengan mengatakan akan menurunkan harga minyak jika memenangi pilihan raya umum kali ini.

"Itu adalah pembohongan dan pengkhianatan sangat besar," katanya.

oobi Publish time 31-1-2008 06:01 AM

Reply #368 Gemukkkkkkk's post


sama-sama. :loveliness:

oobi Publish time 31-1-2008 06:26 AM







- nation-
Tin dredge to open to public

By G. MAHINDER SINGH
The Star Online
Wednesday January 30, 2008

Link to original article

AFTER years of relative obscurity, the Perak tin dredge at Tanjung Tualang will open its doors to the public from Feb 1. Run by Osborne & Chappel, the attraction will have packages that include guided tours

oobi Publish time 8-2-2008 03:15 AM






- Utara -
Projek kambing boer beroperasi Jun


Oleh ABDUL RAZAK DIN
Utusan Online
8 Februari 2008 / 30 Muharam 1429


Link to original article
http://www.utusan.com.my/pix/2008/0208/Utusan_Malaysia/Utara/wu_01.1.jpg
BATU KURAU 7 Feb. - Larut Matang dan Selama akan berubah wajah apabila projek ternakan kambing boer nasional di Pondok Tanjong seluas 1,200 hektar di sini akan beroperasi mulai pertengahan tahun ini.

Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainudin Raja Omar berkata, ini kerana sebanyak 12,000 ekor baka kambing boer akan mula dimasukkan ke ladang-ladang untuk pembiakan.

Katanya, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM13 juta bagi membangunkan projek ulung yang dilaksanakan di negara ini dan ia akan dilaksanakan secara komersiol.

''Projek ini akan diuruskan oleh Jabatan Haiwan dan ia sekali gus memberi peluang pekerjaan dan pendapatan kepada penduduk setempat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hak milik geran tanah Rancangan Tanah Belia (RTB) Jelai di sini semalam.

Pada majlis itu, sebanyak 259 orang menerima geran tanah masing-masing yang mengusahakan pelbagai tanaman sejak berpuluh tahun yang lalu.

Katanya, melalui pembinaan projek ternakan kambing boer nasional ini negara dapat mengurangkan import daging dari luar negara.

''Kami anggarkan projek ini akan mengambil masa antara dua hingga tiga tahun untuk disiapkan sepenuhnya," katanya.

Beliau berkata, projek ini bukan sahaja lengkap dengan kandang- kandang yang moden tetapi diwujudkan juga pusat penyelidikan ternakan.

Raja Ahmad berkata, untuk itu beliau menyeru penduduk tempatan supaya mengambil peluang yang disediakan oleh kerajaan untuk mengusahakan ternakan tersebut.

Katanya, beliau yakin projek ini dapat mengatasi masalah kemiskinan tegar di luar bandar di kawasan ini.

''Pejabat Daerah dan Jabatan Haiwan menyediakan borang-borang permohonan kepada sesiapa yang berminat menyertai projek ini," katanya.

Raja Ahmad juga meminta penduduk setempat supaya mengusahakan tanah-tanah yang kini dianggarkan berjumlah 1,600 hektar di kawasan berkenaan.

Katanya, terdapat banyak tanah terbiar di kawasan berkenaan kerana penduduk berhijrah ke kawasan lain.

Beliau berkata, untuk itu, penduduk diminta berunding dengan pejabat daerah supaya tanah berkenaan dapat digunakan sebaik mungkin bagi meningkatkan pendapatan mereka.






Gemukkkkkkk Publish time 8-2-2008 08:54 AM

Utara: Lima ladang rakyat untung RM19.45 juta 2007
Oleh Shamsul Kamal Amarudin

SERI ISKANDAR: Lima ladang rakyat hasil inisiatif kerajaan negeri untuk meningkatkan pendapatan 985 petani miskin, berjaya memperoleh keuntungan RM19.45 juta sepanjang tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali, berkata ini bermakna setiap petani terbabit memperoleh pendapatan purata RM1,646 sebulan iaitu jumlah yang jauh melepasi paras kemiskinan.

"Keuntungan yang besar itu berikutan harga sawit yang tinggi di pasaran sekarang. Ia juga bermakna program berkenaan berjaya melenyapkan masalah kemiskinan di kalangan warga tani yang menyertainya," katanya.

Beliau berucap pada Program Perhimpunan Warga Tani Perak Bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di sini, semalam.

Tajol Rosli berkata, lima ladang rakyat itu ialah Ladang Rakyat Peladang; Ladang Rakyat Bikam; Ladang Jaya Baru, Kampung Gajah; Ladang Seri Perkasa, Hutan Melintang dan Ladang Tumboh Blok, dibangunkan di kawasan seluas 2,124.4 hektar.

Beliau berkata, kerajaan negeri menganugerahkan tanah pertanian seluas 4,341 hektar kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan dimaklumkan seluas 2,683 hektar daripadanya ditanam kelapa sawit menerusi skim Ladang Rakyat.

Katanya, ada 31 PPK di Perak yang dianggotai 79,335 orang dan menjalankan pelbagai aktiviti pertanian dan produk asas tani bernilai kira-kira RM132 juta.

Beliau berkata, secara keseluruhan projek yang dihasilkan itu menghasilkan pulangan bersih kira-kira RM38 juta.

"Selain sawit, harga getah juga meningkat dengan ketara sehingga ada sebahagian daripada mereka yang terbabit dengan penghasilan getah ini dianggarkan berpendapatan melebihi RM5,000 sebulan.

"Kenaikan harga sawit dan getah sehingga 100 peratus ini berbanding pada 2003 dan 2004, meningkatkan daya beli dan kualiti hidup golongan petani," katanya.

Beliau berkata, justeru golongan berkenaan tidak seharusnya berasa begitu tertekan dengan kenaikan harga beberapa barang ketika ini.

"Lumrahnya, jika barang yang kita hasilkan naik harga, barang yang orang lain hasilkan juga akan naik harga.

"Ia adalah rantaian ekonomi dan kitaran kuasa pasaran bersifat global yang kian mempengaruhi ekonomi kita sejak akhir-akhir ini," katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/EdisiWilayah/20080204072847/Article/

Gemukkkkkkk Publish time 8-2-2008 09:03 AM

Utara: Bagan Datoh makin gah
Oleh Abu Bakar Al-Sidek

MEMBANGUN: Pekan Bagan Datoh.

Usaha gigih tiga wakil rakyat bawa perubahan besar kepada kawasan terkenal dengan tanaman kelapa

BAGAN DATOH: Kawasan Parlimen Bagan Datoh yang terletak di Selatan Perak bakal menempuh angin perubahan besar dengan terlaksananya beberapa projek pembangunan bernilai berjuta ringgit yang memberi faedah kepada lebih 150,000 penduduk semua kaum di kawasan yang terkenal dengan tanaman kelapa itu.

Antara projek yang akan dilaksanakan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh (SMSBD), kompleks perniagaan Bumiputera, kompleks penerangan pelancongan, projek perumahan mampu milik, balai bomba dan penyelamat di samping melebarkan jalan raya menghala ke Bagan Datoh.

Semua projek yang akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bakal menjadi mercu tanda Bagan Datoh sebagai pintu masuk utama pelancong termasuk dari Indonesia ke Perak menerusi perairan Selat Melaka.

Pelaksanaan semua projek itu atas usaha gigih tiga wakil rakyat Barisan Nasional (BN) iaitu Ahli Parlimen Bagan Datoh, Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Menteri Penerangan serta dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Datuk G Rajoo (Hutan Melintang) dan Shaarani Mohamad (Rungkup).

Setakat ini, kerja pembinaan SMSBD membabitkan kos RM45 juta dibina melalui peruntukan Kementerian Pelajaran yang kini sedang rancak dilaksanakan atas tapak bersebelahan kompleks guru Bagan Datoh yang dijangka siap sepenuhnya akhir tahun depan.

Kira-kira 1,000 pelajar tempatan serta luar daerah Bagan Datoh dijangka akan belajar di situ apabila SMSBD memulakan sesi persekolahannya awal 2010.

Pembinaan MRSM pula usaha sudah dibuat oleh wakil rakyat bagi mendapatkan peruntukan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang diharap dapat diluluskan secepat mungkin.

"Kewujudan SMSBD dan MRSM bakal memberi suntikan semangat kepada anak Bagan Datoh merebut peluang menimba ilmu menerusi kedua-dua sekolah berasrama penuh itu," kata Ahmad Zahid dalam pertemuan dengan Berita Harian baru-baru ini.

Beliau berkata, selain itu, pekan kecil Simpang Tiga, Rungkup bakal menjadi pusat pertumbuhan desa baru selaras pelaksanaan projek perumahan mampu milik berkonsepkan Kampung Tersusun mengandungi 300 unit rumah untuk golongan berpendapatan rendah.

Katanya, projek itu dilaksanakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di kawasan seluas 10.2 hektar dengan kerjasama kerajaan negeri dengan memberi keutamaan kepada penduduk tempatan semua kaum yang belum memiliki rumah sendiri dan dijual pada harga antara RM70,000 hingga RM90,000 seunit menerusi bayaran ansuran tempoh 35 tahun.

Melalui konsep Kampung Tersusun itu, SPNB akan membina sebuah rumah atas setiap lot dengan keluasan antara 213 meter dan 244 meter persegi seunit lengkap pelbagai kemudahan asas yang peruntukannya akan diperoleh daripada projek Pembangunan Luar Bandar (PLB).

Selain itu, sebanyak 11 unit rumah kedai satu tingkat juga akan dibina di kawasan itu pada harga permulaan RM95,000 seunit.

Beliau berkata, dalam usaha menjadikan kawasan Parlimen Bagan Datoh sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia, jeti di pinggir Sungai Perak di pekan Bagan Datoh akan dinaikkan taraf sebagai terminal pelancongan membabitkan kos RM2.5 juta.

Katanya, jeti itu akan dilengkapi dewan, pusat kraf tangan dan gerai makanan bagi memberi kemudahan kepada pelancong yang datang ke situ.

"Jeti itu akan menjadi pusat persinggahan kepada pelancong dan kaki pancing untuk memancing di Pulau Sembilan atau menyaksikan keindahan Beting Beras Basah di kuala Sungai Perak yang bersempadan dengan perairan Selat Melaka," katanya.

Ahmad Zahid berkata, Kerajaan Pusat turut memberi peruntukan bagi membina rangkaian jalan raya empat lorong dari Teluk Intan ke Bagan Datoh sejauh 45 kilometer (km) serta jalan pesisiran pantai antara Hutan Melintang ke Bagan Datoh sejauh 37 km.

Beliau berkata, peruntukan RM4 juta setahun dibelanjakan bagi membaik pulih jalan kampung, manakala RM5 juta lagi diterima daripada Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Timbalan Perdana Menteri serta Pejabat Menteri Besar Perak bagi kerja membaiki kerosakan jalan sepanjang tahun lalu.

"Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) juga diminta memasang lampu jalan daripada

pekan kecil Simpang Tiga, Rungkup ke Bagan Datoh sejauh 7 kilometer di samping membina landskap di kiri kanan jalan dengan tanaman kelapa matag sebagai pokok hiasan," katanya.

Ahmad Zahid berkata, penduduk juga berharap kerajaan negeri meluluskan permohonan menaikkan taraf Bagan Datoh sebagai Daerah Kecil kerana selama ini semua urusan dengan jabatan kerajaan dilakukan di Bandar Teluk Intan sejauh 45 kilometer.

Katanya, kertas cadangan mengenai perkara itu sudah dikemukakan kepada kerajaan negeri yang diharap keputusannya akan dapat diketahui tidak lama lagi.

Beliau berkata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga sudah meluluskan peruntukan RM12 juta bagi pembinaan Kompleks Bomba dan Penyelamat di Parit Satu, Sungai Sumun dalam dua fasa.

Sementara itu, Shaarani berharap simpang bertingkat dapat dibina menghala masuk ke kawasan Bagan Datoh menerusi pembinaan lebuh raya pesisiran pantai, sekali gus menaikkan taraf sosioekonomi penduduk setempat yang terdiri daripada pekebun kecil kelapa dan nelayan.

Beliau meminta anak kelahiran Bagan Datoh yang berjaya dalam pelbagai bidang memberi sumbangan fikiran dan dana untuk dilaburkan di kawasan kampung kelahiran mereka untuk meletakkan Bagan Datoh Nombor Satu di Perak.

Rajoo pula menyatakan rasa gembira kerana penduduk terus memberi sokongan padu kepada kerajaan BN setiap kali pilihan raya di mana Bagan Datoh terkenal sebagai kubu kuat BN.

"Saya yakin penduduk akan terus menyokong BN dalam pilihan raya ke-12 kerana mereka masih memerlukan program pembangunan untuk meletakkan Bagan Datoh terus berdaya maju seperti daerah lain di Perak," katanya.

FAKTA: Pembangunan di Bagan Datoh

Mara meluluskan peruntukan RM10 juta bagi membina 10 unit rumah kedai menggantikan gerai Mara berusia lebih 20 tahun peniaga Bumiputera

Limpahan pembangunan apabila projek Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat dari Sekinchan, Selangor ke Changkat Jering, Taiping menelan kos RM3.1 bilion siap dalam RMK-10.

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh (SMSBD) untuk tingkat bidang pendidikan

Pekan kecil Simpang Tiga, Rungkup bakal menjadi pusat pertumbuhan desa baru mengandungi 300 rumah untuk golongan berpendapatan rendah.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/EdisiWilayah/20080201113834/Article/

Gemukkkkkkk Publish time 8-2-2008 09:12 AM

Utara: 2 hutan simpan belum diwarta
Oleh Rosdalilah Zahari

Persatuan Alam Sekitar Perak bimbang habitat dilindungi terancam

IPOH: Beberapa kawasan hutan simpan di sekitar negeri ini masih belum diwartakan sebagai kawasan hutan simpan kekal menyebabkan ia terdedah kepada pelbagai ancaman, termasuk akibat pembangunan pesat di sekitarnya.

Kawasan hutan simpan terbabit, termasuk Hutan Simpan Parit di Perak Tengah dan Hutan Paya Laut Tanjung Burung, Pantai Remis di daerah Manjung.

Setiausaha Kehormat Persatuan Alam Sekitar Perak (PASP), Meor Razak Abdul Rahman berkata, pihaknya sudah menghantar permohonan kepada pihak terbabit namun kedua kawasan itu masih gagal untuk diwartakan.

"Hutan Simpan Parit di Perak Tengah adalah antara hutan semula jadi yang dianggap antara tertua di negeri ini dan mempunyai pelbagai spesies tumbuhan, termasuk tongkat ali dan kacip fatimah.

"Selain itu, hutan ini turut menjadi habitat beberapa spesies haiwan terancam, antaranya harimau dahan, burung kuang raya, burung pucong serandan, tapir Malaya, kucing batu, musang pulut, memerang licin, landak raya, pelanduk, napoh dan siamang.

"Malangnya, hutan yang dulunya seluas 4,000 hektar kini tinggal 1,000 hektar saja akibat pembangunan pesat yang berlaku di sekelilingnya," katanya pada sidang media di pejabat PSAP dekat sini, kelmarin.

Sementara itu, katanya, usaha untuk mewartakan kawasan hutan simpan Tanjung Burung di daerah Manjung bertujuan mengelakkan kawasan seluas 70 hektar ini terdedah kepada ancaman ombak besar seperti tsunami.

"Jika Hutan Paya Laut Matang di daerah Larut Matang terkenal kerana pengurusan hutannya yang baik di peringkat negara dan antarabangsa, tidak salah jika hutan paya laut Tanjung Burung juga mendapat pengiktirafan sedemikian," katanya.

Razak berkata, pengurusan hutan yang diamalkan di Hutan Paya Larut Matang terbukti mampu untuk menjamin bekalan kayu bakau secara berkekalan untuk industri arang kayu dan juga bekalan kayu jaras untuk cerucuk tanpa memusnahkan alam sekitar.

"Di samping itu, ia juga berperanan penting dalam memelihara kestabilan kawasan pesisiran pantai dari hakisan ombak laut.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Januari 2005 turut mengarahkan penanaman semula bakau terutama bagi kawasan yang hutan bakaunya sudah dimusnahkan oleh kerja pembangunan," katanya.

Razak berkata, Seksyen 12 Akta Perhutanan Negara memperuntukkan kawasan hutan yang dimajukan perlu diganti semula dengan kawasan hutan yang hampir sama luasnya.

Selain itu, Meor Razak juga berharap kerajaan negeri dapat membantu mewartakan Hutan Tanah Kerajaan Lembah Beriah yang terletak di daerah Kerian menjadi hutan simpan kekal.

Katanya, hutan itu dikenal pasti penting dalam mengekalkan keseimbangan ekologi serta dapat mengawal keadaan banjir jika hujan lebat melanda.

"Kawasan ini sering terdedah kepada ancaman banjir akibat kegiatan tebus guna tanah hutan paya gambut untuk pembangunan Bandar Baru Lembah Beriah dan penduduk di situ turut mengalami impak yang sama.

"Ini turut disokong dengan kajian dan penyelidikan yang dijalankan selama 20 tahun oleh Universiti Sains Malaysia (USM) di kawasan terbabit," katanya pada sidang media di pejabat PSAP di sini, semalam.

Razak berkata, kajian USM turut berjaya menemui spesies ikan kedua terkecil di dunia yang diberi nama 'Perak Fish' di kawasan hutan paya gambut itu, dua tahun lalu.

"Kawasan hutan paya gambut ini hanya terdapat di Hutan Tanah Kerajaan Lembah Beriah dan di sebahagian Hutan Simpan Pondok Tanjung di daerah Larut, Matang dan Selama kedua-duanya kini semakin terancam.

"Jika keadaan ini berterusan ia akan mengancam serta mengganggu habitat haiwan liar dan tumbuhan di situ.

"Lebih membimbangkan kawasan seluas 5,000 hektar itu semakin mengecil akibat kemusnahan yang disebabkan olah pertanian dan penempatan,

oobi Publish time 9-2-2008 10:56 AM







- Local News-
Erosion a danger to apartments


NST Online
2008/02/09


Link to original article



http://www.nst.com.my/Saturday/National/20080209081945/insidepix1

Megat Mohd Zulkifli Megat Norizan, 29, showing the erosion at Sungai Meru next to apartment blocks in Taman Meru Impiana, Jelapang.


IPOH: Residents at three apartment blocks in Taman Meru Impiana here have been having sleepless nights as erosion is eating up Sungai Meru, which flows next to their building.

They fear that the situation could worsen as another part of the slope, next to the Indah Water Konsortium plant, in the vicinity of the seven-storey Kings Height Apartment, has eroded.

A spokesman for the residents, Matthew Purusho-thaman, 42, said: 揟here could be more incidents of erosion, especially during the current rainy period.

oobi Publish time 13-2-2008 04:53 AM







- nation-
Family of four die in head-on collision

By IVAN LOH
The Star Online
Tuesday February 12, 2008

Link to original article

KAMPAR: A traffic policeman, his wife and their two daughters were killed in a head-on collision with a trailer near Kampung Batu 20 in Kuala Dipang here.

Another daughter, kindergarten supervisor Suzana Sulaiman, said she had been expecting a phone call telling her that they had made it home safely in Ulu Kinta, near Ipoh.

Instead, she received tragic news that all of them were killed at the 29.5km of the Ipoh - Kuala Lumpur road on Monday at 8.25pm.

The family members killed in the accident were L/kpl Sulaiman Hassan, 51, based in the Ipoh district police station, his wife Zaleha Mohd Piah, 47, and their two children Siti Noorhaniza, 22, and Suriati Sulaiman, 18.

The family of four had been on their way home to Ulu Kinta after a week-long trip visiting Suzana in Putrajaya and stopping by their hometown at Kampung Sungai Behrang, near Slim River.

"My sister Mazlina became restless when nobody called and she started calling them by 9pm," said 27-year-old Suzana at the Kampar Hospital mortuary on Tuesday.

"But no one answered. When she called again at midnight, a policeman answered the call and broke the bad news to her," she added.

Suzana related that her father was on two weeks' leave, so he took the opportunity to visit her for three days.

Family members and fellow policemen at the mortuary on Tuesday described L/kpl Sulaiman as a cheerful and helpful person.

Kampar OCPD Supt Nordin Manan said the collision had caused both the car and trailer to land into a swampy area just beside the road.

"Firemen and police officers managed to retrieve the bodies from the wreck by midnight," he said, adding that investigations as to what caused the accident were still ongoing.

Suzana and her immediate family members claimed their bodies at 2pm Tuesday.





Gemukkkkkkk Publish time 13-2-2008 08:00 AM

innalillah..al-fatihah buat para arwah:(

in2eryn Publish time 13-2-2008 08:54 AM

berita harian
Utara: Teluk Intan kebanggaan penduduk Hilir Perak
Oleh Ravale Savarinathan

Kedudukan geografi di kelilingi Sungai Perak, jauh dari laluan utama, tidak jejas pembangunan

KIRA-kira 50 tahun lalu Teluk Intan, bandar yang sebelum ini dikenali sebagai Teluk Mak Intan dan Telok Anson dikatakan tidak akan mengalami pembangunan pesat kerana kedudukan geografinya yang dikelilingi Sungai Perak serta jauh daripada laluan utama termasuk Lebuhraya Utara Selatan.

Namun, itu semua tidak melunturkan semangat kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) apabila berjaya membuktikan bahawa Teluk Intan mampu membangun setaraf dengan beberapa bandar lain di Perak seperti Taiping dan Manjung.

Malah, walaupun berlaku limpahan pembangunan di kawasan lain berhampirannya, bandar Teluk Intan masih berupaya mengekalkan kedudukannya sebagai `pusat bandar' dan kawasan tumpuan berurusan dan membeli-belah bukan saja kepada penduduk sekitarnya tetapi juga kepada penduduk dari Bagan Datoh, Pasir Salak, Kampung Gajah, Langkap, Hutan Melintang, Sungai Manik dan Bidor selain turut menggamit kehadiran penduduk dari Sungai Bernam di Selangor.

Walaupun bandar Teluk Intan kini dilimpahi dengan pelbagai kemajuan, namun hakikatnya banyak lagi infrastruktur dan kemudahan untuk rakyat perlu diwujudkan agar kehidupan penduduk tempatan dan orang luar menjadi lebih selesa, cekap dan bersistematik.

Apa yang pasti, bagi Ahli Parlimennya, Datuk Mah Siew Keong, terbukti hanya kerajaan pimpinan BN saja yang mampu untuk merealisasikan impian pembangunan berterusan di kawasannya yang akan menjadi kenyataan sekiranya semua pihak bekerjasama ke arah itu.

Sejak Ketua Pemuda Parti Gerakan itu mengambil alih kerusi Parlimen Teluk Intan daripada penguasaan pembangkang pada pilihan raya umum 1999, kawasan berkenaan kembali melimpah dengan pelbagai pembangunan yang turut menjana ekonomi rakyat secara tidak langsung.

Sebagai contoh, tindakan institusi kewangan khususnya bank yang berlumba-lumba untuk membuka cawangan masing-masing di bandar Teluk Intan boleh menjadi kayu pengukur kepada kepesatan pembangunan yang berlaku di kawasan ini.

Banyak pelabur asing dan juga tempatan kini sudah berani melabur termasuk projek bernilai jutaan ringgit untuk membuka perniagaan di dalam kawasan Parlimen Teluk Intan yang juga terletak dalam daerah Hilir Perak.

Ia boleh dilihat menerusi pertumbuhan kompleks perniagaan dan kedai baru di sekitar Menara Jam Condong yang menjadi identiti Teluk Intan, pembukaan bandar baru bersebelahan Rumah Rehat Teluk Intan serta sekitar kawasan Taman Ros, Taman Seri Setia, Taman Manggis, Kampung Banjar serta sepanjang Jalan Teluk Intan-Hutan Melintang bermula dari kawasan Batak Rabit sehingga ke pusat bandar.

Pihak Berkuasa Tempatan yang dinaik taraf dari Majlis Daerah Hilir Perak kepada Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) turut memainkan peranan di dalam pentadbiran kerajaan tempatan dalam memberi perkhidmatan perbandaran yang lebih sistematik dan teratur sejajar dengan kehendak semasa.

Kolej Komuniti turut dibina bagi melahirkan tenaga kerja terlatih, hasil usaha Mah untuk membawa kolej berkenaan yang sebelum ini beroperasi di Manjung kerana ketiadaan bangunan yang sesuai di sini.

Kewujudan Hospital Teluk Intan, Bandar Baru Teluk Intan di tapak padang golf, stesen bas baru serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang baru dan canggih, umpamanya, adalah hasil usaha kerajaan pimpinan BN yang tidak pernah leka ataupun luntur semangat semata-mata memberi yang terbaik kepada rakyat.

Keyakinan diberikan rakyat terhadap pemerintahan BN secara tidak langsung menguatkan lagi azam Mah yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani itu untuk merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Bedamar yang sebelum ini dilabelkan sebagai kerusi tradisi DAP.

BN sebenarnya pernah menguasai kerusi DUN itu iaitu melalui Mah sendiri yang memenanginya pada pilihan raya umum 1994.

Mah berkata, usaha BN untuk merampas kembali kerusi DUN itu bukan mustahil, malah boleh menjadi kepastian yang nyata berdasarkan kepada komitmen dan kerjasama jitu yang ditunjukkan parti komponen lain.

"Kita akan merobek kubu kuat DAP kali ini. Kita mahu menyapu bersih semua kerusi dalam Parlimen Teluk Intan pada pilihan raya kali ini. Kita juga mahu jadikan kerusi berkenaan sebagai milik tradisi BN mulai pilihan raya akan datang.

"Dengan jumlah pengundi Cina mencecah 45 peratus, pengundi Melayu (33 peratus) dan India (22 peratus), saya amat yakin kerusi Parlimen dengan kedua-dua kerusi DUN Pasir Bedamar dan Changkat Jong ini dapat dimenangi tanpa sebarang masalah," katanya.


Penyatuan kaum, pendidikan jadi keutamaan

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jong, Datuk Onn Hamzah menganggap perpaduan dan penyatuan kaum sebagai satu aset yang paling berharga di negara ini.

Katanya, dengan penyatuan masyarakat yang berbilang kaum saja yang mampu menjadikan Malaysia sebagai satu negara berjaya dan maju menjelang 2020.

Beliau berkata, pengundi di Changkat Jong yang terdiri daripada majoriti orang Melayu dan berbilang kaum, justeru itu apa saja projek pembangunan yang dilaksanakan haruslah memberi manfaat kepada semua kaum.

Ketika ini, katanya, kira-kira 60.7 peratus penduduk di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jong terdiri daripada orang Melayu, India (26 peratus) dan Cina (13 peratus).

"Sebagai contoh, Kolej Komuniti yang akan dibuka di Jalan Sungai Manik tidak lama lagi memberi peluang kepada semua kaum untuk menimba ilmu pendidikan.

"Ia tidak seharusnya dimonopoli satu kaum saja kerana seseorang itu harus ada persaingan yang sihat bagi menjatikan diri dengan ilmu pendidikan. Kita harus bersaing untuk maju dalam hidup," katanya.

Selain penubuhan kolej komuniti itu, beberapa projek lain turut menjadi pemangkin semangat kepada golongan tertentu antaranya Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas dan ibu tunggal.

Antara projek lain yang dibangunkan Adun itu adalah pusat latihan jahitan kepada golongan ibu tunggal di Batu 8, Jalan Changkat Jong. Lebih 20 ibu tunggal mendapat manfaat daripada program berkenaan.

Selain itu, penubuhan Pusat Giat Mara di Jalan Mustafa Al Bakri turut menjadi satu daripada usaha Onn untuk melahirkan belia yang berkemahiran dalam bidang teknikal.

Katanya, golongan remaja dan belia yang tercicir dalam pelajaran boleh menyertai pusat latihan berkenaan untuk memperkasa diri dengan pengetahuan kejuruteraan yang diyakini dapat menjadi nadi kepada bangsa dan negara.

Dalam tempoh dua penggal menjadi Adun, Onn banyak menyelesaikan masalah penduduk setempat dan di dalam senarai itu tidak ketinggalan juga sekolah Tamil di seluruh DUN Changkat Jong.

Katanya, sekolah Tamil kini seolah-olah telah mendapat nafas baru apabila peruntukan tambahan sebanyak RM50,000 diluluskan kerajaan negeri baru-baru ini, selepas beliau membentangkan masalah infrastruktur yang dialami sekolah-sekolah berkenaan.

"Walaupun sekolah Tamil ini kebanyakannya adalah sekolah bantuan modal namun kita perlu ingat serta insaf sekiranya anak-anak kita belajar di sekolah yang serba canggih sedangkan anak-anak yang lain belajar dalam serba kekurangan serta dalam kedaifan. Semua rakyat harus dilayan sama rata tanpa perasaan berbelah bahagi," katanya.

Apabila Jalan Teluk Intan-Changkat Jong sejauh 14 kilometer siap ia akan menjadi salah satu daripada projek yang utama serta memberi kemudahan pengangkutan kepada peniaga Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bagi memasarkan produk mereka.

"Sekiranya dulu golongan ini terpaksa mengangkut hasil tani dengan motosikal tetapi sekarang dengan adanya jalan yang besar dan cantik serta selesa, bol閔lah mereka membawa hasil tani dengan menggunakan kenderaan lain dengan selamat," katanya.
Pages: 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 [19] 20 21 22 23 24 25 26 27 28
View full version: BERITA PERAK DI MEDIA-MEDIA


ADVERTISEMENT