Gemukkkkkkk Publish time 9-5-2007 10:22 AM

Rakyat gembira berita perkahwinan Raja Nazrin

KUALA KANGSAR 8 Mei

shahx Publish time 9-5-2007 01:03 PM

mintak2 kerajaan negeri perak bg la publik holiday mase nazrin kawin tu....

shahx Publish time 9-5-2007 05:23 PM

Pemuda Perak lancar 'Operasi Dakwah' di Konsert 'Jom Heboh'
Johari Jaafar
Tue | May 08, 07 | 05:09:15 PM
IPOH, 8 Mei (Hrkh)

apouy Publish time 12-5-2007 04:11 PM

Dua beradik bermadu ditetak

Oleh Ravale Savarinathan
am@hmetro.com.my

TELUK INTAN: Dua beradik warga emas yang hidup bermadu, cedera parah di kepala, tangan dan tengkuk dipercayai ditetak dengan senjata tajam dalam kejadian samun di sebuah rumah di Taman Maju Indah, Jalan Maharaja Lela, dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 pagi itu, kedua-dua mangsa yang berusia 57 dan 63 tahun dikatakan diserang dengan benda tajam ketika berada dalam bilik masing-masing.

Seorang lagi wanita berusia 21 tahun dipercayai anak saudara kedua-dua mangsa yang sedang tidur di sebuah bilik berasingan di rumah berkenaan tidak dicederakan.

Anak saudara mangsa yang menyedari kejadian itu kemudian menghubungi polis yang tiba di tempat kejadian kira-kira 15 minit kemudian.

Kedua-dua beradik itu yang juga isteri kepada seorang pekerja sebuah kilang dekat sini ditemui tidak bermaya serta berlumuran darah.

Mereka kemudian dikejarkan ke Hospital Teluk Intan (HTI) oleh kereta peronda polis dan ambulans.

Kedua-dua mangsa yang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal kemudian dihantar ke Hospital Ipoh untuk rawatan lanjut. Keadaan terkini kedua-dua mangsa belum diketahui.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ahmad, ketika dihubungi berkata, siasatan awal polis mendapati dalam kejadian itu pintu dan tingkap rumah berkenaan tidak mempunyai kesan diumpil oleh penyerang yang memasuki rumah berkenaan.

Katanya, siasatan turut mendapati kejadian ini besar kemungkinan dilakukan lebih daripada seorang.

揃erdasarkan siasatan awal, kita mengklasifikasikan kes ini sebagai kes samun dan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

揚olis sudah melancarkan gerakan memburu suspek yang terbabit dalam kejadian itu,

in2eryn Publish time 15-5-2007 09:02 AM

Taman Negeri Royal Belum sudah diwarta


IPOH: Kerajaan negeri mewartakan kawasan Hutan Simpan Royal Belum seluas 117,500 hektar sebagai Taman Negeri Royal Belum bagi memastikan kawasan hutan berkenaan terus terpelihara dan dilindungi terutama daripada kegiatan pembalakan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali, berkata keluasan hutan yang diwartakan itu membabitkan 87.58 peratus daripada gugusan Hutan Simpan Kekal Belum yang turut meliputi kawasan Hutan Simpan Temenggor dan Hutan Simpan Grik.

Beliau berkata, tujuan kerajaan negeri mewartakan kawasan itu sebagai Taman Negeri Royal Belum adalah untuk memastikan khazanah hutan yang tidak ternilai itu terutama flora dan faunanya terus terpelihara.

Katanya, dengan mewartakan kawasan itu sebagai taman negeri mampu menjadikan hutan yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi itu sebagai satu lagi destinasi utama pelancongan di Perak dan juga di Malaysia.

"Perkara paling utama adalah untuk mengekalkan hutan berkenaan dengan mewartakannya sebagai khazanah taman negeri," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, kelmarin.

Tajol Rosli berkata, orang ramai yang ingin menikmati keindahan Taman Negeri Royal Belum masih perlu mendapatkan pas masuk daripada polis atau Perbadanan Taman Negeri Perak untuk tujuan keselamatan.

"Kawasan berkenaan masih dikawal rapi oleh pasukan tentera berikutan kedudukannya yang bersempadan dengan Thailand," katanya.

Beliau berkata, setiap pengunjung perlu mendapatkan pas masuk sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum memasuki kawasan ke hutan berkenaan.

Katanya, bagi memudahkan lagi urusan terutama kepada pelancong dan orang ramai mendapatkan pas masuk ke hutan itu kerajaan negeri akan memperkenalkan sistem pengisian borang melalui internet.

"Kerajaan negeri juga bercadang mewartakan kawasan hutan simpan lain sebagai Taman Negeri bagi memastikan khazanah hutan di Perak terus terpelihara," katanya.

in2eryn Publish time 15-5-2007 09:04 AM

Lawan Kuda jadi pusat ternakan, hab ikan hiasan
Oleh Shamsul Kamal Amarudin


IPOH: Kerajaan Perak menetapkan sasaran menjadi pengeluar utama ikan hiasan di rantau ini kerana potensi besarnya dalam menjana pendapatan penduduk dan negeri, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri mengenal pasti kawasan Lawan Kuda di Gopeng yang sudah terkenal dengan aktiviti penternakan ikan hiasan untuk dimajukan sebagai pusat sehenti bagi ternakan itu.

Beliau berkata, daripada projek di kawasan itu kerajaan negeri mensasarkan pengeluaran 70 juta ikan setahun bernilai RM28 juta menjelang 2010.

"Industri ini mempunyai potensi besar kepada ekonomi negeri ini dan dibuktikan tahun lalu apabila lebih 32 juta ikan bernilai RM24 juta dihasilkan oleh pengusaha dari seluruh negeri dengan sebahagian besarnya dieksport," katanya berucap sebelum menyampaikan surat hak milik tanah kepada pengusaha projek ikan hiasan Lawan Kuda di sini kelmarin.

Pada majlis itu, 24 pengusaha menerima hak milik masing-masing bagi kawasan seluas antara 0.4 hektar hingga 3.2 hektar dengan keluasan keseluruhan 26.4 hektar.

Tajol Rosli berkata, Jabatan Perikanan sudah merancang menjadikan kawasan Lawan Kuda sebagai pusat sehenti ikan hiasan meliputi pembangunan dan penyelidikan (R&D), pusat kuarantin, pengeluaran benih, peralatan akuarium, makanan ikan, kilang akuatik serta yang berkaitan dengannya.

Katanya, hasrat itu bukan mustahil dicapai kerana ketika ini ada 80 pengusaha membabitkan 800 kolam ikan dengan pengeluaran 23 juta ekor ikan bernilai RM9.2 juta sepanjang tahun lalu.

Beliau berkata, ilham untuk membangunkan industri itu bermula sejak 10 tahun lalu tetapi sering tertangguh akibat pelbagai halangan terutama berhubung isu hak milik tanah dan sekarang ia sudah boleh dilaksanakan selepas semua masalah berkaitan dapat diselesaikan.

Tajol Rosli berkata, ketika ini terdapat 4,818 tangki simen dengan 4,500 tangki atau 93 peratus terletak dalam daerah Kinta yang digunakan untuk menghasilkan benih dan ternakan ikan hiasan di seluruh negeri.

Di samping itu, katanya, terdapat 2,073 kolam meliputi kawasan seluas 228 hektar yang diusahakan 194 penternak seluruh negeri ini.

"Kawasan pengeluaran utama ialah Kinta iaitu 1,662 kolam dengan keluasan 116 hektar yang meliputi 80 peratus pengeluaran negeri diikuti Kuala Kangsar sebanyak 361 kolam dengan keluasan 96 hektar.

"Pada masa sama, terdapat juga aktiviti secara kecil-kecilan diusahakan di daerah Kerian, Batang Padang dan Selama," katanya.

Tajol Rosli turut menggesa pengusaha ikan berkenaan agar mengeksport sendiri hasil ternakan mereka di luar negara dan tidak menggunakan pemborong atau `orang tengah' sebagaimana sekarang jika mahu memperoleh pendapatan lebih tinggi serta produk mereka lebih dikenali.

lovemath Publish time 18-5-2007 10:55 AM

knp nak henti?>?????

in2eryn Publish time 18-5-2007 10:57 AM

Reply #267 lovemath's post

:o :o :o :o :o

Gemukkkkkkk Publish time 3-6-2007 08:51 PM

wehhh takde berita baru ke?

shahx Publish time 11-6-2007 12:31 PM

ptg nanti aku nak pegi tengok la..

HARIAN METRO 11/06/07

SERI MANJUNG: 揝aya menganggap keistimewaan anak ini sebagai satu anugerah Allah yang tidak ternilai dan berharap dia akan menjadi seorang tahfiz yang beriman satu hari kelak,

mutantninja03 Publish time 29-6-2007 10:21 PM

June 29, 2007 18:46 PM Abdullah Announces Two Projects To Spur Kinta Valley Development
IPOH, June 29 (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi announced today that the government will upgrade the Sultan Azlan Shah Airport here and establish a commuter train service between Ipoh and Penang.

The prime minister said the two projects would spur development in the Kinta Valley.

"We'll extend the runway. We need to have a better airport," he told reporters after attending a luncheon with state government and Barisan Nasional leaders, department heads and Umno veterans at a hotel here before concluding his one-day visit to Perak.

Abdullah said the airport would be expanded and eventually used by Malaysia Airlines' low-fare subsidiary, Firefly.

However, he did not say when the projects would start.

The state government and several groups, especially those representing Perak tourism and manufacturing sectors, have been clamouring for the airport to be upgraded to enable it to accommodate bigger aircraft.

The Transport Ministry has previously suggested that the airport be used as a hub for low-cost carriers for the northern region and Asia.

The Perak government has also indicated its willingness to fork out RM40 million to upgrade the airport if there were guarantees that the facility would be used for domestic and international flights.

On the proposed commuter train between Ipoh and Penang, Abdullah said the service was needed in line with the rapid growth seen in Perak and the northern region comprising places like Penang, Seberang Perai and Sungai Petani in Kedah.

He said the commuter service would address traffic congestion and facilitate the movement of people between the states involved.

In his speech, Abdullah urged the people to keep tabs on goings-on in their respective families as this was necessary towards ensuring the well-being of the society.

During his brief visit to the state accompanied by his wife Datin Seri Jeanne Abdullah, the prime minister opened an exposition to commemorate the country's 50th independence anniversary, Visit Malaysia 2007 and 100th anniversary of Perak Chinese Chamber of Commerce and Industry at the Indera Mulia Stadium here.

Abdullah and Jeanne, who married recently, were also feted by the wives of state elected representatives at Perak Menteri Besar's official residence where the couple was presented with a cake.

-- BERNAMA


Komen -Harap harap bukan cakap kosong dah le.Memang tengah elok le waktu ini gomen berbelanja untuk terus menjana ekonomi dan ujudkan peluang kerja di seluruh negara. Bodoh kalau asyik nak bergantung harap pada projek mega WPI satu tu saja.:C

Gemukkkkkkk Publish time 30-6-2007 12:18 AM

oh ye, siang tadi memang pak lah ada kat ipoh..aku dok mintak kat kawan-kawan aku bawak aku pergi sesi makan tapi tak dapek :mad:

harapnya projek ni jadi la untuk menjana ekonomi lembah kinta.

Gemukkkkkkk Publish time 18-7-2007 12:39 PM

Wednesday July 18, 2007
Clark lauds Perak抯 smart move

KUALA KANGSAR: Prime Minister Helen Clark has lauded Perak's move to become a smart state, a strategy which New Zealand is also pursuing.

揥hat is critical in being a smart country is having well-educated people and the ability to use technologies as teaching tools,

TUKANGKEBUN Publish time 27-7-2007 09:23 AM

BERITA HARIAN 27 JUL 2007

Perak utara tumpuan institusi modal insan
Oleh Mohd Feroz Abu Bakar, Shahrin Osman, Sharifah Salwa Syed Akil dan Faiza Zainudin


IPOH: Perak utara akan menjadi pusat pendidikan, penyelidikan dan latihan sumber manusia mahir serta separa mahir bagi membekalkan modal insan untuk Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER).








Daerah Larut-Matang-Selama yang dikenali sebagai LMS akan dijadikan kawasan pertanian moden, di samping menjadi lokasi institusi menghasilkan modal insan sektor pertanian.

Selain LMS dengan Parit Buntar sebagai pekan utamanya, Taiping yang terletak kurang 100 kilometer (km) dari Pulau Pinang juga akan mendapat limpahan NCER sebagai lokasi baru perindustriannya.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, berkata pelan induk NCER yang akan diumumkan Perdana Menteri, Isnin dan Selasa ini akan turut membabitkan penubuhan pusat pendidikan, penyelidikan dan latihan modal insan.

Katanya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka mengumumkan beberapa institusi untuk mengeluarkan modal insan industri pertanian NCER di Perak utara.

"Antaranya ialah membangunkan pusat pintar untuk menyediakan latihan separa mahir bagi pelajar yang tercicir dari persekolahan atau masih terkebelakang dalam akademik.

"Institut ini akan mengeluarkan modal insan untuk mengendalikan mesin dan automasi yang digunakan dalam pertanian moden di NCER," katanya ketika dihubungi selepas melawat tapak perasmian NCER Perak di Silinsing, Parit Buntar, kira-kira 250 kilometer dari sini, semalam.

NCER adalah sebahagian daripada Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan pelan induk pembangunannya selama 20 tahun digubal oleh Kumpulan Sime Darby Berhad dengan tema Perlis sebagai pusat teknologi benih, pengurusan estet (Kedah), hab logistik (Pulau Pinang) dan pembangunan modal insan (Perak).

Dr Zambry berkata, kerajaan negeri juga bersedia menawarkan tanah pada premium rendah untuk syarikat swasta yang berhasrat untuk menubuhkan fakulti pertanian atau pusat penyelidikan di Perak utara.

Katanya, kawasan Perak utara juga akan dibangunkan sebagai lokasi institusi penyelidikan berteknologi tinggi seperti bioteknologi jika ada syarikat atau agensi kerajaan yang mahu menempatkan institut mereka di negeri berkenaan.

Beliau berkata, pembangunan institusi berteknologi tinggi selari dengan dasar K-Perak, iaitu perancangan kerajaan negeri menjadikan Perak negeri dengan sumber manusia berpengetahuan tinggi menjelang 2010.

Dr Zambry yakin apabila NCER dilancarkan penduduk di Perak utara akan mendapat manfaat melalui peningkatan taraf sosio-ekonomi yang secara langsung menyumbang kepada kemajuan wilayah utara.

Gemukkkkkkk Publish time 27-7-2007 09:43 AM

alhamdulillah..adakah idea aku dicilok?memang dari dulu saya cadangkan perak bangunkan industri pengajian tinggi dan research&development kerana ianya tidak mementingkan logistik yang mana faktor geografi memberi advantage kepada port klang dan penang.

Gemukkkkkkk Publish time 27-7-2007 10:06 AM

Guna semula belanjawan

JIKA pada pembentangan Belanjawan 7 September nanti, kerajaan masih menggunakan perkataan bajet, bermakna sudah lima tahun berturut-turut kita menggunakan perkataan yang salah berbanding 46 tahun (sejak 1956) lalu apabila kita menggunakan perkataan yang betul iaitu belanjawan.

Telah dua kali saya timbulkan perkara ini di Dewan Rakyat, pada perbahasan Belanjawan 2007 dan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Ke Bawah Duli Yang di-Pertuan Agong awal tahun ini. Menteri atau kementerian berkenaan tidak pun memberi jawapan kepada persoalan yang saya timbulkan seolah-olah ia dianggap sebagai perkara kecil dan remeh.

Bagaimanapun, saya harus berterima kasih kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) yang bukan sahaja memberi jawapan tetapi telah menyusul dengan tindakan memalaysiakan nama Inggeris atau Eropah yang digunakan di Putrajaya seperti boulevard, culde-sac dan sebagainya.
Bagi perkataan precint rupa-rupanya Kamus Dewan telah menjadikannya sebagai perkataan Melayu. Mungkin pihak DBP tidak berjaya mencari perkataan Melayu yang sama makna atau paling hampir dengan perkataan Inggeris precint? Malah saya amat terkejut mengetahui bahawa perkataan Inggeris consultation juga sudah dimelayukan?

Kerana isu kebahasaan dan usaha membangun serta memurnikan bahasa Melayu amat dekat di hati saya, maka pada sesi Konsultansi Bajet bersama Menteri Kewangan/ Perdana Menteri yang diadakan pada 30 Mei lalu di Kementerian Kewangan (lebih popular dengan kependekan Inggerisnya MOF, Ministry of Finance), yang membabitkan ahli-ahli Parlimen, maka saya memilih satu tajuk sahaja meminta pertimbangan kerajaan menjelang pembentangan belanjawan yang akan datang nanti.

Dengan menggunakan hujah ilmiah berpandukan kepada apa yang terkandung dalam Kamus Dewan sebagai rujukan berwibawa dan diterbitkan oleh sebuah agensi di bawah Kementerian Pelajaran, saya terus terang menyatakan bahawa perkataan belanjawan yang digunakan selama 46 tahun yang lalu (1956 hingga 2002) adalah tepat dan tidak salah, manakala perkataan bajet yang mula digunakan pada pembentangan Belanjawan 2003 yang lalu di zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah salah.

Saya menyeru kepada Perdana Menteri, merangkap Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya kembali menggunakan perkataan belanjawan mulai tahun 2007. Seperti pepatah Melayu, 憇esat di hujung jalan, kembali semula ke pangkal jalan

TUKANGKEBUN Publish time 29-7-2007 01:29 PM

MEH KITA RAMEI2 BALIK BGN DATOH CUTI SEKOLAH NANTI

Bagan Datoh tuan rumah pusingan ke-4 - BERITA HARIAN 27 JUL 2007

http://i130.photobucket.com/albums/p269/faizmin/DSCN2986.jpg?t=1185686819

KUALA LUMPUR: Bagan Datoh, Perak, dipilih sebagai lokasi Pusingan Keempat Karnival GP Joran 2007, yang akan diadakan pada 18 dan 19 Ogos depan. Karnival kali ini mendapat kerjasama Ahli Parlimen kawasan berkenaan, Datuk Zahid Hamidi.

Selepas pusingan ketika diadakan di Kuala Terengganu, pusingan keempat dijangka akan lebih meriah dengan penyertaan yang dijangka meningkat berikutan lebih ramai peserta akan datang dari utara Semenanjung seperti Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan tuan rumah Perak.

Pihak penganjur juga menjangkakan peserta juga dijangka datang dari Selatan Thailand dan Indonesia serta rakyat asing yang bekerja di negeri berkenaan.

Manakala peserta dari negeri berdekatan seperti Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor dan dijangka memenuhi Pantai Jeti Bagan Datoh, kerana sistem perhubungan yang baik dan kemudahan asas yang mencukupi.

Bagan Datoh sebelum ini menjadi satu daripada lokasi tetap penganjuran pertandingan GP Joran, bagaimanapun dihentikan dua tahun lalu disebabkan masalah tsunami yang menghalang kehadiran peserta.

Berikutan keadaan berkenaan sudah pulih seperti biasa, Unit Joran Berita Harian kembali semula ke kawasan berkenaan dan kali ini dijangka lebih meriah terutama sambutan penduduk tempatan yang sudah lama menunggu kehadiran pertandingan berkenaan.

Unit Joran Berita Harian, yang mengadakan mesyuarat minggu lalu sudah mendapat kepastian daripada pihak berkuasa Bagan Datoh untuk menjayakan pusingan berkenaan.

Bagi Kategori Pantai akan diadakan di Pantai Jeti Bagan Datoh, manakala Kategori Laut masih dalam perbincangan sama ada diadakan di Jeti Hutan Melintang atau Jeti Bagan Sungai Burung. Perbincangan seterusnya akan diadakan minggu depan.

Berita Harian mengekalkan hadiah keseluruhan wang tunai sebanyak RM37,100 dengan juara Kategori Laut Dalam akan membawa pulang RM10,000, RM4,000 (kedua), RM2,000 (ketiga), RM500 (ke-4 hingga ke-10), RM200 (ke-11 hingga ke-20) dan hamper untuk pemenang 21 hingga 30.

Manakala RM8,000 untuk juara bagi Kategori Pantai, RM3,000 (kedua), RM1,000 (ketiga), RM300 (ke-4 hingga ke10), RM150 (ke-11 hingga ke-20). Manakala pemenang 21 hingga 30 akan mendapat hamper hadiah penaja.

TUKANGKEBUN Publish time 29-7-2007 01:36 PM

Giliran Bagan Datoh pahat nama
Oleh Ravale Savarinathan

http://i130.photobucket.com/albums/p269/faizmin/DSCN2987.jpg?t=1185687311
TELUK INTAN: Karnival GP Joran 2007 pusingan ke-4 anjuran Berita Harian di Bagan Datoh pada 18 dan 19 Ogos ini akan dijadikan antara lokasi terbaik pertandingan memancing yang pernah dianjurkan di negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rungkup, Shaarani Mohammad, berkata pertandingan itu akan berlangsung di Jeti Bagan Datoh, dekat sini dan Pulau Sembilan.

"Saya amat berterima kasih kepada pihak Berita Harian kerana memilih Bagan Datoh sebagai satu daripada lokasi sirkit Karnival GP Joran kali ini.

"Kami akan memanfaatkan penganjuran karnival ini untuk mempromosikan Bagan Datoh sebagai satu daripada destinasi pelancongan utama di Perak," katanya selepas menghadiri mesyuarat bersama semua agensi kerajaan terbabit dalam GP Joran 2007, di sini, semalam.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan Pegawai Daerah Hilir Perak, Azimuddin Mohd Rafei dan turut disertai wakil daripada Unit Joran Berita Harian.

Shaarani berkata, penganjuran GP Joran di sini akan digunakan sebaik mungkin untuk memperkenalkan kawasan Bagan Datoh kepada pengunjung serta peserta yang akan datang dari setiap pelosok negara termasuk dari Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura.

Karnival GP Joran anjuran Berita Harian menawarkan hadiah keseluruhan RM37,100 kepada 60 pemenang masing-masing bagi Kategori Pantai dan Laut serta hadiah cabutan bertuah sebuah motosikal Kriss.

Bagi Kategori Pantai lokasinya adalah di Jeti, Bagan Datoh, manakala bagi Kategori Laut di Pulau Sembilan kira-kira dua jam perjalanan dari jeti Hutan Melintang.

Karnival ini akan dirasmikan Ahli Parlimen Bagan Datoh, Datuk Ahmad Zahid Hamidi merangkap Timbalan Menteri Penerangan, manakala Shaarani pula akan menyampaikan hadiah kepada pemenang dan menyempurnakan majlis penutup.

neeziee Publish time 29-7-2007 01:49 PM

wuyo..menarik ni

TUKANGKEBUN Publish time 30-7-2007 08:53 AM

Reply #279 neeziee's post

memng menarik , aku siap nak book gerai ngan MPTI untuk meniaga weh:lol:

tapi aku rasa mesti jem gila pekan Bgn Datoh yg sebelum ini aku rasakan amai damai & tenteram
Pages: 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 [14] 15 16 17 18 19 20 21 22 23
View full version: BERITA PERAK DI MEDIA-MEDIA


ADVERTISEMENT