Gemukkkkkkk Publish time 22-4-2007 11:25 AM

Berita Joran: Kayuhan Zamzuri tarik perhatian
Oleh Helmi Hamzah
19 January 2007
Hantar kepada kawan | Format Pencetak

KUALA LUMPUR: Demi minat, Mohd Zamzuri Suaib (gambar) dari Ulu Kinta, Ipoh, Perak sanggup berbasikal sejauh 150 kilometer minggu lalu semata-mata untuk menyertai pertandingan memancing Pembuka Tirai Joran 2007, yang diadakan di Taman Tasik Titiwangsa di sini.

Pembantu Tadbir Rendah Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) itu berkayuh dari rumahnya bermula jam 8 pagi Khamis lalu dan tiba di taman rekreasi itu pada 11 pagi keesokan harinya.

Sepanjang perjalanan, Mohd Zamzuri, 33, terpaksa berhenti setiap 25 kilometer untuk berehat bagi memastikan mendapat tenaga yang mencukupi untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.

Semangatnya yang luar biasa itu membolehkannya menerima hadiah khas daripada Unit Joran Berita Harian kerana kesungguhannya untuk memastikan tidak terlepas untuk bertanding pada pertandingan memancing yang penuh simbolik.

Bagaimanapun, berbasikal bukanlah sesuatu yang asing buatnya kerana pernah melakukan sedemikian apabila berkayuh dari Ipoh, Perak ke Phuket, Thailand pada 2004 dan ke Acheh, Indonesia pada 2005.

揃erbasikal adalah hobi saya dan mencuba perjalanan jauh sambil menikmati keindahan alam adalah minat saya sejak kecil yang sukar dipadamkan manakala berhasrat untuk berbasikal lebih jauh pada masa akan datang.

揗emang ia bukan sesuatu yang mudah tetapi saya akan melakukan apa saja demi minat ini. Memancing adalah minat saya sejak kecil dan apabila digabungkan dua hobi ini sudah pasti ia memberi sesuatu yang menyeronokkan dan memang tidak dinafikan ada sesetengah berpendapat berbasikal jarak jauh kerja gila.

揘amun saya tidak akan memberikan komen terhadap pendapat mereka itu kerana ia boleh memudarkan minat dan semangat saya,

Gemukkkkkkk Publish time 22-4-2007 11:37 AM

Jejak: Tragedi Pos Dipang
Oleh Nasron Sira Rahim

Kejadian berlaku pada 29 Ogos 1996, korbankan 39 nyawa manakala lima lagi dilaporkan hilang

KEBANYAKAN penduduk Perkampungan Orang Asli Pos Dipang, Kampar, Perak hanya mampu terperap di rumah masing-masing kerana hujan terlalu lebat ketika itu. Hujan sejak jam 12 tengah hari, masih tidak berhenti walau sudah enam jam berlalu.

Tiba-tiba, satu dentuman kuat berselang-seli dengan derauan hujan dari arah bukit di belakang kampung berkenaan, kedengaran. Penduduk tersentak, tertanya-tanya apakah bunyi aneh itu.

Beberapa minit kemudian mereka sekali lagi mendengar satu bunyi pelik. Belum sempat mereka memikirkan apa-apa, dinding rumah mereka terus pecah dan air bercampur lumpuh menerjah ke dalam.

Rempuhan arus deras menyebabkan ada penduduk tercampak keluar dari rumah masing-masing manakala beberapa rumah yang terletak di tebing Sungai Dipang terus runtuh dan dihanyutkan.

Sebaik menyedari banjir lumpur mula 憁embaham

Gemukkkkkkk Publish time 22-4-2007 11:46 AM

MAIAMP mampu kutip zakat RM150j setahun

IPOH: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) mampu memperoleh kutipan zakat sehingga RM150 juta setahun jika syarikat perniagaan dan tokoh perniagaan Islam yang berjaya di luar Perak membayar zakat pendapatan mereka di negeri ini.

Unjuran kutipan itu berdasarkan hasil kajian Potensi Perolehan Zakat Untuk Perak yang dilakukan oleh sebuah syarikat perunding, baru-baru ini.

Sehubungan itu, Setiausaha MAIAMP, Datuk Jamry Sury, berkata pihaknya kini merangka strategi bagi membolehkan pihak terbabit membayar zakat di negeri ini.

Katanya, antara strategi ialah berunding dengan kerajaan negeri bagi memberi peluang perniagaan kepada syarikat atau tokoh perniagaan terbabit agar mereka berasa ada keperluan membayar zakat di negeri ini.

"Ramai anak Perak yang berjaya dalam perniagaan di luar negeri ini terutama di Kuala Lumpur tetapi kebanyakan mereka membayar zakat di tempat di mana mereka beroperasi.

"Sebenarnya tiada hukum syarak atau undang-undang syariah sedia ada yang melarang seseorang membayar zakat di tempat kelahiran asal mereka," katanya selepas majlis pembayaran zakat Bank Pertanian Malaysia (BPM) di sini, kelmarin.

Hadir sama Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria dan Pengurus Besar BPM, Zainul Kamar Mohd Zain.

Jamry yang juga Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaip), berkata keperluan untuk meningkatkan perolehan zakat di negeri ini penting memandangkan tahun lalu pihaknya membelanjakan kira-kira RM36 juta bagi keperluan tujuh asnaf tetapi perolehan hanya RM33 juta.

Beliau berkata, sebanyak RM15 juta dibelanjakan untuk keperluan dua asnaf iaitu golongan fakir dan miskin termasuk ibu tunggal yang turut meliputi bantuan bulanan, membina rumah dan membeli mesin haemodialisis untuk pesakit buah pinggang.

Katanya, kira-kira RM5 juta pula dibelanjakan untuk membeli peralatan seperti kaki palsu dan alat pendengaran untuk golongan terbabit selain pembiayaan terhadap mereka yang melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi.

"Kajian yang dilakukan mendapati ada kelemahan dalam pungutan zakat seperti amil yang dicadangkan oleh jawatankuasa kariah masjid kurang dikenali dan tidak profesional.

"Sebagai contoh, Perak memiliki 109 amil tetapi mereka lebih bersikap menunggu pelanggan dan bukannya mencari pelanggan berbeza dengan Selangor yang mempunyai 45 amil tetapi mampu menghasilkan kutipan zakat yang besar," katanya.

Sehubungan itu, katanya, syarikat perunding terbabit juga telah diminta melakukan kajian di beberapa Pusat Pungutan Zakat (PPZ) di negeri lain untuk mencari kaedah terbaik meningkatkan kutipan zakat di negeri ini yang dijangka dibentangkan tiga bulan lagi.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/EdisiUtara/20070416075232/Article/

Gemukkkkkkk Publish time 22-4-2007 11:50 AM

Schoolnet perlu utama sekolah Orang Asli: Exco
Oleh Shamsul Kamal Amarudin

IPOH: Kerajaan Perak memohon agar sekolah Orang Asli dan yang terletak di pedalaman di negeri ini diberi keutamaan dalam pemasangan dan pelaksanaan rangkaian jalur lebar Schoolnet.

Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi negeri, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, berkata ia sebagai usaha mengurangkan jurang digital yang agak ketara sekarang antara pelajar Orang Asli dengan yang tinggal di pedalaman dengan mereka yang bersekolah di bandar.

"Usaha mempercepat pelaksanaan program itu di pedalaman juga penting bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran antara guru dan pelajar di sekolah terbabit.

"Ia kerana guru di pedalaman biasanya menghadapi kesukaran mendapatkan alat bantuan mengajar dan dengan adanya kemudahan internet, masalah itu dijangka dapat diatasi," katanya kepada pemberita selepas menutup Kem Pembelajaran Strategik Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Pelajar Orang Asli di sini, kelmarin.

Kem tiga hari anjuran Yayasan Perak dan Jabatan Pelajaran Negeri dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) itu dihadiri kira-kira 200 pelajar Orang Asli.

Baru-baru ini, Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran, Datuk Yusof Harun, berkata sehingga November tahun lalu, 97 peratus atau 9,718 sekolah rendah dan menengah seluruh negara sudah dihubungkan dengan rangkaian jalur lebar Schoolnet.

Bagaimanapun, katanya, 370 sekolah di luar bandar masih belum dipasang Capaian Schoolnet berikutan beberapa masalah seperti bekalan elektrik yang kini ditangani dengan bantuan Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi.

Dr Zambry berkata, jika masalah talian telefon menjadi punca kelewatan Schoolnet dilaksanakan di sekolah pedalaman, beliau mencadangkan agar kemudahan satelit digunakan bagi memastikan program itu dipercepatkan.

Katanya, kerajaan negeri sedia membantu Kementerian Pelajaran, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta JHEOA dalam memastikan program Schoolnet dapat dipercepatkan pelaksanaannya di sekolah pedalaman negeri ini.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/EdisiUtara/20070417081140/Article/

Gemukkkkkkk Publish time 22-4-2007 11:54 AM

PGA bantu bina rumah penduduk miskin

IPOH: Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) melalui Program Gerak Bakti (PGB) akan membantu membina rumah golongan miskin yang dikenal pasti di Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

Komandernya, Datuk Azman Yusof, berkata buat permulaan Briged Utara PGA akan membina rumah itu di Kampung Ulu Chepor, Chemor dekat sini pada 28 dan 29 April ini.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengenal pasti beberapa keluarga miskin di kampung itu yang layak menerima bantuan berkenaan.

Katanya, bagi menjayakannya, 60 anggota PGA dari Briged Utara akan terbabit dalam program itu dan mereka akan menyumbang tenaga membina rumah keluarga miskin yang terpilih.

"PGB yang dimulakan tahun ini sempena ulang tahun Hari Polis ke-200 akan dijadikan program tahunan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Hospital Ipoh (HI), di sini, baru-baru ini.

Azman berkata, program itu diadakan sebagai satu daripada projek kebajikan yang dijalankan Briged Utara PGA bersempena sambutan ulang tahun Hari Polis ke-200.

"Sebelum ini program yang dijalankan hanya lawatan ke hospital dan derma darah membabitkan anggota Briged Utara PGA," katanya.

Beliau berkata, anggota PGA akan bergabung tenaga membantu membina rumah keluarga miskin, manakala sumbangan bagi pembinaannya diberikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bekerjasama dalam program itu.

Dalam perkembangan lain, Azman berkata, pihaknya dengan kerjasama dengan pasukan tentera Thailand berjaya menahan 163 pendatang asing tanpa izin (Pati) dalam usaha mencegah kegiatan jenayah di sempadan kedua-dua negara, bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Beliau berkata, dari jumlah itu, 155 adalah warga Myanmar dan lapan lagi dari Thailand, manakala seorang rakyat tempatan yang disyaki sebagai pihak yang bertanggungjawab membawa masuk kumpulan Pati berkenaan.

"Rondaan membabitkan kedua-dua pihak yang dijalankan 24 jam terbukti berkesan dalam usaha membanteras masalah jenayah seperti penyeludupan Pati dan dadah di sempadan.

"Dalam operasi sama, kita turut merampas 1,500 liter petrol, diesel (600 liter) serta masing-masing sebuah kereta pacuan empat roda dan motosikal termasuk 12 botol minuman keras," katanya.

http://websekolah.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/EdisiUtara/20070418072321/Article/

Gemukkkkkkk Publish time 22-4-2007 12:10 PM

Kontroversi menanam al-Quran di Kutub Utara
HARUSSANI ZAKARIA.
--------------------------------------------------------------------------------

Batalkan hasrat

Gemukkkkkkk Publish time 22-4-2007 12:11 PM

MRCB, UPM bangunkan taman tani di Perak

KUALA LUMPUR 22 Ogos

AnBulisia Publish time 22-4-2007 12:14 PM

thread thread ilmiah ni susah nak reply, migrain...... ;P

jenguk sekali sekala je....

Gemukkkkkkk Publish time 22-4-2007 12:14 PM

Terima kasih semua pihak membantu saya

Gemukkkkkkk Publish time 22-4-2007 12:20 PM

Pusat Pengeluaran Kambing Boer Negara dibuka 2007
Daripada KHAIRUNNISA SULAIMAN

BRISBANE 22 Ogos

Gemukkkkkkk Publish time 22-4-2007 12:24 PM

Yusuf Ong perkasakan Unit Saudara Baru
Oleh: ZUARIDA MOHYIN

MUHAMMAD Yusuf Ong Abdullah sentiasa cuba meluangkan masa bersama isteri, Siti Khatijah Sui Abdullah dan anak-anak yang semakin membesar. Anak keempat tiada dalam gambar.
--------------------------------------------------------------------------------

RAUT wajahnya agak serius tetapi sejurus mengukir senyum ketika menyambut kunjungan penulis dan jurufoto, memberi jawapan spontan bahawa anak kelahiran Bruas, Perak ini seorang yang peramah dan mudah mesra.

Malah keterbukaannya berkongsi kisah pengislaman dan pengalaman dengan kerja-kerja dakwah dan membantu golongan mualaf, memperkukuhkan lagi telahan penulis.

Begitulah gerangannya Ketua Penolong Pegawai Dakwah, Bahagian Pembangunan Insan, Majlis Agama Islam Malaysia (MAIS), Muhammad Yusuf Ong Abdullah, 42, sepanjang pertemuan di pejabatnya di Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Pengalaman lebih 15 tahun mengendalikan hal ehwal saudara kita, akui Yusuf Ong sarat dengan pelbagai insiden dari yang mudah sehinggalah yang melibatkan keselamatan nyawa beliau sekeluarga.

Namun, semua itu tidak mematahkan semangat Yusuf Ong yang sebelum ini merupakan Pegawai Mubaligh di Bangunan SUK, Shah Alam sejak 1991.

Katanya, pengalaman diserang sekumpulan gangster yang bersenjata api adalah antara insiden yang masih terkesan hingga hari ini. Apa tidaknya, masa itu baru beberapa tahun bekerja dan ia berlaku pada lewat tengah malam di sebuah rumah perlindungan mualaf di Shah Alam.

揔ami dituduh melarikan anak mereka, sedangkan pengislaman yang dilakukan adalah atas kerelaan dan kehendak saudara baru itu sendiri dan tiada unsur paksaan.

揙leh kerana itu, keluarga asal mualaf berkenaan sanggup menggunakan apa cara sekalipun agar dapat mengembalikan mereka kepada agama asal,

Gemukkkkkkk Publish time 22-4-2007 12:27 PM

Salasilah kesultanan Selangor mulai 1756

KESULTANAN Selangor bermula seawal tahun 1756 apabila ia berada di bawah pemerintahan Raja Lumu yang menjadi Yang Dipertuan Besar Selangor dan bergelar Sultan Salehuddin Shah.

Biarpun berasal dari kalangan orang Bugis, kesultanan baginda diiktiraf oleh Sultan Perak pada pertengahan kurun ke-18 yang turut membawa kepada pembebasan negeri Selangor daripada kekuasaan kerajaan Johor.

Pemerintahan Sultan Salehuddin berterusan sehingga tahun 1778 apabila baginda mangkat lalu digantikan oleh putera baginda, Raja Ibrahim Marhum Saleh yang kemudian bergelar Sultan Ibrahim Shah.

Sepanjang pemerintahan Sultan Ibrahim Shah, Selangor menempuh pelbagai peristiwa antaranya, serangan tentera Belanda pada 13 Julai 1784 yang berjaya menawan kota Kuala Selangor.

Ini diikuti perjanjian kerjasama antara kerajaan baginda dengan kerajaan negeri Perak yang akhirnya membawa kepada perselisihan hutang piutang yang diselesaikan melalui campur tangan Robert Fullerton, Gabenor Inggeris di Pulau Pinang.

Selepas kemangkatan Sultan Ibrahim Shah pada 27 Oktober 1826, anakanda baginda, Raja Muda Selangor dilantik menjadi Sultan Selangor dan bergelar Sultan Muhammad Shah.

Menurut sejarah, pemerintahan baginda dianggap lemah ekoran ketidakupayaan baginda untuk menguasai raja-raja dan para pembesar di daerah-daerah lain di Selangor.

Oleh itu, berlaku perpecahan daerah di Selangor iaitu Bernam, Kuala Selangor, Kelang, Langat dan Lukut.

Sungguhpun begitu sepanjang 31 tahun memerintah, baginda telah menampakkan beberapa perubahan dengan pembukaan lombong bijih timah di Ampang diikuti dengan pembinaan kedai-kedai bagi keperluan rakyat terutamanya para pelombong.

Kemangkatan baginda secara mengejut pada penghujung tahun 1857 menyebabkan timbul perbalahan di kalangan kerabat di raja dan para pembesar Selangor dalam soal memilih Sultan yang baru.

Keputusan akhirnya dicapai dua tahun kemudian untuk melantik Raja Abdul Samad Raja Abdullah sebagai Sultan Selangor, biarpun baginda hanyalah anak saudara kepada almarhum Sultan Muhammad Shah.

Sejak permulaan pemerintahan baginda, lombong bijih timah di Ampang mula mengeluarkan hasil untuk diperdagangkan ke negeri-negeri Selat serta berjaya menarik kemasukan lebih ramai pelombong Cina.

Pada tahun 1868, Sultan Abdul Samad melantik menantunya, Tengku Dhiauddin ibni Almarhum Sultan Zainal Rashid (Tengku Kudin) selaku Wakil Yamtuan Selangor dan menyerahkan Langat sebagai hak milik menantunya itu.

Selepas memerintah Selangor selama 39 tahun, Sultan Abdul Samad akhirnya mangkat ketika berusia 93 tahun pada 6 Februari 1898 lalu dimakamkan di Jugra dan disebut `Marhum Jugra'.

Almarhum digantikan oleh cucundanya, Raja Muda Sulaiman ibni Almarhum Raja Muda Musa pada 17 Februari 1898 dan bergelar Sultan Alauddin Sulaiman Shah.

Semasa pemerintahan baginda, Selangor mula mengalami perubahan besar apabila lebih banyak jalan raya dan landasan kereta api dibina begitu juga meningkatnya pembinaan rumah dan kedai terutama di Kuala Lumpur dan Kelang.

Kebijaksanaan baginda memerintah telah mendorong rakyat mengadakan sambutan keramaian Jubli Emas di Kelang sempena genap 40 tahun pemerintahan baginda.

Namun begitu, beberapa bulan kemudian, pada 30 Mac 1938, baginda pun mangkat dan dimakamkan di Kelang dengan gelaran `Marhum Atiqullah'.

Pemerintahan Selangor diambil alih oleh anakanda almarhum Sultan Alauddin Tengku Alam Shah yang ditabalkan pada 4 April 1938 dan diberi gelaran Sultan Hisamuddin Alam Shah.

Kerajaan baginda bagaimanapun tidak kekal lama apabila dipaksa turun takhta pada tahun 1942 oleh tentera Jepun yang sebelum itu menyerang dan mengalahkan negeri-negeri Melayu.

Jepun yang merasakan kekanda Tengku Alam Shah, Tengku Musauddin lebih layak menjadi pemerintah Selangor telah melantik baginda sebagai Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah dan Tengku Alam Shah diminta memberi kerjasama membantu kekandanya dalam soal pemerintahan.

Penguasaan Malaya yang berubah ekoran kemasukan semula tentera Britain lebih tiga tahun kemudian turut mengubah struktur pemerintahan kerajaan Selangor kembali kepada pimpinan Sultan Hisamuddin Alam Shah.

Berikutan perisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Sultan Hisamuddin Alam Shah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong Negara Persekutuan Tanah Melayu, sementara jawatan Yang di-Pertuan Agong yang pertama disandang oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman ibni almarhum Tuanku Muhammad.

Berikutan kemangkatan baginda Tuanku Abdul Rahman pada 1 April 1960, Sultan Hisamuddin Alam Shah pula dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong kedua.

Lima bulan kemudian, baginda pula mangkat pada 1 September 1960 setelah gering selama 27 hari lalu pemerintahan Selangor diterajui oleh putera sulung baginda Raja Abdul Aziz sebagai Sultan Selangor yang bergelar Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Kesultanan Selangor di bawah pemerintahan Sultan Salahuddin banyak meninggalkan perubahan yang membanggakan rakyat lantas baginda tetap kekal dalam kenangan selepas kemangkatan baginda di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Jalan Ampang, di sini semalam.

Anakanda Almarhum, Tengku Idris Shah pada 22 November 2001 dimasyhurkan sebagai Sultan Selangor kesembilan.

http://www.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/agongmangkat/index.asp?y=2001&dt=1122&pub=Agongmangkat&sec=Rencana&pg=re_02.htm

Gemukkkkkkk Publish time 22-4-2007 12:29 PM

Hutan Simpan Temenggor bebas pembalakan
Oleh ANGELINA SINYANG (WARTAWAN UTUSAN)

ISU kemusnahan kawasan hutan hujan tertua dunia berusia 130 juta tahun di Lembah Belum-Temenggor akibat kegiatan pembalakan tidak terkawal bukanlah baru sehari dua diperkatakan.

Masalah alam sekitar yang berkait rapat dengan kepentingan ekonomi negeri Perak ini pernah disensasikan oleh Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dalam media pada April lalu.

Bukan niat mahu mendedahkan kelemahan kerajaan negeri dalam menguruskan kawasan pembalakan itu tetapi MNS ikhlas mahu menyelamatkan khazanah alam yang menjadi kediaman beribu-ribu spesies hidupan liar dan tumbuhan, malah 憈angki simpanan air dan oksigen

Gemukkkkkkk Publish time 22-4-2007 12:50 PM

lepas geram!!! hehehehe... ;P :lol: :lol:2lol:


Berita Joran: Kayuhan Zamzuri tarik perhatian :--> kayuh 150km woh!!sila scroll down ye.. tak sempat nak adjust link :$


Jejak: Tragedi Pos Dipang :--> mengimbau tragedi lama


MAIAMP mampu kutip zakat RM150j setahun :--> kalau la semua bayar zakat di perak dan duit tu digunakan sewajarnya :pray: mesti takde yang susah di perak kan? :D :clap:


Schoolnet perlu utama sekolah Orang Asli: Exco :--> alhamdulillah, sepatutnya kita sebegini..berimankah kita kalau abaikan diorang?


PGA bantu bina rumah penduduk miskin


Kontroversi menanam al-Quran di Kutub Utara :--> bangang betul idea tanam quran tu, in the first place.. :tembak: :@


MRCB, UPM bangunkan taman tani di Perak


Terima kasih semua pihak membantu saya

shahx Publish time 29-4-2007 05:27 PM

Bangkai cicak dalam bubur

Oleh RAVALE SAVARINATHAN

TELUK INTAN: Seorang pemandu lori yang leka menikmati bubur kacang bersama isteri dan adik iparnya di sebuah gerai di sini, kelmarin, muntah apabila terkunyah bangkai cicak di dalam bubur berkenaan.



N Ruban, 23, dari Johor Bahru, datang ke bandar ini untuk menyambut perayaan Sithraparuvom, Selasa ini, dan kesempatan itu digunakan untuk mengunjungi gerai bubur kacang yang dikatakan antara paling enak di daerah ini kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.

揔ami memesan tiga mangkuk bubur kacang. Ketika makan, saya terasa sesuatu dalam mulut dan apabila mengeluarkannya, saya terkejut mendapati benda yang saya kunyah itu ialah kepala cicak, menyebabkan kami termuntah,

Gemukkkkkkk Publish time 2-5-2007 12:59 PM

29 April, 2007 15:02 PM
Lapangan Terbang Ipoh Tempat Berlepas Ke Angkasa Lepas?
Oleh Ahmad Shukran Shaharuddin

SEREMBAN, 29 April (Bernama) -- Lapangan Terbang Ipoh atau nama rasminya Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) telah dicadangkan oleh sebuah kumpulan pakar runding pelancongan angkasa lepas supaya dijadikan tapak pelepasan "perjalanan ke angkasa lepas" bagi memenuhi permintaan dalam bidang pelancongan angkasa lepas pada masa depan.

Pengarah Space Future Consulting Dr Patrick Collins berkata cadangan itu telah dikemukakan oleh syarikatnya kepada kerajaan negeri Perak pada 1999.

Antara cadangan itu, menurut Dr Collins, ialah di peringkat awal ia tidak akan dibangunkan sebagai lapangan terbang untuk pesawat ke angkasa lepas tetapi sebagai tempat untuk melakukan penerbangan ujian sebelum penumpang dibenarkan menaiki pesawat yang akan membawa mereka ke angkasa lepas.

Katanya LTSAS dipilih kerana kurang sesak dengan penerbangan pesawat berbanding Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang dan sebagai tempat untuk penerbangan ujian bagi projek yang lebih besar pada masa depan, ia boleh direalisasikan.

Dr Collins, seorang pensyarah di Jabatan Dasar Alam Sekitar di Universiti Azabu, Jepun, berkata pemilihan LTSAS juga disebabkan lokasinya yang terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia dan kerana terdapatnya perkhidmatan pengangkutan yang baik.

"Walaupun bunyinya seperti satu cita-cita yang terlalu tinggi untuk dicapai tetapi ia boleh dilakukan. Sebagai contoh, 20 tahun dahulu tidak ramai daripada kita yang menggunakan telefon bimbit tapi hari ini ia sudah menjadi perkara biasa sahaja," katanya kepada Bernama.

Dr Collins yang menjalankan agensi perunding mengenai pelancongan angkasa lepas berkata kos awal projek itu ialah RM100 juta untuk menubuh dan melakukan 100 penerbangan ujian dengan pesawat angka lepas yang dipanggil "Ascender", yang boleh membawa pelancong dan angkasawan serta boleh digunakan untuk menjalankan uji kaji sains pada ketinggian sehingga 100km dari bumi.

Beliau berkata pesawat untuk mengelilingi suborbit bumi itu akan dibina oleh Bristol Spaceplanes Limited, England, yang menggunakan enjin jet untuk berlepas, mendarat dan naik secara menegak, yang akan membolehkan orang awam mengunjungi ruang angkasa lepas sebenar.

Dr Collins berkata pada November 2004, Menteri Besar Perak Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali mengumumkan bahawa kerajaan Perak telah membenarkan LTSAS dibangunkan sebagai sebuah lapangan terbang untuk tujuan pelancongan angkasa lepas, yang merupakan pengumuman pertama seumpamanya oleh sebuah kerajaan negeri di sebuah negara sedang membangun mengenai projek pelancongan angkasa lepas.

"Kami telah mencadangkan supaya inisiatif ini dijalankan secara usaha sama menerusi sebuah konsortium yang turut mengandungi syarikat tempatan. Kami juga telah menemui Jabatan Penerbangan Awam dua kali berkenaan cadangan ini kerana kami memerlukan lesen daripada mereka untuk beroperasi," katanya.

Bagaimanapun, katanya, beliau faham bahawa kerajaan perlu mengkaji perkara itu secara serius terlebih dahulu dan beliau difahamkan cadangan itu telah dikemukakan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

"Malah, penerbangan ujian itu pun mungkin mengambil masa bertahun-tahun sebelum dapat dilakukan tetapi kita kena bermula di sini. Ia satu peluang yang baik bagi Malaysia. Ini adalah satu bidang baru yang akan menjadi pasaran khusus baru dalam bidang pelancongan serta mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baru, dan permintaan dan penawaran dalam ekonomi," tambah beliau.

Beliau berkata sekiranya rancangan dan penerbangan ujian itu dapat dilaksanakan, maka di peringkat awal, penerbangan mengelilingi suborbit bumi akan dijalankan sebelum penerbangan mengelilingi orbit di angkasa lepas dilakukan.

"Kami telah menjalankan kajian dan penyelidikan dan satu perjalanan suborbit akan membabitkan kos sekitar RM10,000 ke RM20,000 seorang dan ini dianggap sebagai sesuatu yang termampu," katanya.

Beliau berkata industri penerbangan dan angkasa lepas di Eropah malah sedang mempertimbangkan untuk membina hotel dan tempat penginapan di angkasa lepas bagi membolehkan pelanggan bermalam semalam dua di sana.

-- BERNAMA --

Gemukkkkkkk Publish time 2-5-2007 01:02 PM

Sunway City Ipoh In Tie-up To Woo Korean Senior Citizens
IPOH, April 25 (Bernama) -- Sunway City Ipoh Sdn Bhd (SCI) and CI Korea Ltd are joining forces to present Malaysia as an ideal second home for South Korea's senior citizens.

SCI senior general manager Ong Pang Yen said today his company is clearing a 4.4 ha site at Tambun here to build apartments and houses to serve as second homes for South Koreans aged 65 and above.

The project involving about 460 houses is targeted at senior citizens from the town of Hong Cheong, he told a press conference here after signing a memorandum of understanding (MoU) between SCI and CI Korea at the Ipoh City Hall.

The Korean firm was represented by its vice president, Deok Su Yu. The event was witnessed by Ipoh City Council secretary Roshidi Hashim.

Ong felt the project is viable as it incorporates various recreational facilities that are second only to those in the Klang Valley.

"With the MoU we will work with CI Korea Ltd on a study on how to promote the project," he said. "The study will take about three months before the project development takes off.

"The cooperation between SCI and one of the best-known realty companies in South Korea proves that Sunway City is the best property developer and tourism promoter in this city."

According to Ong, CI Korea has developed Hong Cheong as a town for senior citizens.

He also disclosed that SCI will invest another RM700 million to develop various facilities in this tourist, recreation and residential project.

This is in addition to the RM500 million being spent to develop property, recreational and tourism projects which are due to be completed by 2010.

CI Korea's Deok said his company has bought 602 houses at Sunway in Petaling Jaya for sale to South Koreans, driven by the fact that houses are costly in that country and that about 10 percent of the South Korean population comprises those aged 65 and more.

The buyers of houses at Sunway PJ will be offered four-day three-night free stays at apartments in Sunway Ipoh every month.

He described the housing and other facilities here as more attractive than those in Thailand and the Philippines.

-- BERNAMA --

Gemukkkkkkk Publish time 2-5-2007 01:04 PM

http://i21.photobucket.com/albums/b278/tedtmc/IMG_0483b.jpg

Gemukkkkkkk Publish time 2-5-2007 01:06 PM

Perak Woos Indian Steel Co To Produce Sponge Iron
By P. Vijian

CHENNAI, April 18 (Bernama) -- While Malaysian companies are busy venturing into the robust Indian market that offers plenty of investment opportunities, a Perak-based company is doing the reverse.

Home-grown Ipoh Recycling Sdn Bhd will soon have a joint venture with India's listed A.R.S Metal (Pte) Ltd to mine iron ore and process sponge iron, a raw material used in the steel industry and an alternative to scrap iron.

Perak State Industrial Development, Entrepreneur and Cooperatives Development chairman Datuk Ramly Zahari said the total investment of the proposed project is estimated to be RM150 million (US$43.5 million) over five years.

"We will benefit from the transfer of technology from India and this project will easily create 500 to 1,000 jobs in the state. This will be a major heavy industry for Perak," he told Bernama after leading a 10-man delegation to Chennai to inspect and assess the venture.

"Besides being a major foreign direct investment for Perak, the project will generate a lot of downstream activities like billets casting for rolling mills and boost the logistics sector."

A memorandum of understanding is expected to be concluded in June while the project is likely to take off in October.

The state government, he added, has earmarked about 39.7 ha in the Kuala Kangsar area for the project, plus an additional 129.5 ha for future expansion.

The Perak State Development Corporation will coordinate and facilitate the project which, once commissioned, can meet one to two per cent of the local demand for sponge iron for the seven leading steel mills in the country

At present Malaysia imports about 200,000 tonnes of scrap metal, valued at almost RM258 million) every month to meet domestic demand.

Ramly said Ipoh Recycling had carried out extensive research on the viability of the project since 2002 and identified A.R.S. as its potential partner as the company has an edge in the steel industry with more than 25 years experience and also has the technology to produce sponge iron.

A.R.S. is a pioneer in the manufacture of thermo-mechanically treated bars and coal-twisted deformed bars for the Indian construction industry.

The Perak company will have a 51 per cent stake in the joint venture with the Indian company having 49 per cent.

"The project will earn about RM13 million (US$4 million) over five years besides benefits from other finished steel products," he added.

-- BERNAMA

Gemukkkkkkk Publish time 2-5-2007 01:08 PM

Ipoh goes one up on Cyberjaya
By Karamjit Singh
Email us your feedback at fd@bizedge.com


It has always been a curious paradox that while Cyberjaya stands for Malaysia's next generation leap into technology as a key pillar of the economy, the city itself lacks certain facilities one takes for granted in a smart city. To start with the most basic, it doesn't offer city-wide wireless broadband access. Mind you, this was brought up way back in 2001 by an International Advisory Panel member.

Cyberja folks can now look at Ipoh with envy as that city has become the first in Malaysia to go wireless. In a smart partnership between the state government, Internet service provider Jaring and The Red Snapper (M) Sdn Bhd (a wireless mobility cell-WiFi company), a plan to turn Perak into a wireless state took a giant step forward late last month with the launch of Wireless Ipoh.

It was no media gimmick, with a WiFi zone in one area and the promise to roll out more. Instead, the city of Ipoh and its suburbs boast 23 access points covering 18 locations. The promoters do not claim the city is fully covered but are confident they have achieved meaningful coverage for Ipoh citizens. This is not only Phase 1 of the Wireless Perak plan that was approved in 2006, but also Perak MSC's (Multimedia Super Corridor) flagship venture. The goal is to cover 70% of the populated areas in the state.

Designated public areas have free Internet access, in this case Padang Ipoh and Seenivasagam Park, while subsidised access will be offered to students and disadvantaged sections of society. Businesses and consumers will be offered reliable and high speed access at competitive rates.

One thing that leaps out at you in this whole plan is the cost. Malaysians, who are generally accustomed to inflated costs when it comes to government projects, may be shocked to find out that Wireless Perak will only cost RM2.46 million. Not that nobody tried to get a sweet deal for themselves. One party is said to have approached the state government to cover only Ipoh with wireless broadband
Pages: 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 [12] 13 14 15 16 17 18 19 20 21
View full version: BERITA PERAK DI MEDIA-MEDIA


ADVERTISEMENT