mutantninja03 Publish time 7-3-2007 12:45 AM

Ini cerita pasal new budget airline.....rasanya tak berapa bagus untuk Perak (Ipoh khususnya)
Dengar cerita budget carier ini mungkin Asmara Air yang diterajui usahawan dari Perak tu.

Bukan kah Air Asia dah establish hub kat Penang dah?? Awat nak buat lagi kat situ pulak ??
Patutnya bagi chance kat bandar bandar besar lain pulak untuk ada budget carrier hub nie.
Contohnya mungkin.... Ipoh, Langkawi, Kota Baru, Kuantan connecting to KT, JB or Singapore, Kucing, Miri, Brunei, KK, Tawau & Asean Region selain KLIA. Dengan cara ini, competition pun tak adalah sampai membunuh dan nikmat pembangunan akan dirasai sama rata di seluruh negara. Guna jer jet aircraft yang lebih kecil (contohnya embraer jets dari Brazil yang dah berpuluh tahun dah diguna di Amerika secara meluas)kalau takut sangat kurang sambutan penumpang. Rasa aku tak mungkin kurang sambutan kalau memang betul budget fare !

Tapi menteri pengangkutan yang sekor nie memang aku tak berkenan bebenor.. err nampak cam ada kurengg sket ! :I..... No...make that kurenggggg banyak !:lol:


New airline to boost passenger traffic at Penang airport
By Marina Emmanuel
marinae@nstp.com.my

March 5 2007

THE current under-capacity of the Penang International Airport in Bayan Lepas is set to change this year, with the entry of a new local airline.
It is learnt that the airline, which may be a subsidiary of Malaysia Airlines (MAS) and called "FireFly", is currently awaiting its air services permit from the authorities and could be launched as early as this month.
Among others, the airline is required to convince the approving authorities of its customer service and safety capabilities, along with the number of personnel available to manage its operations.
A source told the Business Times that the Penang airport, designed to accommodate five million passengers per year, was operating below its capacity at the moment.
"Last year, only three million passengers used the airport so there is ample room for more," the source said.
MAS has confirmed that it is planning to set up a new domestic and regional operation to service the premium travel market, using the Penang airport as its base.
Codenamed ";Project Firefly", MAS is reported to use Penang as a hub to service holiday destinations like Langkawi, Phuket and Medan, along with local destinations like Kota Baru and Kuala Terengganu.
Ahead of the new airline's entry, works are already underway to increase the number of check-in counters at the airport.
"There are currently 32 such counters but these have proven to be inadequate, so works have started for another 25-32 additional counters via a southwards expansion of the terminal building, the source said.
Meanwhile, it is also learnt that Penang's new low-cost carrier terminal is likely to be sited north of the existing passenger terminal building.
Chief Minister Tan Sri Dr Koh Tsu Koon announced last month that the Penang Government is in talks with Malaysia Airports Holding Bhd and the Department of Civil Aviation on land for a budget terminal in Bayan Lepas.
It is learnt that AirAsia has asked the State Government to donate the land.
The budget airline is also believed to be asking for rights to be the licensed operator to keep costs low for its passengers.

[ Last edited bymutantninja03 at 7-3-2007 12:53 AM ]

Gemukkkkkkk Publish time 7-3-2007 09:57 AM

Wednesday March 7, 2007


G.K. Goh unit buys 13.6% stake in Tasek

SINGAPORE: G.K. Goh Holdings Ltd, a futures and foreign exchange brokerage in Singapore, said its unit bought 13.6% of cement producer Tasek Corp Bhd for about RM86mil (US$24.5mil).

G.K. Goh抯 wholly-owned unit Canistel Pte Ltd bought 24.9 million shares in Tasek for RM3.43 each, 4.6% higher than its closing price of RM3.28 yesterday.

The company said in a statement to the Singapore Stock Exchange that Tasek shares were not actively traded on the Malaysian stock exchange and it would not have been possible to buy the stocks at market prices.

Tasek, controlled by Tan Sri Quek Leng Chan, is set to benefit as implementation of projects under the Ninth Malaysia Plan would boost cement demand, G.K. Goh said.

Tasek抯 profits may also rise this year after the Malaysian government approved an average increase of 10% in the maximum price of cement, it added.

kebayan Publish time 8-3-2007 08:57 AM

Pelajar lahirkan anak di sekolah
IPOH 7 Mac - Sebuah sekolah menengah di Seri Manjung dekat sini gempar apabila seorang pelajar tingkatan empat melahirkan anak di bilik rawatan sekolah itu, semalam.

Pelajar perempuan berusia 16 tahun itu pada mulanya mengadu sakit perut dan meminta dikecualikan daripada latihan sukan lalu dihantar ke bilik rawatan oleh seorang rakan yang tidak menyedari dia sebenarnya sakit hendak bersalin.

Remaja berkenaan yang ditinggalkan bersendirian dipercayai melahirkan seorang bayi perempuan kira-kira pukul 1.30 tengah hari, bagaimanapun bayi itu meninggal dunia.

憫Guru tidak sedar remaja itu sudah melahirkan anak semasa menghantarnya ke hospital kerana bayi disorok dalam beg berisi pakaian pelajar itu yang disimpan dalam kereta,

Pikir Publish time 8-3-2007 09:09 AM

Reply #203 kebayan's post

bayi disorok dalam beg berisi pakaian pelajar itu yang disimpan dalam kereta

kereta sapa ni? tak kan budak 16 tahun dah bawak keta ke sekolah?? mana leh amik lesen lagi?:hmm:

Gemukkkkkkk Publish time 8-3-2007 09:12 AM

Reply #204 Pikir's post

dalam kereta cikgu tu le kot?adehhh dehhh kenapa la jadi camni :(

kebayan Publish time 8-3-2007 09:29 AM

Reply #204 Pikir's post

takkan le tak perasan perut budak tu yek? atau budak tu memang jenis gemuk buncit? ate senang beno beranaknye.........

Gemukkkkkkk Publish time 8-3-2007 09:46 AM

aku baca kat CI tadi, ramai pulak forummer ceritakan cemana kengkawan diorang pregnant semasa umur sebegini tanpa disedari..ada yang disebabkan saiz/rangka badan yang kecil, ada yang pakai baju sejuk/sweater yang sememangnya longgar, etc..

tapi yang lebih risaukan aku ialah ramainya forummer yang ada pengalaman camtu.. adakah maksudnya mende camni makin berleluasa menjadi norma masyarakat pulak?

Gemukkkkkkk Publish time 12-3-2007 08:50 AM

Penghuni pusat serenti tertekan asrama daif
Oleh Norfatimah Ahmad

SUNGAI SIPUT: Penghuni di beberapa pusat serenti mengakui pernah merancang melarikan diri kerana tidak tahan dengan keadaan asrama yang tidak selesa dan daif.

Seorang penghuni di Pusat Serenti Perlop dekat sini, dikenali Adnan, 30, berkata program di pusat serenti itu memang padat, tetapi keadaan prasarana yang serba kekurangan menyebabkan ada penghuni yang tertekan.

揗alah ada yang beberapa kali merancang untuk melarikan diri kerana tidak tahan dengan keadaan di sini,

apouy Publish time 13-3-2007 11:56 PM

Keliru penanda arah

Oleh Hafizan Taib
am@hmetro.com.my

KUALA KANGSAR: Sekumpulan 11 ahli kelab rekreasi dari Ipoh yang tersesat hampir 18 jam di Gunung Keledang di sini, kelmarin, terkeliru dengan 憄enanda

Gemukkkkkkk Publish time 14-3-2007 12:04 AM

ni semua macam geng hash house harriers/harriettes je..

apouy Publish time 14-3-2007 12:08 AM

Reply #210 Gemukkkkkkk's post

amenda tuh??? :o

Gemukkkkkkk Publish time 14-3-2007 12:35 AM

Reply #211 apouy's post

lebih dikenali sebagai geng 3h..diorang ni jenis suka buat larian cross-country sebegini dengan gunakan white markers (kertas biasanya) sebagai penanda jalan..3h ni international punya geng yang sama minatnya..asalnya ialah lepas lari, mesti ramai-ramai togok bir..tapi di malaysia ni, ada la ditukar sedikit (untuk muslim runnners yang tak minum la)..

kalau taip hash house harriers kat google, mesti banyak info boleh dapat..

mutantninja03 Publish time 15-3-2007 12:39 AM


Dah tak ada benar alternatif lain ke (such as sungai sungai di Perak) sampai terdesak sangat nak leburkan duit rakyat RM 3.8 billion + hapuskan alam semulajadi + susahkan penduduk asli. Jangan jadi bodoh sombong udahler Pak Lah. Ikut kan sangat ragam si Toyo & geng. Yang tak sedap dengar tu, ada jugak yang mengatakan projek ini hasil lobi penyokong penyokong Cek Det.
Betul ke nie ??


Pembinaan Empangan Kelau Berkemungkinan Dilaksana
http://bpms.kempen.gov.my/images/M_images/printButton.png http://bpms.kempen.gov.my/images/M_images/emailButton.png OSAKA, 8 Mac (Bernama) -- Pembinaan Empangan Kelau di Pahang yang bertujuan membekalkan bekalan air mentah ke Selangor dan Lembah Klang berkemungkinan besar akan dilaksanakan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.



Beliau berkata pembinaan empangan itu berkemungkinan dilaksanakan memandangkan kerajaan telah menandatangani perjanjian dengan Japan Bank for International Cooperation (JBIC).

"Kita telah menandatangani perjanjian dengan Jepun. Kemungkinan besar kita akan melaksanakannya. Bagaimanapun, kita akan mengkaji kesannya dari segala aspek," katanya kepada wartawan Malaysia pada hari terakhir lawatan empat harinya ke Jepun.

Katanya masalah bekalan air di Selangor dan Lembah Klang dijangka mencapai tahap kritikal pada 2010 dan 2011 dan pembinaan empangan tersebut akan membolehkan negara membuat persediaan awal.

"Mahu tidak mahu, kita terpaksa membuat persediaan awal," katanya, sambil menambah kata bahawa kajian mengenai pembinaan dan kesannya terhadap alam sekitar serta faedah terhadap negara akan dilakukan dengan terperinci.

Februari lepas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Azmi Khalid berkata Kajian Penilaian Alam Sekitar (EIA) terhadap projek Empangan Kelau sudah dilaksana dan diluluskan.

Empangan, yang mempunyai kawasan takungan seluas 2,300 hektar, apabila siap kelak berupaya memindahkan kira-kira 1.5 bilion liter air sehari ke Sungai Langat, Selangor untuk kegunaan lebih lima juta penduduk di negeri itu, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Bagaimanapun, projek tersebut mendapat bantahan penduduk sehingga sebuah jawatankuasa bertindak diwujudkan dan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Turut membantah ialah aktivis alam sekitar kerana bimbang pembinaan empangan tersebut akan menjejaskan khazanah alam dan hutan negara.

Empangan bernilai RM3.8 bilion itu bakal memberi laluan kepada pembinaan terowong air sepanjang 45 km merentasi Banjaran Titiwangsa dari Pahang ke Selangor yang dijadual dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.

Timbalan Perdana Menteri akan berlepas ke Korea Selatan dari Lapangan Terbang Kansai, Osaka petang ini untuk meneruskan lawatan rasmi luar negaranya.



[ Last edited bymutantninja03 at 15-3-2007 12:40 AM ]

TUKANGKEBUN Publish time 15-3-2007 08:32 AM

BERITA HARIAN 15 MAC 2007

2 beranak dakwa dapat 24 1A SPM
Oleh Rasheffa Abdul Rashid


IPOH: Ketika media ghairah menonjolkan kejayaan pelajar terbaik Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2006, dua beranak di sini dikesan cuba menipu keputusan peperiksaan itu apabila mendakwa memperoleh 24 1A.





Penipuan bapa dan anak itu terbongkar selepas Ketua Biro Tamil Nesan Ipoh, S B Bala meminta Jabatan Pendidikan Perak mengesahkan keputusan peperiksaan mereka.

Lelaki berusia 53 tahun itu menjemput pemberita akhbar berbahasa Tamil ke rumahnya bagi memaklumkan keputusan peperiksaannya serta anaknya yang berusia 13 tahun, sekali gus menimbulkan pelbagai pertanyaan di kalangan warga media lain.

Pengarah Jabatan Pelajaran Perak, Datuk Ir Mohammed Zakaria Mohd Noor, sendiri terkejut apabila dimaklumkan bahawa lelaki itu menghubungi akhbar berkenaan bagi mendapat liputan mengenai kejayaan dia dan anaknya memperoleh 24 1A serta lulus 100 peratus dalam semua mata pelajaran SPM 2006.

Lelaki itu yang dikatakan seorang jurutera, mendakwa menduduki peperiksaan itu sebagai calon persendirian, manakala anaknya dari sebuah sekolah terkenal di sini.

揝iasatan kami mendapati tiada calon seperti ini di mana-mana sekolah di Perak dan berdasarkan nombor kad pengenalan, pelajar berkenaan pula hanya berusia 13 tahun.

揝alinan slip peperiksaan kedua-dua calon itu juga disahkan palsu. Ia jelas ditaip sendiri dan banyak kesalahan ejaan serta tiada logo kementerian.

揝elain itu, slipnya panjang sehingga dua muka dan ada ucapan tahniah serta jumlah peratusan lulus berbanding format slip sebenar yang tiada semua ciri ini,

apouy Publish time 17-3-2007 03:03 PM

Redah api selamat adik

Oleh Mohd Idris Sulaiman
am@hmetro.com.my

PARIT: Seorang remaja perempuan bertindak sebagai wira apabila meredah api dan asap tebal bagi menyelamatkan dua adiknya dalam kebakaran yang memusnahkan rumah mereka di Kampung Padang Bola, dekat sini, kira-kira jam 5 pagi kelmarin.



Dalam kejadian berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Mohamad, Siti Hajar Rosli, 15, ketika itu bersama duaadik dalam rumah kerana ibu mereka bekerja.

Siti Hajar berkata, dia bersyukur kepada Tuhan kerana berjaya menyelamatkan dua adiknya, Mohd Syahid, 7, dan Siti Hawa, 8, yang ketika itu tidur di ruang tamu.

Menurutnya, kejadian itu disedari apabila dia ternampak sesuatu bercahaya sebelum mendapati api sedang membakar rumah.

揝ebaik menyedari api, saya berlari ke bilik air untuk mendapatkan air bagi memadamkan kebakaran, namun gagal kerana api merebak dengan cepat.

揝aya terfikir sudah tiada pilihan lain dan nekad meredah asap tebal dan api untuk mengambil Mohd Syahid dan Siti Hawa yang lena di ruang tamu bagi menyelamatkan mereka.

揔ami terus berlari ke rumah jiran untuk mendapatkan bantuan dan menghubungi bomba,

apouy Publish time 17-3-2007 03:09 PM

Mahkamah Majistret: Shidee didenda RM2,000

TELUK INTAN: Mahkamah Majistret Teluk Intan, di sini, semalam menjatuhkan hukuman denda RM2,000 ke atas penyanyi, Shidee atau nama sebenarnya Rashid Abdul Wahab atas kesalahan menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki kira-kira empat tahun lalu.

Majistret Sunita Kaur Daljit Singh Jessy membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menyangkal dakwaan pihak pendakwa.

Sunita Kaur mengarahkan tertuduh membayar denda berkenaan dan sekiranya gagal berbuat demikian, penyanyi itu boleh dikenakan penjara dua bulan.

Shidee, 48, berasal dari Kampung Sungai Lancang, Bagan Datoh, didakwa mendatangkan kecederaan ke atas Abdul Rahman Ani (ketika itu berusia 41 tahun) di hadapan sebuah rumah di 17F, Kampung Kunci Air Mati, Selekoh, Rungkup, Bagan Datoh, jam 1 pagi, 27 Mei 2003.

Sebelum ini, di mahkamah sama, Sunita Kaur membebaskan Shidee pada 27 Mei 2004 daripada kesalahan mengikut Seksyen 324 kanun sama kerana sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata iaitu sebilah pisau kecil.

apouy Publish time 17-3-2007 03:14 PM

Wan Sherkawi gimnas terbaik

Oleh Nor Hairulnizam Wahid

PERALIHAN kategori tidak menghalang gimnas Perak, Wan Sherkawi Wan Zahari, 14, muncul peserta terbaik keseluruhan Kejohanan Gimnastik Artistik Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) bagi kategori bawah 15 tahun, yang berakhir semalam.

Wan Sherkawi yang sebelum ini turut cemerlang bagi penyertaannya ketika mengikuti kejohanan sama dua tahun lalu, memperbaiki reputasinya dengan memperolehi empat emas dan dua perak biarpun pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Jambu, Taiping itu perlu berhadapan dengan peserta lebih senior.

Empat pingat emas yang diperolehinya menerusi acara individu keseluruhan, melombol, kekuda berpelana dan gegelung roman manakala dua perak diraih melalui acara berpasukan dan palang sejajar.

Menurutnya, dia sendiri tidak menyangka dapat menunjukkan pencapaian cemerlang kerana berhadapan dengan pencabar lebih senior bagi kategori baru itu.

Sebelum ini, bagi kategori bawah 12 tahun di Melaka, dia berjaya memungut empat emas, dua perak dan satu gangsa tetapi pencapaiannya merudum pada penyertaannya di Kelantan selepas itu dengan hanya memperolehi dua emas, dua perak dan satu gangsa.

Katanya, kejayaan itu hasil usaha gigih sejak awal tahun ini di bawah bimbingan guru sekolah serta jurulatih China, Du Xuangzi.

揚ada awalnya, saya hanya mahu melihat kemampuan saya bersaing dengan peserta senior dalam kategori ini tetapi tidak menyangka akan menyerlah lebih awal,

in2eryn Publish time 22-3-2007 08:02 AM

2 maut dihempap batu
Oleh Mohd Feroz Abu Bakar


IPOH: Dua pekerja kuari maut selepas beberapa bongkah batu dan tanah runtuh menghempap mereka ketika melakukan kerja menggerudi di Bukit Terundum, Kilometer 16, Jalan Simpang Pulai-Kampung Raja, dekat sini, semalam.





Shafizul Azhar Fadzil, 35, dan Abdul Rashid Shafie, 42, meninggal dunia di tempat kejadian ketika mereka melakukan kerja di kuari milik Amerys Honaik (M) Sdn Bhd (Amerys Honaik).

Seorang lagi pekerja, Baharudin Abd Hamid, 35, bagaimanapun hanya cedera di kaki kanan dan menerima rawatan pesakit luar di Hospital Ipoh, manakala rakannya yang hanya dikenali Norham terselamat.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Jalaludin Ibrahim, berkata polis menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan syarikat itu jam 9 pagi dan memulakan operasi mencari bersama anggota bomba dan penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam 3 (JPA3).

Beliau berkata, mayat Abdul Rashid dijumpai jam 4.10 petang, manakala Shafizul masih belum ditemui sehingga lewat petang.

"Kejadian bongkah batu dan tanah runtuh ini berlaku dipercayai kerana struktur bukit tidak stabil disebabkan hujan lebat malam tadi (malam kelmarin)," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, di sini, semalam.

Tinjauan Berita Harian di tempat kejadian mendapati operasi mencari mangsa menggunakan jenkaut hanya bermula jam 3.45 petang.

Terdahulu, beberapa anjing dari Unit Pengesan, Bomba dan Penyelamat digunakan bagi mencari mangsa yang dipercayai terperangkap dan berkemungkinan masih hidup.

Kerja mencari menggunakan anjing bermula jam 9.30 pagi sebelum polis memutuskan untuk menggunakan jenkaut selepas yakin tiada mangsa terselamat.

Sementara itu, Naib Presiden Amerys Honaik (Asia Pasifik), Jonathan F Wilson dalam satu kenyataan di sini, semalam, berkata semua operasi di kuari itu dihentikan serta-merta bagi operasi menyelamat.

Gemukkkkkkk Publish time 7-4-2007 01:40 PM

wehh jom update!ini jadi arkib perak wehh!

koo_nit Publish time 9-4-2007 02:36 PM

Sapa la yang dok buat naya kat abangla tu

50 Bangla kebuluran
Oleh Ravale Savarinathan
am@hmetro.com.my

TELUK INTAN: Lima puluh lelaki warga Bangladesh yang kelaparan sejak lima hari lalu selepas dipercayai ditinggalkan ejen diselamatkan di sebuah rumah di Batu 6 1/2 Jalan Maharajalela di sini, kelmarin.


Semua warga asing yang keletihan dan kurang bermaya itu ditemui di rumah papan dua tingkat oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak selepas menerima maklumat, kira-kira jam 6.30 petang.

Siasatan awal mendapati ejen yang membawa pekerja terbabit dikatakan menjanjikan mereka pekerjaan di sebuah kilang di Cameron Highlands tetapi terpaksa bekerja di ladang kelapa sawit.

Selepas tidak puas hati dengan keadaan itu, ejen terbabit kemudian menyerahkan 50 lelaki warga Bangladesh berkenaan kepada ejen lain di Teluk Intan.

Difahamkan, setiap warga asing terbabit sebelum ini dijanjikan gaji RM30 sehari untuk bekerja di kilang oleh ejen terbabit, bagaimanapun hasrat mereka tidak kesampaian.

Seorang daripada 50 mangsa yang enggan dikenali, berkata ejen itu berjanji mendapatkan mereka pekerjaan di kilang namun tidak ditunaikan selepas sebulan berada di negara ini.

Menurutnya, ejen berkenaan hanya membekalkan makanan untuk beberapa hari dan tidak muncul lagi selepas itu.

揔ami makan pucuk kelapa dan pucuk ubi yang terdapat di sekeliling rumah. Kadangkala rakan kami dari kilang berdekatan menghulurkan bantuan makanan.

揘amun, ia tidak mencukupi bagi menampung 50 orang dan kami juga tidak berani keluar rumah kerana tiada seorang pun memiliki dokumen perjalanan kerana disimpan ejen,
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 [11] 12 13 14 15 16 17 18 19 20
View full version: BERITA PERAK DI MEDIA-MEDIA


ADVERTISEMENT