manje1 Publish time 30-7-2007 10:05 AM

dah lain bagan datoh sekarang ni...

TUKANGKEBUN Publish time 10-8-2007 12:21 PM

Jeti Bagan Datoh pusat Karnival GP Joran



BAGAN DATOH: Lebih 10,000 pengunjung dijangka mengunjungi pusingan keempat Karnival GP Joran 2007 di Jeti Bagan Datoh di sini, pada 18 dan 19 Ogos ini.

Lokasi itu menjadi bagi menjadi gelanggang Kategori Pantai selain tapak karnival dua hari itu.

Antara acara yang menanti pengunjung ialah promosi barangan penaja, permainan batu seremban, menimbang bola, kuiz Berita Harian, jigsaw puzzle, jualan barangan eksklusif Berita Harian dan pertandingan mewarna.

Jualan barangan eksklusif Berita Harian membabitkan baju-T, topi Bermuda, tuala mandi, jaket, beg pinggang, sarung tangan, beg galas dan bekas air juga boleh menjadi ole-ole orang ramai serta peserta.

Pada Sabtu (19 Ogos), diadakan pertandingan kopi tarik dengan hadiah pertama RM200 serta hadiah iringan, RM150 (kedua), RM100 (ketiga) dan RM50 (keempat). Hadiah ke-5 hingga ke-10 hamper berupa barangan penaja.

Kepada orang ramai yang ingin menguji kecekapan memasak, pertandingan diadakan dengan juara memperoleh RM500, RM (300), RM200 (ketiga), RM100 (ke-4 hingga ke-10), RM50 (ke-11 hingga ke-20).

Pertandingan mewarna Kategori pra-sekolah dan bawah 9 tahun juga hari yang sama.

Acara ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM37,100. Juara Kategori Laut mendapat RM10,000, kedua RM4,000, ketiga RM2,000, RM500 (ke-4 hingga ke-10), RM200 (ke-11 hingga ke-20), manakala hamper untuk pemenang ke-21 hingga ke-30.

Juara Kategori Pantai membawa pulang RM8,000, RM3,000 (kedua), RM1,000 (ketiga), RM300 (ke-4 hingga ke-10), RM150 (ke-11 hingga ke-20), manakala hadiah hamper untuk pemenang ke-21 hingga ke-30.

TUKANGKEBUN Publish time 15-8-2007 09:58 AM

BERITA HARIAN - 15 AUG 2007

,000 dijangka kunjungi GP Joran di Bagan Datoh
Oleh Helmi Hamzah


KUALA LUMPUR: Lebih 10,000 dijangka mengunjungi pusingan keempat Karnival GP Joran 2007 di Bagan Datoh, Perak, hujung minggu ini.

Pertandingan memancing menawarkan RM37,100 itu dijangka menyaksikan kira-kira 1,000 peserta bertanding bagi Kategori Laut dan Kategori Pantai masing-masing pada 18 dan 19 Ogos ini.







Bagan Datoh yang terkenal kerana ladang kelapa dan beberapa pangkalan nelayan laut dalam itu akan meriah dengan karnival berkenaan yang turut menampilkan kumpulan Pentarama dengan artis 60-an seperti Datuk A Rahman Hassan dan Jeffrydin pada malam Ahad serta majlis penutup.

Karnival itu akan menampilkan pelbagai acara sampingan, terutama di kaunter Berita Harian yang akan menganjurkan pertandingan kopi tarik CNI, pertandingan memasak anjuran Shell, peraduan mewarna untuk kanak-kanak tadika dan berusia tujuh hingga sembilan tahun. Kanak-kanak terbabit juga berpeluang menikmati sarapan roti Gardenia.







Sementara itu, peserta Kategori Laut diminta mengesahkan pendaftaran seawal jam 6 pagi di Jeti Bagan Sungai Burung dekat Bagan Datoh kerana air surut maksimum mulai jam 8 pagi.

Kerjasama peserta mengesahkan pendaftaran lebih awal akan membantu mempercepatkan proses menaiki 32 bot yang bakal digunakan.

Sebuah motosikal Modenas Kriss juga disediakan sebagai cabutan peserta bertuah. Keterangan, hubungi: 03-22822323 sambuingan 4240, 4241 dan 4242 atau Umbai 013-3310166/019-3419991.

TUKANGKEBUN Publish time 16-8-2007 12:15 PM

Perak taja RM30,000 untuk GP Joran
Oleh Zatul Iffah Zolkiply



BERI SOKONGAN: Tajol Rosli (kiri) menyampaikan replika
cek bernilai RM30,000 kepada Kamal untuk Karnival
GP Joran 2007 Pusingan keempat di Bagan Datoh
sambil diperhatikan Muhamad Mizal (dua dari kanan)
di Ipoh, semalam.

IPOH: Dijangka lebih 10,000 pengunjung terutama peminat sukan memancing akan membanjiri Bagan Datoh dekat sini pada Sabtu dan Ahad ini bagi menyertai serta menyaksikan Karnival GP Joran 2007 Pusingan Ke-4.

Selaras itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali, mengucapkan terima kasih kepada Berita Harian kerana memilih Bagan Datoh yang terkenal dengan penanaman kelapa, sebagai lokasi karnival joran kali ini.







"Ia secara tidak langsung akan mempopularkan kawasan berkenaan sebagai lokasi memancing sekali gus menarik lebih ramai pengunjung ke situ pada masa depan," katanya selepas penyampaian replika cek tajaan kerajaan negeri berjumlah RM30,000 untuk karnival berkenaan di sini semalam.

Replika itu disampaikan kepada Pengarang Joran/Projek, Mohd Kamal Ahmad di pejabat Menteri Besar di sini, semalam.







Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pertanian Dan Industri Asas Tani, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Mohd Radzi Manan; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abd Rahman Hashim; Pengurus Projek Khas Berita Harian, Muhamad Mizal Hasbullah serta Ketua Biro Eksekutif Berita Harian Perak, Ridzuan Yop.

Karnival yang mendapat tajaan utama daripada Perodua ini mendapat kerjasama kerajaan Negeri Perak dan Pejabat Ahli Parlimen Bagan Datoh yang juga Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

Penaja lain bagi karnival ini adalah Bernas, Real Rewards, Coleman, SLMSSB, Tackles, CNI, Adabi, Gardenia, Shell Gas, Astro, Noraini's, NFK, Wonderful, Del Luscious dan Mobile Income.

Dalam pertandingan itu, Berita Harian menawarkan hadiah keseluruhan wang tunai RM37,100 dengan juara Kategori Laut Dalam akan membawa pulang RM10,000, RM4,000 (kedua) dan RM2,000 (ketiga).

Selain itu, RM500 akan diberikan kepada pemenang daripada tempat keempat hingga ke-10, RM200 untuk pemenang tempat ke 11 hingga 20 dan hamper daripada penaja bagi pemenang 21 hingga 30.

Bagi Kategori Pantai, juara akan menerima RM8,000, RM3,000 (kedua) dan RM1,000 (ketiga). Pemenang tempat keempat hingga ke-10 pula akan menerima RM300 dan RM150 (ke-11 hingga ke-20). Bagi pemenang 21 hingga 30 akan mendapat hamper hadiah penaja.

Sementara itu, dua penyanyi 60-an

in2eryn Publish time 16-8-2007 12:27 PM

Sekolah Semangat Maju Sitiawan cungkil bakat OKU


SITIAWAN: Pepatah ada menyebut 憇edangkan belakang parang jika diasah pun akan tajam, inikan pula akal manusia' amat bertepatan selepas melihat kebolehan insan kurang upaya (OKU) menghasilkan pelbagai barangan kraf angan yang menarik perhatian.

Semua OKU itu adalah pelajar Sekolah Semangat Maju Sitiawan dekat sini, yang ditubuhkan dengan seliaan Persatuan Untuk Insan Bermasalah Intelektual Perak (Pafid) dan ia terbukti berjaya mencungkil kebolehan insan mengalami masalah mental atau spastik.

Pengerusi sekolah itu, K Muthu, berkata sekolah terbabit dibuka atas kesedaran bahawa setiap insan yang dikurniakan akal fikiran dan tubuh badan yang sihat perlu memainkan peranan membantu anak-anak OKU.

Beliau berkata, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memastikan golongan OKU juga mendapat pendidikan walaupun usaha `melentur' insan istimewa ini bukan satu kerja yang mudah.

"Semua manusia yang dilahirkan di dunia ini berhak mendapat pendidikan dan kita sewajarnya berganding bahu memikul tanggungjawab membantu anak OKU dalam pembelajaran.

"Saya bagi pihak sekolah berterima kasih kepada penaja yang sudi menghulurkan bantuan bagi membantu pelajar OKU ini," katanya pada sidang media selepas menerima sumbangan sempena Kempen Kebajikan The Store di sini, kelmarin.

Sumbangan seperti barangan keperluan makanan, tuala, minuman ringan dan bekas menyimpan makanan serta minuman itu disampaikan oleh Pengurus The Store cawangan Sitiawan, Ooi Koon Gaik.

Pada majlis itu, sekolah berkenaan turut menghadiahkan cenderamata kraftangan seni sulam tekat yang dihasilkan sendiri oleh pelajar terbabit selepas menyulam selama tiga bulan.

Muthu berkata, sekolah itu mempunyai lapan guru, tiga staf sokongan dan seorang Ketua Guru, Zaiton Mohamed yang sangat berdedikasi serta tidak jemu mendidik serta mencungkil bakat 68 pelajarnya berusia 3 hingga 22 tahun.

Katanya, sekolah itu beroperasi sejak 1990 dengan pengambilan pelajar pertama seramai enam orang di sebuah premis yang disewa RM500 sebulan.

Zaiton berkata, kaedah pembelajaran yang cuba diterapkan bertujuan memberi pendedahan asas sosial dan penjagaan diri kepada pelajar.

Selain itu, katanya, guru juga berusaha meningkatkan keupayaan pelajar dengan kaedah visual dan kemahiran anggota badan dengan mengadakan kelas seni seperti muzik, kraftangan dan lukisan.

in2eryn Publish time 16-8-2007 12:31 PM

Tarikan Pulau Orang Utan
Oleh Ridzuan Yop


Habitat pelihara haiwan spesies terancam jadi aset utama pelancongan di Bukit Mera Laketown Resort

TAIPING: Menyusuri tasik air tawar dengan menaiki bot menuju ke Pulau Orang Utan di Bukit Merah dekat sini, menjanjikan satu pemandangan yang indah dan menarik sepanjang perjalanan.

Pulau Orang Utan atau dulunya dikenali sebagai Pulau Panjang meliputi kawasan seluas 14 hektar.

Iklim dan tumbuhan di sini amat menyerupai Borneo dan Sumatera iaitu kawasan atau habitat semula jadi bagi orang utan.

Pulau ini dibuka kepada umum pada awal Februari 2000 dan kini kira-kira dua hektar digunakan untuk projek berkenaan yang membenarkan orang utan bergerak bebas dalam habitat semula jadinya.

Tujuan utama diwujudkan Pulau Orang Utan di Bukit Merah ialah untuk pemuliharaan, pemulihan, pembiakan, penyelidikan dan pembelajaran berkaitan spesies orang utan yang semakin terancam.

"Kami berusaha mewujudkan kemudahan terbaik untuk pemeliharaan serta pemerhatian oranutan dalam habitat semula jadi mereka di Pulau Orang Utan Bukit Merah," kata Pengurus Perkhidmatan Veterinar, Pulau Orang Utan Bukit Merah Laketown Resort (BMLR), Dr D Sabapathy.

Beliau berkata, ketika ini pihaknya mempunyai sistem penjagaan, kebajikan dan pengurusan yang unik bagi Orang Utan kurungan yang boleh menjadi contoh kepada pihak yang meminati haiwan itu.

Mungkin juga tidak ramai menjangka orang utan boleh juga dibiakkan di Semenanjung Malaysia dan tidak hanya di kepulauan Borneo seperti di Sabah, Sarawak atau Kalimantan saja.

Ini terbukti dengan kejayaan Unit Penjagaan Anak Orang Utan atau ICU (Infant Care Unit) yang ditubuhkan di Pulau Orang Utan, berjaya melahirkan 11 ekor anak orang utan dan usaha itu turut mendapat kerjasama dari Perbadanan Perhutanan Sarawak bagi membiakkan spesies orang utan yang semakin terancam.

Dr Sabapathy berkata, Unit ICU diwujudkan pada Mac 2004 untuk menyediakan perkhidmatan veterinar dan penjagaan secara rapi untuk anak orang utan.

揂nak orang utan ini diberi penjagaan rapi 24 jam dan pelan pemakanan berzat disediakan untuk memastikan kesihatan mereka berada pada tahap yang tinggi dengan sentiasa diawasi oleh staf veterinar yang bertugas.

揙bjektif ICU adalah untuk menyediakan perkhidmatan veterinar bagi anak orang utan yang dipisahkan daripada ibu akibat penjagaan si ibu yang tidak sempurna, mewujudkan kesedaran awam tentang pemuliharaan spesies orang utan yang terancam," katanya.

Beliau berkata, selain itu, ia memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat secara dekat aspek penjagaan yang dikhususkan untuk anak orang utan.

Katanya, unit itu juga ditubuhkan bagi membantu meningkatkan populasiorang utan melalui program 'ex-situ' selari dengan dasar kerajaan dalam pemuliharaan spesies hidupan liar yang terancam dan menggalakkan penyertaan umum untuk program anak angkat bagi oranutan.

Sementara itu, Pengurus Besar Bukit Merah Laketown Resort (BMLR), Jasmy Othman, berkata Bukit Merah Laketown Resort menyambut ulang tahunnya yang ke-10 tahun ini.

Beliau berkata, Bukit Merah Laketown Resort dibuka kepada umum pada 1997 di kawasan pedalaman Daerah Kerian dan selepas 10 beroperasi, Bukit Merah Laketown Resort antara destinasi keluarga utama di negara ini.

Katanya, resort berkenaan mempunyai pelbagai perancangan untuk mengadakan sambutan ulang tahunnya yang ke-10 bermula Ogos hingga Disember ini.

"Resort yang terletak di tepi tasik seluas 2800 hektar itu membangun sebagai resort berintegrasi utama di utara Semenanjung dan menyediakan tarikan bertaraf dunia dan juga pelbagai kemudahan termasuk bilik konvensyen, restoran, hotel dan pangsapuri.

"Ketika ini, resort ini menerima kira-kira 500,000 pengunjung berbanding 350,000 pengunjung pada 1997 dengan penambahan pengunjung luar negara dari dua peratus kepada 20 peratus dalam tempoh 10 tahun menjadikan BMLR semakin popular di pasaran antarabangsa," katanya.

Beliau berkata, sejak BMLR dibuka, lebih lima juta pengunjung memasuki taman tema airnya dan jumlah ini semakin bertambah berikutan pelbagai insentif dan promosi yang dijalankan secara bersama dengan kerajaan Perak.

Pada cuti penggal sekolah Ogos ini serta sambutan Hari Kebangsaan, Bukit Merah Laketown Resort menyediakan beberapa hiburan yang menarik di tepi tasik untuk pengunjungnya.

Antaranya tarian, lawak jenaka dan pertunjukan api serta aktiviti interaktif bersama pengunjung dan kemunculan badut.

Beliau berkata, selain Pulau Orang Utan dan Taman Tema Air orang ramai juga disediakan beberapa tarikan lain seperti 'Chairlift' dan 'Skycycle'.

"Pada 1999, Taman Eko dibuka bagi memenuhi permintaan pengunjung yang ingin menyaksikan haiwan dengan lebih dekat lagi," katanya.

Beliau berkata, Bukit Merah Laketown Resort yang dimajukan oleh Segi Objektif Sdn Bhd dan diusahakan oleh Bukit Merah Resort, anak syarikat MK Land Holdings Berhad yakin pelaksanaan projek Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) akan turut memberi manfaat serta mempercepatkan lagi pembangunan kawasan Bukit Merah.

mutantninja03 Publish time 16-8-2007 08:12 PM

New Ipoh Airport - Komer hendak ke tandak weh ??

August 4th, 2007

Let the people have a say in what to do with airport


By SYLVIA LOOI
IPOH: Perak Mentri Besar Datuk Seri Mohamad Tajol Rosli Ghazali has asked for feedback from the people on what should be done to the under-utilised Sultan Azlan Shah Airport here.Speaking at the Perak FMM 39th anniversary celebration dinner on Friday, Tajol Rosli gave Perakians two choices - lengthen the runway or relocate the airport to Seri Iskandar."If we extend the runway, it may involve demolishing a few houses," he said.Asking Perak FMM to conduct a survey on the matter, Tajol Rosli said, "The people may not agree with my decision."Noting that if the runway of the current airport was extended, the Airbus 320 might not be able to land."But if a bigger airport is built, it can accommodate the Boeing 747," he added, pointing out that investors would take into consideration the distance of the new airport from the city.

The Star


Mustila hendak kan ?   ;P

mutantninja03 Publish time 16-8-2007 08:13 PM

Charity pun charity lah....

August 7th, 2007

Proposal to build new airport near Ipoh


THE Global Flying Hospitals (GFH), an international body that brings humanitarian medical support to developing countries, is willing to build a new airport in Seri Iskandar, about 40km from Ipoh.State Infrastructure and Public Utilities chairman Datuk Ho Cheng Wang said the project which is expected to cost about RM301mil would not only be used for GFH抯 operations but also to accommodate bigger aircraft such as Boeing 747s.Ho said the GFH proposal was among the options being considered by a special committee comprising the Transport Ministry, the State Economic Planning Unit, the Economic Planning Unit of the Prime Minister抯 Department, and the State Development Cor-poration which had met thrice so far.Ho, who is also a member of the special committee, said it was important to have a new airport because no aeroplane was landing at the Sultan Azlan Shah airport now.   Speaking at a press conference, he said the other option being considered was to extend the runway to 1,981m from the present length of 1,798m at a cost of RM70mil but this could only accommodate the landings of A320 Airbus.揢nder the second proposal, the Sultan Azlan Shah airport runway will be extended to 2,400m at a cost of RM390mil but this will entail the acquisition of land and 605 houses have to go.   揑 personally prefer the closing down of the airport so that Ipoh town can see high-rise buildings.揟he Civil Aviation Department has restricted the height of buildings in the town due to the presence of the airport nearby,

Gemukkkkkkk Publish time 17-8-2007 08:48 AM

TK, mike nak bukak gerai apa?jual apa?

dengar katanya airport ipoh ni tak jadi nak diperluaskan?


hmm.. aku pun dah lama tak sumbangkan berita.   wehhh, korang ni la 'kapsul masa' kita.meh le letak berita-berita selalu.

hujung minggu ni, aku try compilekan segala berita pasal perak.tapi aku tak larat nak scan semua suratkhabar la...cuba yang terbaik, ok.

Pikir Publish time 17-8-2007 08:58 AM

berita bulan 4 aritu

April 11 (Bloomberg) -- Pioneer Bio Industries Corp., a                  
Malaysian ethanol producer, said it will receive 5 billion                     
ringgit ($1.5 billion) from the government to develop its                     
business of producing ethanol from a mangrove plant.                           
   The Kuala Lumpur-based company is also seeking investors                  
and alliances to help expand its business globally, it said in a               
press release dated yesterday that was e-mailed today. It plans               
to boost its paid-up capital to 8 billion ringgit by July,                     
excluding the government funding.                                             
   Demand for alternative sources of energy has surged after                  
oil prices rose to records in the past two years. Malaysia, the               
world's largest palm oil producer, has approved 75 biodiesel                  
projects with planned investments of 7 billion ringgit, Minister               
for Plantation Industries and Commodities Peter Chin Fah Kui                  
said in December.                                                               
   Pioneer Bio ``is ready to expand the business globally,''                  
it said in the statement. ``A special gathering will be held for               
traders, investors and bankers for business cooperation and                     
strategic business alliance.''                                                
   The company owns a technology developed by Malaysian                     
scientists that enables it to produce ethanol from the sap of                  
the nipah tree, a coastal palm whose scientific name is Nypa                  
Fruiticans. It said in January it will spend 1.4 billion ringgit               
to build an ethanol plant in northern Perak state that will                     
start production by the end of 2008 or early 2009.                              
   The company has a five-year future trade order worth more                  
than $66 billion for its ethanol, it said in the statement. It                  
also plans to build an ethanol terminal and a port near its                     
proposed 30 billion ringgit biotech city. It didn't give the                  
location of the township, saying details will be announced by                  
the government.                                                               
                                                                              
tp dgr berita semlm, projek ni batal

TUKANGKEBUN Publish time 17-8-2007 09:17 AM

Reply #289 Gemukkkkkkk's post

may b kerepek aku la, tapi belum confirm lagi

aku kena survey tempat & keadaan dulu,

mlm nie aku balik BGn Datoh, lagipun cuti sekolah dah bermula

anak aku sibuk sangat nak balik

noor2 Publish time 17-8-2007 09:22 AM

adik ipar noor orang Bagan Datoh..tapi noor tak pernah gi sana....:$

Gemukkkkkkk Publish time 17-8-2007 09:25 AM

ooo camtu.selamat meniaga.ingatkan kot-kot teman boring, boleh le ke sana jadi helper kat gerai ke ke ke ke..

TUKANGKEBUN Publish time 17-8-2007 09:36 AM

Reply #293 Gemukkkkkkk's post

dtg la, tidur umah mak mertua aku, umah besor weh, tepi jln je

yg lain x balik, aku 1 keluarga je balik

Gemukkkkkkk Publish time 17-8-2007 09:51 AM

ehehehehehe takpe le kot.niat jadi helper tu kot kot nak usha aweks cun:$   niat tak ikhlas pun;P :lol:

Gemukkkkkkk Publish time 17-8-2007 10:20 AM

pikir, ni ha berita tu ke?


RM1.4B BIOFUEL PLANT CANCELLED
Perak抯 RM1.4b biofuel plant cancelled

IPOH: A plan to build the country抯 first biofuel plant project in Trong near Taiping is off and the state government is not saying why for fear of legal action.

Perak Mentri Besar Datuk Seri Mohamad Tajol Rosli Ghazali, who told reporters this after chairing the weekly state executive council meeting on Wednesday, only said: 揑t did not materialise.

nevberg Publish time 17-8-2007 10:57 AM

apa sebab batal eh?

kat CI kata kena tipu ke apa tah...

Gemukkkkkkk Publish time 17-8-2007 10:59 AM

ntah jugak

shahx Publish time 17-8-2007 11:29 PM

aku baru je balik dari jeti bgn datoh... ushar2 awek sikit... hehe...

mutantninja03 Publish time 21-8-2007 01:38 AM

August 21, 2007 00:40 AM

Record-breaking Feat By Swimmer Norazmin Across Melaka Straits


PORT DICKSON, Aug 20 (Bernama) -- Swimmer Mohd Norazmin Abdul Aziz splashed his way across the Melaka Straits from Sumatra today, reaching Teluk Kemang here at 10.36pm, breaking the record set by a Japanese several years ago.

The 23-year-old swimmer who completed Putera Umno's Crossing Melaka Straits Challenge 2007 in 24 hours 36 minutes over a distance of 64km from Teluk Rhu, Rupat island, Sumatra, was given a rousing welcome by about 1,000 party members and local residents.

Also present was Negeri Sembilan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hassan.

Norazmin's feat, without any protective cage or gear, broke the record set in 1972 by a Japanese who took 25 hours.

Speaking to reporters after his arrival, a modest Norazmin said he did it for the country and not for personal glory.

The mission, headed by Putera Umno Bureau chairman Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, was organised in conjunction with Malaysia's 50th independence anniversary.

Several Putera Umno members who acted as motivator swimmers took turns to swim alongside Norazmin.

Umno Youth deputy chief Khairy Jamaluddin who also swam alongside Norazmin for one hour from 6.15pm later announced that the movement would give Norazmin RM50,000 and a certificate of appreciation for his feat.

Rough sea, jelly fish and changes in wind direction along the world's second busiest straits with about 3,000 ships plying daily, were among the challenges he faced which also delayed his targeted arrival here by four hours 30 minutes.

The sea conditions had also forced Putera Umno to ask for help from four fishing boats to guide Norazmin as he went off course after one of the accompanying vessels, RR Ocean King, developed engine trouble at 8pm.

All the expedition members onboard a cruise vessel, two speed boats, a marine police boat and Malaysia Maritime Enforcement Agency boat also arrived safely here tonight.

The eldest child of Abdul Aziz Ahmad and Norhayati Jauhari, both 48, Norazmin who was born in Kampung Tengah in Parit, Perak, began swimming at the age of seven.

For the Melaka Straits challenge, he went through intensive training under the tutelage of his father for two years by swimming between Lumut and Pangkor island.

He said he was grateful to his father and his 16-year-old brother Mohd Shafique who accompanied him cross the straits in a boat while the latter also swam with him at some part of the journey.

-- BERNAMA
Pages: 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 [15] 16 17 18 19 20 21 22 23 24
View full version: BERITA PERAK DI MEDIA-MEDIA


ADVERTISEMENT