in2eryn Publish time 2-1-2008 08:12 AM

Kuala Kangsar banyak tempat bersejarah
Oleh Raja Norain Hidayah dan Zatul Iffah Zolkiply

http://www.bharian.com.my/Sunday/Destinasi/20071202095715/mainpix1.jpg

BANDAR Diraja Kuala Kangsar yang terletak di pinggir Sungai Perak terkenal sebagai satu daripada destinasi pelancongan menarik di negara ini. Oleh itu, tanpa melawat bandar ini lawatan seseorang itu ke Perak dianggap masih tidak lengkap.

Kuala Kangsar mendapat nama sempena 99 kuala yang ada di Sungai Perak yang mana penduduk tempatan menyebut 'Kuala Kurang Sa' iaitu kurang satu ke seratus dan kemudian bunyinya disebut seakan Kuala Kangsar.

Namun, ada versi mengatakan ia diambil sempena nama pokok kangsar yang banyak tumbuh di tebing Sungai Perak.

Bandar ini terkenal dengan hasil pembuatan labu Sayong dan pengunjung dapat melihat replika gergasi labu ini yang dihias di tengah-tengah bandar Kuala Kangsar selain boleh melihat sendiri proses pembuatannya.

Istana Iskandariah yang terletak di Bukit Chandan adalah istana rasmi tempat bersemayam pemerintah negeri yang ditabal sebagai Sultan Perak sejak 1933.

Istana yang diambil sempena nama Sultan Iskandar Shah ini menjadi tempat pertabalan Sultan-Sultan Perak dan upacara terbaru ialah Perkahwinan Diraja Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah dengan Tuanku Zara Salim pada Mei lalu.

Satu lagi tarikan pelancongan di Bukit Chandan ialah Masjid Ubudiah yang dianggap satu masjid terindah di Malaysia dan menjadi simbol kebanggaan dan kesucian agama untuk umat Islam di Perak.

Pembinaan masjid ini diilhamkan oleh Sultan Perak ke-28, Sultan Idris Murshidul Adzam Shah Satu pada 1910 dan siap sepenuhnya pada 1917 dan dirasmikan oleh Sultan Jalil Shah setahun selepas kemangkatan Sultan Idris.

Antara mercu tanda kecemerlangan pendidikan di Kuala Kangsar ialah Kolej Melayu Kuala Kangsar atau lebih dikenali dengan nama Malay College Kuala Kangsar (MCKK).

Sekolah yang dibina pada 1905 ini suatu ketika dulu adalah tempat untuk mendidik dan melatih golongan elit Melayu, yang terdiri daripada kerabat Diraja dan juga pegawai kerajaan bagaimanapun syarat kemasukan dilonggarkan ekoran kebangkitan nasionalisme.

Antara kerabat Diraja dan pembesar negara yang pernah menuntut di MCKK ialah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah; Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar dan bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein.

Kepada pengunjung yang gemarkan pengembaraan alam semula jadi, Safari Sungai Perak adalah satu siri pengembaraan yang menarik walaupun kurang mencabar berbanding Safari Afrika Timur, namun ia lebih murah dan selesa.

Safari Sungai Perak akan membawa pengunjung menyusuri sepanjang Sungai Perak selam dua jam 25 minit serta melihat kehidupan semula jadi penduduk tempatan yang tinggal di sekitar kampung di pesisiran sungai dan pelbagai habitat sungai seperti tuntong selain haiwan liar seperti monyet yang berkeliaran mencari makanan.

Bagi yang gemarkan aktiviti perkelahan seharusnya tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi Air Terjun Ulu Kenas.

Galeri Sultan Azlan Shah yang tersergam indah di Bukit Chandan dibina untuk tatapan umum sebagai pengetahuan kepada laluan perjalanan hidup Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Galeri yang dibina pada 30 November 2001 dan siap sepenuhnya pada 15 April 2003 ini adalah idea daripada baginda Sultan Azlan sendiri.

Galeri ini bukan saja dapat berfungsi sebagai sumber rujukan, malah membolehkan pengunjung mengenali lebih mendalam perjalanan hidup seorang Raja malah dapat meningkatkan fahaman dan apresiasi rakyat terhadap Institusi Raja Berperlembagaan.

Pokok getah tertua di semenanjung Malaysia ditanam di bandar ini pada 1900 oleh Residen British di Perak ketika itu, Sir Hugh Low yang membawa masuk benih getah ke Kuala Kangsar untuk membuka ladang getah.

in2eryn Publish time 2-1-2008 08:14 AM

Pasir Salak Resort tawar suasana tenang di desa
Oleh Mustafa Ngah Mansor

http://www.bharian.com.my/Sunday/Destinasi/20071007095730/mainpix1.jpg
MANDI-MANDA di kolam renang Pasir Salak Resort.

Hotel depan Sungai Perak jadi pusat pendidikan, ekonomi penduduk menerusi skim bekalan bahan mentah

PASIR Salak Resort (PSR) di Kampung Gajah, Perak adalah destinasi percutian yang menjanjikan kedamaian kerana di kelilingi perkampungan Melayu sekali gus dapat memenuhi cita rasa pengunjung terutama yang mahu melarikan diri daripada suasana keriuhan kota.

Dengan moto 'ketenangan anda keutamaan kami' memberikan keyakinan kepada pengunjung kerana PSR bukan saja dilengkapi dengan pelbagai kemudahan riadah malah menyediakan bilik penginapan berhawa dingin.

Bagi mereka yang suka mandi manda dan berendam, disediakan kolam renang dihiasi dengan air terjun buatan manusia untuk menambah kecerian.

Kawasan memancing sentiasa menjadi lokasi pilihan mereka yang menginap di PSR kerana kedudukannya hanya di hadapan resort menghadapi Sungai Perak yang mengandungi pelbagai spesies ikan air tawar termasuk seluang, temoleh dan tamalian.

Setiap kaki pancing pasti tidak pulang dengan tangan kosong terutama pada musim seluang mudik, terutama selepas banjir.

KANAK-KANAK paling gembira bersantai di kolam renang.

Ketika itu juga tebing Sungai Perak (di luar kawasan resort) dibanjiri penduduk kerana berpesta mengail seluang menggunakan joran tradisional daripada buluh atau pelepah kabung bersaiz kecil dengan berumpankan cacing atau udang basah untuk memerangkap seluang yang mudik bertali arus.
http://www.bharian.com.my/Sunday/Destinasi/20071007095730/mainpix2.jpg

Pengurus PSR, Khairul Nizam Mahmood, berkata PSR turut menyenaraikan aktiviti jelajah belantara untuk pengunjung menyaksikan panorama hutan dara yang dihiasi flora dan fauna rimba di samping mendengar sahutan penghuninya seperti burung kuak dan haiwan ungka di kawasan Bukit Tunggal.

Malah, mereka yang ingin berbasikal diberi kesempatan mengelilingi kampung sambil menyaksikan panorama Sungai Perak yang berliku dan kewujudan pulau di tengah-tengahnya menyebabkan aliran sungai menjadi perlahan dan cetek terutama pada musim kemarau.

Aktiviti berbasikal diteruskan dan mereka akan dibawa minum petang di warung di kawasan kampung berhampiran PSR sekali gus mengalami pengalaman baru sambil menikmati kelazatan kuih tradisional termasuk kuih badak berendam dan limas.

Khairul Nizam berkata, sesuai dengan lokasi PSR yang terletak berhampiran kawasan Kompleks Sejarah Pasir Salak (KSPS), pengunjung boleh ke pusat pengumpulan tinggalan sejarah penting negeri Perak itu untuk melihat lebih dekat kelengkapan Diraja Perak, peralatan pertanian tradisional dan koleksi senjata seperti pedang, keris dan tombak.

Katanya, kompleks itu juga memberi peluang pengunjung menyaksikan rentetan sejarah bermula Kerajaan Melayu Melaka sehingga ke zaman kemerdekaan tanah air diadun melalui diorama bertempat di Terowong Masa.

"Semua itu wujudkan atas daya usaha bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib bagi mengimbau dan merakam sejarah penting negara untuk tatapan dan kajian generasi kini dan akan datang.

"Kewujudan kompleks itu sebagai aset pelancongan sejarah yang mampu menarik kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara dan secara tidak langsung memberi kesan positif kepada PSR," katanya.

Sementara itu, Presiden PSR, Datuk Seri Dr Isahak Yeop Mohd Shar, berkata pihaknya memperkenalkan pakej kepada jabatan, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengadakan seminar, persidangan, mesyuarat agung dan perkelahan dengan kos amat berpatutan di resort itu.

Beliau berkata, pihaknya mempunyai pelbagai kemudahan termasuk peralatan pengajaran dan pembelajaran seperti LCD di samping dewan dan bilik seminar berhawa dingin.

"Kami juga menyediakan surau, latihan luar termasuk lawatan, kursus pra-perkahwinan, motivasi pelajar dan urutan tradisional (urutan khas untuk wanita selepas bersalin).

"Kami mahu menjadikan PSR sebagai pusat pendidikan dan sosio-ekonomi penduduk luar bandar di samping resort itu menjadi pusat percutian dan tempat beristirahat," katanya sambil mengharap komen membina diperoleh daripada mereka yang pernah menjadi tetamu di resort itu untuk membaiki kelemahan.

Beliau yang juga bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli berkata, PSR memperkenalkan skim bantuan kepada penduduk melalui aktiviti menyediakan bekalan bahan mentah untuk keperluan resort.

Antaranya ayam kampung, ikan, ulam-ulaman segar, kuih tradisional dan nira nipah yang dijadikan minuman ringan untuk tetamu yang baru tiba di resort itu.

"Malah, kita menyediakan ruang pameran kraf tangan buatan tempatan seperti kraf daripada majalah dan surat khabar lama, labu tanah Kampung Tanjung Bidara.

"Semua produk kraf tangan yang dikeluarkan penduduk mempunyai mutu dan pembungkusan menarik untuk dijadikan cenderamata oleh pengunjung dan yang menginap di resort.

"Langkah ini antara ciri-ciri untuk mengembangkan skop PSR sekali gus mengangkat nama Pasir Salak sebagai destinasi pelancongan menarik dan mempunyai keistimewaan tersendiri," katanya.

Dr Isahak berkata, pelancong yang berkunjung ke daerah Kampung Gajah tidak lengkap jika tidak menginap di PSR. Untuk keterangan lanjut boleh dilayari website : www.pasirsalakresort.com atau talian 05-6318999 dan faksimili 056318997.

FAKTA: Pasir Salak Resort

# Dibina oleh kerajaan negeri ketika Tan Sri Ramli Ngah Talib menjadi Menteri Besar Perak, kira-kira 10 tahun lalu.

# SPR mempunyai keluasan kira-kira lima hektar terletak di pinggir Sungai Perak.

# Kedudukan bersebelahan Kompleks Sejarah Pasir Salak (KSPS)

# Menyediakan 50 chalet mengandungi 100 bilik berhawa dingin.

Gemukkkkkkk Publish time 5-1-2008 07:57 PM

Harimau dahan ditemui terperangkap
Oleh Nurhayati Abllah

http://www.bharian.com.my/Saturday/Nasional/20080105000536/mainpix

SUKAR DITEMUI: Harimau dahan yang ditangkap di Kampung Chepor berhampiran Kampung Tawas, dekat Ipoh, semalam.

IPOH: Seekor harimau dahan ditemui terperangkap dalam reban ayam di kebun getah Kampung Chepor berhampiran Kampung Tawas, di sini, pagi semalam.

Haiwan berkenaan yang nama saintifiknya, Neofelis Nebulosa juga antara spesies dilindungi dan sukar didapati di negara ini ditemui seorang penduduk kampung berkenaan kira-kira jam 11.30 pagi.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, Shabrina Md Shariff berkata, tiga anggota diketuai Renjer Kanan Perhilitan, Hamdon Tak, berjaya menangkap haiwan itu kira-kira sejam kemudian.

"Harimau berkenaan dikenali berdasarkan keadaan fizikal dan tompokan hitam serta lorek yang ada pada tubuhnya.

"Haiwan jantan dewasa itu dianggarkan seberat kira-kira 15 kilogram dan 1.5 meter panjang ditangkap menggunakan alat penjerut serba guna yang diimport dari luar negara," katanya di sini, semalam.

Shabrina berkata, spesies terancam itu dikesan aktif pada waktu malam dan suka memburu mangsa dari atas pokok selain bergerak secara bersendirian.

Gemukkkkkkk Publish time 5-1-2008 08:00 PM

"Habitat haiwan itu yang suka tinggal di kawasan belukar dan berpaya menyebabkannya memasuki kawasan kebun getah penduduk sebelum terperangkap dalam reban ayam.

"Haiwan itu yang dilindungi mengikut Seksyen 76/72 Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 dihantar ke Zoo Melaka hari ini (semalam)," katanya.

Beliau berkata, November tahun lalu, pihaknya juga menemui harimau dahan betina di Kampung Sungai Budak, Kampar, dekat sini, selepas menerima aduan penduduk.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Nasional/20080105000536/Article/index_html

Gemukkkkkkk Publish time 5-1-2008 08:05 PM

Murid cemerlang UPSR mati ditetak

TELUK INTAN: Seorang pelajar perempuan yang mendapat keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) lalu, mati ditetak dengan parang oleh seorang lelaki yang mengamuk dalam satu kejadian di sebuah pasar mini di pekan Chui Chak, dekat sini lewat petang kelmarin.

Dalam kejadian kira jam 6.40 petang itu, Lim Wan Qing, 13, bersama kakaknya berada dalam pasar mini milik keluarganya, di Jalan Anson di sini, sebelum diserang seorang lelaki bersenjatakan sebilah parang.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang, berkata ketika kejadian bapa mangsa baru saja keluar dari pasar mini berkenaan untuk pulang ke rumah bagi menikmati makan malam.

Beliau berkata, suspek berumur 47 tahun yang bersenjatakan sebilah parang dikatakan tiba-tiba meluru masuk ke dalam pasar mini berkenaan dan terus menghayunkan parang ke arah mangsa.

"Tindakannya itu menyebabkan mangsa cedera parah di bahagian leher dan terus rebah serta berlumuran darah," katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, orang ramai yang mengerumuni tempat kejadian tidak dapat memberkas suspek yang masih memegang parang.

Bagaimanapun, katanya, polis yang tiba sejurus selepas itu berjaya memujuk suspek agar menyerah diri sebelum merampas parang berkenaan.

"Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Teluk Intan (HTI), tetapi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital," katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek pernah menjalani rawatan mental di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan sekitar 1985.

Goh berkata, orang ramai yang marah dengan tindakan lelaki terbabit cuba membelasah suspek, tetapi berjaya dihalang pihak polis.

"Kita sudah menahan reman suspek dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

"Kita juga sudah mengambil keterangan kakak mangsa dan juga seorang pelanggan yang berada di tempat kejadian ketika itu," katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20080102234655/Article/

Gemukkkkkkk Publish time 5-1-2008 08:09 PM

Lelaki dikunci ibu ketika keluar berjoging rentung
Oleh Nurhayati Abllah

IPOH: Tindakan seorang ibu tunggal yang mengunci jeriji pintu rumah ketika keluar berjoging menyebabkan anak lelakinya rentung selepas terperangkap dalam kebakaran di kawasan perumahan Selasar Rokam Empat, Taman Ipoh Jaya, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, Leong Wei Tee, 60, dikatakan keluar rumah untuk berjoging sekitar kawasan perumahan berkenaan sebelum mengunci rumahnya kerana dibimbangi dimasuki pencuri.

Bagaimanapun, tindakan wanita itu menyebabkan anaknya, Cheng Hon berusia 31 tahun rentung selepas gagal memboloskan diri kerana api marak dipercayai bermula dari bahagian dapur rumah berkenaan.

Jiran mangsa, Norma Yahya, 60, ketika ditemui berkata, dia sempat mendengar mangsa menjerit meminta tolong untuk keluar dari rumah itu sambil menendang pintu, tetapi mangsa gagal keluar berikutan tidak menemui kunci pintu rumah.

"Kejadian berlaku sebaik saya selesai menggoreng ikan untuk juadah tengah hari sebelum dimaklumkan anak lelaki saya yang menjerit meminta saya keluar dari rumah selepas melihat asap tebal dari rumah jiran sebelah.

"Ketika itu, saya terdengar jeritan dan rintihan mangsa meminta bantuan lebih 10 kali dan anak lelaki saya sempat melihat mangsa cuba memecahkan jeriji rumah kerana gagal menemui kunci yang disimpan ibunya," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Norma berkata, beberapa jiran cuba memecahkan pintu belakang rumah berkenaan untuk menyelamatkan mangsa, tetapi gagal berikutan asap tebal serta api marak dengan cepat.

"Lebih 10 minit kemudian, suara jeritan mangsa beransur perlahan dan kami (jiran) hanya mampu menunggu kedatangan pihak berkuasa untuk melakukan tindakan selanjutnya selain berharap mangsa masih dapat diselamatkan.

"Sebagai jiran, saya dan rakan lain sudah melakukan apa yang terdaya, tetapi disebabkan pintu rumah mangsa berkunci dan asap tebal menyebabkan kami gagal menyelamatkan Hon," katanya yang juga kerugian berikutan kerosakan bumbung dan beberapa perkakas elektrik lain.

Sementara itu, Penguasa Bomba Balai Bomba Ipoh, Nazri Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.40 pagi dan tiga jentera bersama 21 anggota dari Balai Bomba Ipoh tiba di tempat kejadian kira-kira 12 minit kemudian.

"Siasatan awal mendapati, api bermula dari bahagian dapur sebelum merebak ke tingkat atas kediaman itu dan api dapat dikawal sepenuhnya kira-kira 25 minit kemudian," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Nazri berkata, mangsa dipercayai meninggal dunia selepas terhidu asap tebal sebelum ditemui rentung dalam keadaan terbaring di atas katil bilik tidur yang terletak di bahagian belakang tingkat atas rumah berkenaan.

"Setakat ini, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Pulai, Chan Chin Chee turut melawat tempat kejadian dan menghulurkan sumbangan peribadi kepada ibu mangsa serta beberapa jiran yang terbabit dalam kebakaran itu.

Beliau berkata, kes berkenaan akan dirujuk kepada Ibu Pejabat Biro Pengaduan Awam MCA Ipoh untuk tindakan susulan.

"Saya juga meminta Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian itu termasuk aduan penduduk di kawasan berkenaan mengenai masalah tekanan air rendah sehingga boleh menimbulkan masalah jika berlaku kebakaran.

"Kita perlu prihatin dengan setiap aduan yang diterima bagi mengelak kejadian sama berulang sehingga menyebabkan kehilangan harta benda atau nyawa," katanya.

Jurucakap polis ketika dihubungi semalam, mengesahkan kejadian itu dan siasatan masih dijalankan.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20080102234623/Article/

Gemukkkkkkk Publish time 5-1-2008 08:14 PM

Utara: Pemimpin kampung timba pengalaman
Oleh Rosman Shamsudin

Ketua Kampung Hulu Selangor lawat projek pembangunan di Perak

PULAU PANGKOR: Keunikan dan pembangunan Pulau Pangkor menarik perhatian 72 pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), ketua kampung dan setiausaha JKKK dari Daerah Hulu Selangor yang melawat pulau peranginan itu baru-baru ini.

Kedatangan mereka untuk menimba pengetahuan berkaitan pembangunan di Perak, khususnya di Pulau Pangkor membabitkan industri pelancongan dan kegiatan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Sebagai pemimpin masyarakat di peringkat akar umbi mereka wajar menambah pengetahuan yang dapat disebarkan kepada penduduk di kawasan masing-masing.

Lawatan itu dianjurkan Unit Pembangunan Luar Bandar (PLB), Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor bertujuan memberi pendedahan kepada pengerusi JKKK, ketua kampung dan setiausaha JKKK dalam merangka perancangan memajukan kawasan setempat.

Lebih bermakna, lawatan itu disambut Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor.

Dr Zambry yang sebelum ini pernah berkhidmat dengan kerajaan Selangor sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Perkembangan Minda (Inmind) jelas terharu dengan kunjungan pemimpin daripada daerah terbabit dan turut menaja makan tengah hari dengan pelbagai hidangan istimewa yang terdapat di pulau itu.

Turut serta, Penghulu Mukim Pangkor, Marzuki Ibrahim; Penghulu Mukim Hulu Bernam Selatan, Tuaran Abdul Hamid; Penghulu Ulu Yam, Razak Abd Latif; Penghulu Kalumpang, Ghani Surani; Penghulu Serendah Jamali Latif serta pegawai khas Adun Pangkor, Asmadi Teh.

Pengisian lawatan termasuk taklimat profil daerah Manjung yang disampaikan Marzuki, lawatan ke pusat pengeluaran produk gamat emas, kawasan pelancongan, kilang memproses hasil laut, tempat bersejarah serta meninjau keindahan alam semulajadi flora dan fauna yang terdapat di pulau peranginan terkenal itu.

Ketua Kampung Lalang Gesir Tengah, Ishak Abdul Rahman, 59, berkata lawatan yang dianjurkan oleh PLB Hulu Selangor itu memberi ilmu pengetahuan berguna yang dapat dipraktikkan di peringkat kampung terutama dalam sektor PKS yang terdapat di pulau itu.

Katanya, keupayaan penduduk tempatan menggunakan sumber semula jadi terutama dalam menghasilkan produk gamat emas jelas membantu meningkatkan taraf kehidupan penduduk setempat.

"Walaupun gamat emas tidak terdapat di daerah Hulu Selangor namun kita boleh mempelajari sesuatu daripada usahawan PKS di pulau ini terutama daya saing yang tinggi dalam memperkenalkan produk tempatan.

"Kesungguhan usahawan PKS dan dibantu oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menjadikan perusahaan gamat emas sebagai satu daripada tarikan pelancong jelas memberi manfaat dalam membantu memajukan IKS di pulau itu," katanya.

Pengerusi JKKK Kampung Pasir Puteh, Kalumpang, Yunus Manap, 52, pula berkata, beliau kagum melihat perkembangan kemajuan di pekan Manjung yang semakin pesat membangun berdasarkan maklumat dan pemerhatian yang diberikan semasa di dewan mesyuarat Pejabat Daerah dan Tanah Manjung oleh penghulu Mukim Pangkor.

Katanya, kesungguhan PBT terbabit membangunkan Pulau Pangkor sebagai kawasan pelancongan serta komitmen diberikan penduduk dengan mengambil peluang menceburi sektor PKS berasaskan sumber semula jadi tempatan menjadi satu daripada resipi utama kejayaan daerah itu.

"Setiap tempat mempunyai keistimewaannya tersendiri dan yang penting kebijaksanaan pemimpin masyarakat mengaplikasikan sumber tempatan yang ada ke arah yang boleh membangunkan kawasan itu untuk manfaat penduduk setempat.

"Usaha PBT daerah ini menggunakan segala keistimewaan yang ada serta sokongan masyarakat berjaya memacu kemajuan di daerah ini terutama di Pulau Pangkor dan Lumut," katanya.

Ketua Kampung Kuala Kubu Bharu, Mustafa Datuk Kamarudin, 62, berkata usaha kerajaan Perak membangunkan Pulau Pangkor sebagai industri pelancongan tanpa merosakkan ekosistem dan alam semula jadi dengan mengekalkan hutan yang kaya dengan flora dan fauna itu patut dicontohi negeri lain.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/EdisiWilayah/20080104083719/Article/

Gemukkkkkkk Publish time 5-1-2008 08:51 PM

Beng Kan masih terkenang dua rakan dibunuh penjenayah
Oleh: ANGELINA SINYANG

BENG Kan...Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar.
--------------------------------------------------------------------------------
http://www.utusan.com.my/pix/2008/0103/utusan_malaysia/polis_&_tentera/te_01_big.jpg


揝AYA sedar buruk rupa seorang lelaki menangis tetapi saya memang gagal menahan air mata daripada bercucuran apabila memandang wajah anak-anak kecil yang belum mengerti apa-apa meraung-raung memanggil bapa mereka yang sudah tidak bernyawa.

揟ersentuh hati saya melihat mereka pada usia dua hingga tiga tahun mereka menjadi anak yatim dan hilang tempat bergantung.

Gemukkkkkkk Publish time 5-1-2008 08:54 PM

Perak waiting for Lahat dumpsite approval
By SYLVIA LOOI

IPOH: The Perak state government is appealing to the Housing and Local Government Ministry to speed up the approval for the new Lahat dumpsite near here.

State Urban and Local Government Committee chairman Datuk Chang Ko Youn said the proposal papers for the project are still with the ministry.

"We hope the project will be approved soon as the Lahat dumpsite is to replace the Bercham dumpsite, which is bursting at its seams," he said Saturday.

It was reported last year that ministry officials had visited the site to evaluate its viability.

Speaking to reporters after launching a recycling campaign by the Perak Petroleum Dealers Association, Chang said the 202.3ha piece of land near the former Asia Rare Earth site was suitable to be made the new dumpsite.

"It is located in a valley and away from residential areas," he added, noting that the Lahat dumpsite would be shared by four local authorities namely Ipoh City Council (DBI), Kinta Barat, Kinta Selatan and Perak Tengah.

On the Bercham dumpsite, Chang said it was supposed to have been closed two years ago.

"But due to good management by the DBI, the dumpsite's lifeline has been extended by another three years," he said.

He added that the state planned to convert the Bercham dumpsite into a recreational park after it was closed.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/1/5/nation/20080105153359&sec=nation

Gemukkkkkkk Publish time 5-1-2008 08:55 PM

Perak petrol stations to have recycling bins

By SYLVIA LOOI

IPOH: The next time you drop by a petrol station here, look out for the recycling bins.

To encourage the recycling habit, bins have been placed at Jalan Raja Di Hilir (Caltex), Jalan Ampang (Mobil), Jalan Sultan Azlan Shah (Shell) and Jalan Bercham (Shell and Mobil).

Perak Petroleum Dealers Association's chairman Tony Goh said this was part of the association抯 plan to place the bins in the state's 230 petrol stations.

"This is the first time petrol stations are being roped in to encourage recycling among the people," he told reporters Saturday after the launch of the association's recycling campaign here.

"As a place where most people converge, it will make it easier for the people to place their recyclables," he added.

Goh said people were welcome to drop off recyclables such as aluminium cans, glass bottles, paper and electrical items at the chosen petrol stations.

"The recyclables will be picked up by a recycling company every Saturday between 8am and noon," he added.

Goh noted that 70% of the proceeds from the sale of the recyclables would be donated to the Kiwanis Club of Bandaraya Ipoh.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/1/5/nation/20080105145014&sec=nation

Gemukkkkkkk Publish time 5-1-2008 08:55 PM

Perak petrol stations to have recycling bins

By SYLVIA LOOI

IPOH: The next time you drop by a petrol station here, look out for the recycling bins.

To encourage the recycling habit, bins have been placed at Jalan Raja Di Hilir (Caltex), Jalan Ampang (Mobil), Jalan Sultan Azlan Shah (Shell) and Jalan Bercham (Shell and Mobil).

Perak Petroleum Dealers Association's chairman Tony Goh said this was part of the association抯 plan to place the bins in the state's 230 petrol stations.

"This is the first time petrol stations are being roped in to encourage recycling among the people," he told reporters Saturday after the launch of the association's recycling campaign here.

"As a place where most people converge, it will make it easier for the people to place their recyclables," he added.

Goh said people were welcome to drop off recyclables such as aluminium cans, glass bottles, paper and electrical items at the chosen petrol stations.

"The recyclables will be picked up by a recycling company every Saturday between 8am and noon," he added.

Goh noted that 70% of the proceeds from the sale of the recyclables would be donated to the Kiwanis Club of Bandaraya Ipoh.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/1/5/nation/20080105145014&sec=nation

Gemukkkkkkk Publish time 5-1-2008 08:57 PM

DARI BERITA HARAM:;P :lol:
rare harimau dahan ditangkap di chepor
murid cemerlang upsr mati ditetak
lelaki dikunci di rumah rentung bila ibu keluar berjogging
pemimpin kampung timba pengalaman dipangkor


DARI UTUSAN MELOYA:;P :lol:
takde yang aku jumpa untuk 2-3 hari ni selain satu ni jebeng kan terkenang rakan mati dibunuhpenjenayah



apsal akhbar bahasa inggeris seperti THE STAR pulak ada banyakkkkkkk liputan tentang Perak???
waiting for lahat dumpsite approval
recycling bins at petrol stations

bantal_oren Publish time 7-1-2008 10:50 AM

Syor pulihara makam sultan

PERSATUAN Jamalullail Perak (Jamal), baru-baru ini menjelajah seluruh Perak bagi menjejaki makam lama sultan dan pembesar negeri Perak sambil merakam gambar serta mengumpulkan bahan sejarah untuk dijadikan rujukan sejarah.

Sebagai pencinta sejarah, kami berasakan makam yang mempunyai unsur sejarah dan mempunyai potensi untuk tarikan pelancong dan diwartakan Muzium Negeri perlu dipulihara dan dibersihkan untuk memudahkan pengunjung ke lokasi berkenaan.

Makam Sultan Mudzaffar Shah 1, Sultan pertama Perak bertarikh 1549 dan makam penasihat agama pertama di Mukim Kota Baru yang dipercayai bersama dengan Sultan berhijrah selepas Portugis menakluki Melaka pada 1511 dan makam Tun Teja, perlu diberi perhatian untuk memastikan kawasan persekitarannya bersih.

Begitu juga makam Bendahara, Syarif Abu Bakar atau gelaran 'Tok Tambak', keramat Pulau Pisang serta Makam Syarif Shamsudin 'Orang Kaya Menteri Paduka Tuan' di Chegar Galah, Kuala Kangsar turut tidak dijaga dengan sempurna yang perlu dibaikpulih semula.

Sebagai pencinta sejarah yang juga rakyat Perak, kami berharap kerajaan negeri melalui kerjasama Muzium Negeri serta juga pihak Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan memberikan perhatian serta mengambil tindakan sewajarnya kerana bahan sejarah adalah amat penting untuk rujukan generasi akan datang selain sebagai warisan nenek moyang kita.

SYED ABDULLAH OSMAN JAMALULLAIL,
Persatuan Penaja Persatuan
Jamalullail, Perak.

Gemukkkkkkk Publish time 7-1-2008 11:14 AM

post #352 aku tu, korang boleh klik kat tajuk artikel tu dan akan terus dibawa ke artikel berkenaan.:D

Gemukkkkkkk Publish time 7-1-2008 01:05 PM

Bas bawa 37 penuntut USM terbabas

IPOH 6 Jan.

Gemukkkkkkk Publish time 7-1-2008 01:14 PM

http://www.bharian.com.my/Monday/Nasional/20080106235219/mainpix

dak_ker Publish time 7-1-2008 01:17 PM

hishhh, teruknya :funk: nasib baik takde meninggal

asep Publish time 7-1-2008 01:20 PM

fuuuh....nasib laa...:funk:
berpantang maut sblm ajal..:funk:

adnilsa Publish time 7-1-2008 01:23 PM

isy..ngerinya....:funk: :funk:

alhamdulillah selamat:L :L

Gemukkkkkkk Publish time 7-1-2008 01:25 PM

tu la.kalau tak, naya je.kot-kot ada kawan sepai dalam bas ni...
Pages: 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 [18] 19 20 21 22 23 24 25 26 27
View full version: BERITA PERAK DI MEDIA-MEDIA


ADVERTISEMENT