Gemukkkkkkk Publish time 2-5-2007 01:09 PM

Perak Aims To Attract RM1 Bln Foreign Direct Investment

TANJUNG MALIM, April 7 (Bernama) -- Perak is aiming to attract RM1 billion in foreign direct investment (FDI) this year, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Tajol Rosli Ghazali said today.

Last year, the FDI inflow to the state amounted to RM700 million, he said.

"We will be happy if it can touch RM1 billion (in terms of FDI)," Tajol Rosli said after officiating Miyazu Malaysia Sdn Bhd's tooling and dies plant here.

Among others, he added, the state government will offer affordable land for investors to set up their manufacturing plants or businesses.

On another development, Tajol Rosli said if everything goes well, the Perak Hi-Tech Park, which comes under the Ninth Malaysia Plan, will take off in 2008.

The largest investment in the area will be a factory manufacturing liquid crystal display (LCD) costing about RM4 billion, he said.

-- BERNAMA

Gemukkkkkkk Publish time 2-5-2007 01:11 PM

Kompleks akademi penerbangan di Ipoh
Oleh ABDUL RAZAK DIN

IPOH 9 April

Gemukkkkkkk Publish time 2-5-2007 01:13 PM

Meredah gua batu kapur Tambun
Oleh Hafizan Taib

Lost World of Tambun popularkan kawasan alam semula jadi di pinggir Ipoh untuk tarikan pelancong asing

KESEMPATAN yang diberikan pihak pengurusan taman tema air Lost World Of Tambun (LWOT) di Ipoh, Perak kepada sekumpulan wartawan dengan menyertai kem perkhemahan selama dua hari, baru-baru ini sukar digambarkan dengan kata-kata.

Pengalaman perkhemahan itu adalah satu peluang yang tidak selalu hadir dan meskipun pelbagai kesukaran ditempuh, ia menjadi pengalaman manis buat mereka.

Pengalaman menarik itu turut dikongsi bersama petugas LWOT yang mana mereka bertindak sebagai koordinator dan juru pandu dalam program berkenaan.

Penjelajahan di sekitar kawasan yang kaya dengan alam flora dan fauna, selain hasil tinggalan sejarah itu menyerlahkan pelbagai rahsia dan keistimewaannya yang selama ini tidak diketahui.

Peluang menghabiskan masa di kawasan taman tema air yang dikelilingi gunung dan gua batu kapur semula jadi turut memberi peluang kepada setiap peserta mengambil gambar sebagai kenangan berlatar belakangkan alam semula jadi yang menarik.

Kawasan gunung dan gua batu kapur di Tambun, Perak itu adalah satu kawasan menarik yang dikatakan penempatan awal manusia yang hidup di zaman pra sejarah.

Ini dibuktikan dengan beberapa lukisan purba peninggalan sejarah lampau termasuk lakaran dugung pada dinding gua di kawasan berkenaan.

Pengurus Besar LWOT, Calvin Ho, berkata program terbabit dirancang bagi memberi ruang dan peluang pihak media meninjau dan menikmati keindahan alam semula jadi di samping merasai sendiri pengalaman meredah hutan belantara serta gunung dan gua di sekitar kawasan berkenaan.

Beliau berkata, ia bertujuan mendedah dan mempopularkan kawasan terbabit kepada umum supaya menjadi tarikan bagi pelancong asing dan tempatan berkunjung ke Perak.

"Sememangnya kawasan alam semula jadi seperti ini menarik minat pelancong terutama pelancong asing yang suka menjalankan tinjauan dan kajian mengenainya.

"Pengurusan LWOT berasa perlu untuk mempromosi dan mendedahkan kawasan di sekitar Tambun ini kepada pengetahuan umum supaya ia menjadi lebih popular sebagai destinasi pelancongan," katanya.

Semua peserta yang dibawa meneroka kawasan hutan di sekitar gunung dan gua di Tambun jelas mendapati ia mempunyai tarikan tersendiri dengan panorama mempesona.

Ditambah dengan tumbuhan hijau menghiasi kawasan sekeliling yang mendamaikan pandangan mata selain kewujudan stalaktit dan stalagmit pada beberapa sudut di dalam gua yang mengagumkan.

Beberapa batu di dalam gua kelihatan memiliki bentuk menarik yang ganjil dan aneh dengan identiti tersendiri.

Perjalanan menempuh Terowong Enam Batu (Six Mile Tunnel) di dalam Gua Datuk benar-benar mencabar peserta kerana perlu mengharungi kawasan berair sedalam kira-kira satu meter dengan jarak sejauh 700 meter.

Sepanjang perjalanan kira-kira satu setengah jam dengan diterangi cahaya lampu suluh yang dipasang di topi, peserta dapat merasai segala kepayahan yang pernah ditempuh masyarakat zaman dahulu kala.

Ini kerana laluan terbabit dipercayai pernah digunakan untuk pelbagai tujuan terutama ketika zaman darurat di negara ini.

Namun segala kepayahan dan keletihan tidak melemahkan semangat kerana semua peserta berasa perlu mengharunginya untuk menikmati segala keindahan peninggalan yang terdapat di laluan terowong berkenaan.

Malah, salah satu kewujudan yang menarik perhatian ialah batu kristal pelbagai warna.

Perkhemahan di kawasan gunung dan gua dengan diselang seli pelbagai aktiviti yang perlu disertai setiap peserta banyak membantu mewujudkan suasana ceria di samping mengeratkan hubungan serta semangat setia kawan.

LWOT turut menyediakan pelbagai kemudahan menarik untuk dinikmati orang ramai dengan tarikan utama sebuah kolam berombak seluas 3,200 meter persegi yang dilengkapi tujuh jenis ombak.

Juga disediakan sebatang sungai pengembaraan berombak terpanjang di Asia iaitu sepanjang 600 meter, selain Lembah Harimau yang menempatkan lapan ekor harimau terdiri daripada tiga harimau dewasa dan lima anak harimau.

Harimau dewasa dikenali sebagai Sultan (jantan) manakala harimau betina pula Jessie dan Raima. Lima anak harimau yang membabitkan Putra dan Rana (jantan) serta Aqila, Azian dan Jazz (betina).

Di samping itu, ada empat buah kolam air panas dengan paras suhu antara 40 hingga 50 darjah celsius untuk kemudahan pengunjung.

LWOT dibuka dari jam 11 pagi hingga 6 petang bermula Isnin hingga Jumaat dan antara 10 pagi hingga 6 petang pada Sabtu dan Ahad termasuk cuti umum manakala ditutup pada Selasa.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai LWOT boleh melayari lama web rasmi taman tema air itu di alamat www.sunway.com.my/lostworldoftambun.

FAKTA: Jumlah pelawat
Dibuka kepada umum pada 11 November 2004 dan majlis perasmian disempurnakan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada 12 Jun 2005.

Lokasi di Tambun iaitu di kawasan pinggir bandar dengan jarak kira-kira 10 kilometer dari bandar raya Ipoh.

Taman tema air dengan keluasan 16.2 hektar dan boleh menampung kehadiran lebih 10,000 pengunjung dalam satu masa.

Terletak di dalam kawasan komersial Sunway City dengan keluasan kira-kira 526 hektar.

Lebih 800,000 pengunjung datang ke LWOT sejak ia dibuka.
Bayaran masuk - RM21 (dewasa); RM16 (kanak-kanak); Kanak-kanak di bawah 90 sentimeter (masuk percuma).

Pihak pengurusan juga menawarkan pakej khas secara berkumpulan dengan jumlah minima 30 orang bagi satu kumpulan.

Waktu operasi : Isnin hingga Jumaat (11 pagi - 6 petang); Sabtu, Ahad termasuk cuti umum dan persekolahan (10 pagi - 6 petang).

Ditutup pada setiap Selasa kecuali pada cuti umum dan persekolahan.

Sebuah hotel bajet (Sun Inns Hotel) yang terletak di dalam kawasan Sunway City turut disediakan kepada pengunjung untuk kemudahan penginapan. Menyediakan 40 bilik dengan bayaran RM105 bagi satu bilik.

INFO: Bagaimana ke sana?
Pengunjung yang ingin ke LWOT boleh menggunakan laluan Lebuhraya Utara-Selatan melalui jalan susur keluar Kilometer 139 menghala ke Ipoh, Tanjung Rambutan dan Tambun.

Bagi laluan Jalan Persekutuan boleh merentasi Jalan Sultan Azlan Shah Utara (dari utara) dan Lorong Harimau (dari selatan) sebelum memasuki Jalan Tambun.

Pengunjung boleh menaiki kenderaan sendiri atau teksi dari bandar raya Ipoh kira-kira 15 minit perjalanan.

Gemukkkkkkk Publish time 2-5-2007 01:15 PM

Dua projek perlu dana RM700 juta
Laporan Mohd Feroz Abu Bakar

Taman Teknologi Tinggi Perak, Lebuh Raya Ipoh-Lumut mampu rancakkan pertumbuhan ekonomi negeri

IPOH: Kerajaan Perak memohon peruntukan tambahan RM700 juta dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi melaksanakan dua lagi projek besar untuk merancakkan ekonomi negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali, berkata dana baru itu bagi memulakan pembangunan Taman Teknologi Tinggi Perak dan pembinaan Lebuh Raya Ipoh-Lumut.

Katanya, Taman Teknologi Tinggi Perak dijangka membabitkan perbelanjaan kira-kira RM386 juta, manakala selebihnya bagi pengambilan tanah dan memulakan pembinaan Lebuh Raya Ipoh-Lumut.

Beliau berkata, kerajaan negeri sudah menghantar permohonan itu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri tetapi belum diluluskan oleh kerajaan pusat.

"Saya dimaklumkan permohonan ini akan dipertimbang dalam kajian separuh penggal RMK-9 dan status permohonan akan diketahui tahun depan," katanya ketika menggulung perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri Perak di sini, semalam.

Taman Teknologi Tinggi Perak di Chemor adalah sebahagian daripada fasa kedua pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia, iaitu projek di Cyberjaya yang diperluas ke ke wilayah lain di negara ini.

Antara bandar siber yang sudah diiktiraf status MSC ialah Penang Cybercity 1 dan Kulim High Tech Park di Kedah.

Mengenai pembinaan Lebuh Raya Ipoh-Lumut, Mohd Tajol berkata, laluan baru kira-kira 80 kilometer itu akan memendekkan perjalanan dari bandar raya ini ke Manjung daripada lebih sejam sekarang kepada 30 minit saja.

Katanya, lebuh raya berkenaan akan merancakkan pertumbuhan ekonomi di daerah Manjung dan juga Ipoh.

Beliau berkata, Kerajaan Pusat sebelum ini melantik MRCB bagi menaik-taraf Jalan Simpang Pulai-Lumut membabitkan kerja sambungan Jalan Simpang Pulai ke Jalan Ipoh-Lumut serta melebarkan Jalan Ipoh-Lumut.

"Bagaimanapun, MRCB mencadangkan kerajaan pusat membina lebuh raya baru menghubungkan Ipoh dengan Lumut dengan anggaran kos RM300 juta.

"Kerajaan pusat hanya meluluskan dana sebanyak RM200 juta dan MRCB mendapati peruntukan ini tidak mencukupi, lalu menangguhkan projek terbabit.

"Jadi, kerajaan negeri memutuskan untuk terbabit dalam projek Lebuhraya Ipoh-Lumut dengan memohon geran atau pinjaman tanpa faedah kira-kira RM300 juta," katanya.

Gemukkkkkkk Publish time 2-5-2007 01:17 PM

RM15j diperlukan bersih dua sungai

IPOH: Kerajaan negeri memohon RM15 juta daripada Kerajaan Pusat bagi membersihkan dua sungai utama di negeri ini, iaitu Sungai Kinta dan Sungai Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali, berkata peruntukan itu dimohon menerusi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang bertanggungjawab memantau punca air di seluruh negara.

Katanya, kerajaan negeri sudah mengenal pasti kawasan sepanjang tiga kilometer di Sungai Kinta melalui bandaraya Ipoh yang perlu dibersihkan.

Beliau berkata, sebahagian lagi peruntukan itu akan digunakan untuk mengekalkan kebersihan Sungai Perak yang menjadi sumber bekalan air mentah sebahagian besar penduduk negeri ini.

"Bagi Sungai Kinta, kita mahu mengadakan sistem penapisan dalam sungai bagi mengelakkan sampah-sarap hanyut dan memasuki kawasan bandaraya Ipoh.

"Bagi Sungai Perak, kerajaan negeri akan menggunakan dana ini untuk mengelakkan pencemaran kerana sungai ini membekalkan sumber air mentah di negeri ini," katanya kepada pemberita di sini, kelmarin.

Perdana Menteri selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Sumber Air Negara Ketiga di Putrajaya, baru-baru ini, berkata Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan program pengurusan lembangan sungai bersepadu membabitkan semua negeri bagi memastikan sumber air mentah utama negara tidak tercemar.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga berkata, Menteri Besar dan Ketua Menteri diarah mengambil tindakan bagi menghentikan penyaluran air kotor, sampah atau sisa industri dari rumah dan kilang ke sungai berhampiran.

Tajol Rosli berkata, Sungai Kinta yang bersih akan menjadi satu lagi daya tarikan pelancong di Perak, terutama dalam bandaraya Ipoh.

Katanya, kerajaan negeri menerima permohonan daripada pihak swasta yang bercadang mendirikan hotel lima bintang dan apartmen di Jalan Istana, pinggir Sungai Kinta, berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Beliau berkata, hotel 500 bilik dan 250 unit apartmen itu akan dibangunkan seperti 'waterfront' atau dermaga di Sungai Rejang, Kuching, Sarawak.

"Kita sedang meneliti permohonan syarikat ini untuk membangunkan projek ala waterfront di Kuching.

"Sekarang, tanah lebih sehektar ini masih kosong dan kita akan berbincang Majlis Bandaraya Ipoh untuk memutuskan permohonan syarikat ini," katanya.

Gemukkkkkkk Publish time 2-5-2007 01:19 PM

New stops north of Rawang for KTM
By CHRISTINA LOW

IN less than a month抯 time the public would be able to stop at three new railway stations after Rawang.

The three stations are Serendah, Batang Kali and Rasa, which is part of the Rawang-Ipoh double-tracking project which was completed in December last year.

籑ost of our railway tracks are more than a century old

Gemukkkkkkk Publish time 2-5-2007 01:21 PM

Akademi penerbangan termoden Asia dibina

RAI KEJAYAAN: Pelatih gembira selepas latihan Kursus Military Wing Standard di Ipoh, semalam.

IPOH: Akademi Penerbangan Berintegrasi akan membina sebuah kompleks latihan penerbangan, dianggap antara tercanggih dan termoden di Asia bernilai lebih RM30 juta di sini.

Namun, hasrat itu hanya akan tercapai apabila kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri mencapai kata putus meluluskan kawasan seluas empat hektar berhampiran Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di sini, kepada akademi berkenaan.

Pengarah Urusan Akademi Penerbangan Integrasi, Mejar (B) Mohd Halim Aziz, berkata satu kawasan sudah pun diperuntukkan kerajaan Perak untuk tujuan itu kira-kira dua tahun lalu tetapi kerja pembinaannya belum dapat dilakukan kerana menghadapi masalah pertukaran hak milik tanah.

Beliau berkata, pihaknya masih menunggu pemindahan tanah dan sudah mengusulkan perkara itu kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali dan agensi kerajaan lain dari semasa ke semasa tetapi belum mencapai sebarang penyelesaian.

"Kompleks akademi penerbangan ini sepatutnya sudah siap tahun ini tetapi masih tertangguh sebab masalah tapak. Dua pertiga daripada kawasan itu adalah milik kerajaan persekutuan dan ia mungkin menjadi punca kelewatan.

"Kompleks itu perlu dibina berhampiran kawasan lapangan terbang bagi memudahkan latihan penerbangan melainkan wujud perkhidmatan seperti landasan sedia ada di tempat lain," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas majlis tamat latihan 16 Pegawai Tentera Darat dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam Kursus Penerbangan `Military Wing Standard Siri 2/05'.

Majlis itu disempurnakan Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt-Jen Datuk Masood Zainal Abidin yang kemudiannya menyampaikan sayap dan anugerah kepada juruterbang yang menamatkan latihan.

Dua belas pegawai dari Tentera Darat dan empat TLDM menamatkan latihan masing-masing semalam, selepas latihan selama 15 bulan di akademi berkenaan yang sudah melatih sebanyak 80 juruterbang berkualiti sejak mula beroperasi pada 2005.

Pada majlis itu, Kapten Fadli Fahmi Mohd Rasidi, 28, dari Kor Kesihatan Tentera Darat menjadi pelatih terbaik keseluruhan.

Gemukkkkkkk Publish time 2-5-2007 01:22 PM

sempat buat updates untuk ipoh sahaja kali ni..sori takde link tapi boleh check gunakan Google, BERNAMA, BizEDGE, etc. ok..


Lapangan Terbang Ipoh Tempat Berlepas Ke Angkasa Lepas?

Sunway City Ipoh In Tie-up To Woo Korean Senior Citizens

Under The Shade Of The Ipoh Tree

Perak Woos Indian Steel Co To Produce Sponge Iron

Ipoh goes one up on Cyberjaya

Perak Aims To Attract RM1 Bln Foreign Direct Investment

Kompleks akademi penerbangan (RM30 juta) di Ipoh

Meredah gua batu kapur Tambun

Dua projek perlu dana RM700 juta

RM15j diperlukan bersih dua sungai

New stops north of Rawang for KTM

Akademi penerbangan termoden Asia dibina



:funk:fuhh penat..kalau rajin, aku update lagi bila ada masa ok...:L

in2eryn Publish time 3-5-2007 11:42 AM

Makam Diraja terbiar miliki nilai sejarah
Oleh Mustafa Ngah Mansor


Pihak berkuasa diminta pulihara 慣anah Bersejarah

in2eryn Publish time 3-5-2007 11:50 AM

Karnival Jom Heboh di Stadium Indera Mulia Sabtu, Ahad


IPOH: TV3 dengan kerjasama Kerajaan Perak menganjurkan Karnival Jom Heboh 2007 di pekarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh, Sabtu dan Ahad ini.





Karnival itu menemukan orang ramai dengan pengendali rangkaian stesen televisyen dan radio di bawah kumpulan Media Prima Berhad (Media Prima) seperti tv9, Hot FM, Fly FM dan akhbar Harian Metro.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan TV3 di sini, semalam, Jom Heboh di Perak bermula Jumaat ini dengan siaran langsung rancangan Al-Kuliyah di pekarangan Stadium Indera Mulia pada 5 petang.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim dijangka berada di set rancangan berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima, Datuk Farid Ridzuan dijangka menyampaikan sumbangan RM10,000 untuk tabung kebajikan Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali dijemput menghadiri majlis itu pada jam 3 petang Ahad.

Mohd Tajol dan Farid juga akan menyertai perlawanan bowling persahabatan antara pegawai kerajaan negeri dengan eksekutif TV3 pada 8 malam hari sama.

Karnival Jom Heboh 2007 di Perak diakhiri dengan konsert bermula 9 malam di pekarangan Stadium Indera Mulia.

Antara artis yang akan membuat persembahan ialah Adibah Noor, Misha Omar, Waheeda, Fazli Zainal, Flop Poppy dan Hattan.

in2eryn Publish time 3-5-2007 11:56 AM

Feri Kuala Kurau henti khidmat
Oleh Yahya Awang


PARIT BUNTAR: Perkhidmatan Feri Kuala Kurau, yang sudah beroperasi sejak 20 tahun lalu bagi membawa orang ramai berulang alik dari pekan Kuala Kurau ke Kampung Seberang dan Kuala Gula, dekat sini, akan ditamatkan khidmatnya pada 1 Mei ini.





Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Ho Cheng Wang, berkata kerajaan negeri membuat keputusan menamatkan khidmat operasi feri terbabit selepas jambatan Kuala Kurau beroperasi dua tahun lalu.

Beliau berkata, perkhidmatan feri milik Jabatan Kerja Raya (JKR) itu yang beroperasi sejak 1987 ditamatkan kerana terlalu uzur dan boleh membahayakan penumpang jika ia terus digunakan.

"Kita bimbang tragedi feri karam seperti yang berlaku pada perkhidmatan feri Sungai Kerian menghubungkan antara pekan Parit Buntar dan Bandar Baru, Kedah, pada 1972 berulang yang menyebabkan kehilangan banyak nyawa.

"Selain itu, tidak selamat kos pengendalian perkhidmatan feri terbabit juga agak tinggi," katanya pada sidang media selepas melawat dan meninjau feri Kuala Kurau, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kurau, Salleh Md Desa; Pengarah JKR negeri, Datuk Wong Wai Ching dan Jurutera JKR Daerah Kerian, Mohd Yusof Musa.

Ho yang juga Adun Pokok Assam berkata, berikutan dengan penamatan khidmat feri Kuala Kurau itu, kerajaan negeri meluluskan pembinaan jejambat sepanjang 250 meter dan lebar 2.5 meter menyeberangi Sungai Kurau, bagi kegunaan pejalan kaki, penunggang basikal dan motosikal.

Beliau berkata, kos pembinaan jejambat konkrit itu bernilai RM3 juta dan pembinaannya akan dimulakan Jun ini dan dijangka siap dalam tempoh setahun.

Katanya, sementara menunggu jejambat itu siap pengguna dari Kampung Seberang dan Kuala Gula yang hendak ke pekan Kuala Kurau akan disediakan perkhidmatan bas percuma.

Syarikat Layar Duta sudah diberi kebenaran menjalankan khidmat bas percuma itu dengan 16 perjalanan setiap hari mulai jam 6 pagi hingga 9 malam bagi faedah kira-kira 6000 penduduk di kawasan terbabit.

"Kerajaan negeri membayar RM200,000 kepada syarikat bas terbabit bagi mengendalikan perkhidmatan bas percuma itu sehingga jejambat yang dibina siap.

"Penyediaan perkhidmatan bas itu bagi memudahkan penduduk dari Kampung Seberang dan Kuala Gula serta sekitarnya berulang alik ke Kuala Kurau setiap hari terutama pelajar sekolah dengan melalui jambatan Kuala Kurau," katanya.

in2eryn Publish time 3-5-2007 01:50 PM

Dua sesat 16 jam ditemui selamat
Oleh Rasheffa Abdul Rashid


IPOH: Dua beradik yang dilaporkan hilang 16 jam di Bukit Kledang di Menglembu dekat sini, kelmarin, dijumpai selamat oleh sekumpulan pelari persatuan Hash House Harriers (HHH) yang menjalani latihan di kawasan itu, pagi semalam.

Foong Wan Ting, 19, seorang pekerja kilang dan adiknya, Foong Kah Fatt, 11, berasal dari Menglembu ditemui dalam keadaan lesu dan kelaparan dengan beberapa kesan calar dan lebam di badan serta kaki mereka.

Kedua-dua mereka yang ditemui jam 10.15 pagi semalam, kemudian dihantar ke Hospital Ipoh (HI) untuk menjalani pemeriksaan dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

Bapa mereka, Foong Chee Wong, 49, berkata sebelum meninggalkan rumah kira-kira jam 4 petang, Selasa lalu, anaknya memberitahu mereka ke Pasir Puteh dekat sini, tetapi terkejut apabila menerima panggilan Wan Ting kira-kira jam 7.30 malam mengatakan mereka sesat di Bukit Kledang.

"Selepas menerima panggilan itu saya terus membuat laporan polis dan keluar mencari mereka. Saya juga tidur di kaki bukit menunggu mungkin mereka dapat mencari jalan keluar.

"Saya berterima kasih kepada pihak yang menemui anak saya serta semua pihak yang bekerjasama dalam operasi itu," katanya, di sini, semalam.

Gerakan mencari dan menyelamat membabitkan sepasukan anggota polis dan bomba dilancarkan tengah malam kelmarin, bagaimanapun dihentikan kira-kira jam 4.30 pagi semalam selepas usaha mencari kedua-dua beradik itu gagal.

Bagaimanapun, operasi mencari pasangan adik beradik itu diteruskan semula kira-kira jam 7.45 pagi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan, Roszaman Wok, berkata pasukan mencari dapat mendengar laungan meminta pertolongan daripada dua beradik itu, tetapi tidak dapat mengenal pasti lokasi sebenar mereka di dalam hutan.

Pada masa sama, katanya, ahli HHH yang sedang menjalani latihan larian di bukit itu turut membantu mencari mereka.

Sementara itu, seorang ahli HHH, Goh Ah Poon, berkata ketika Wan Ting dan Kah Fatt ditemui keadaan mereka agak menyedihkan kerana duduk bersama-sama di hujung bukit dan kelihatan sangat letih.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Lai Yong Heng, berkata sebelum sesat dua beradik itu berjalan sehingga ke stesen penghantaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) di atas bukit menerusi jalan raya sebelum menjejaki denai di hutan.

Gemukkkkkkk Publish time 3-5-2007 01:55 PM

Reply #252 in2eryn's post

dedulu rajin jugak panjat bukit kledang ni.. syok wooo.. pemandangan dari atas pun cantik je..kalau weekends, memang padat dengan penduduk-penduduk yang bersenam naik-turun bukit ni..

apouy Publish time 3-5-2007 02:00 PM

diorg wat jungle trekking ke??? :o

Gemukkkkkkk Publish time 3-5-2007 02:08 PM

kat situ petang-petang memang ramai dok turun-naik.. ada jalanraya naik ke atas ke stesen rtm (& tnb rasanya)..sepanjang jalan, ada disediakan tempat rehat..hampir di atas, ada kemudahan nak buat senaman..kalau nak terus lagi, memang boleh..sampai la ke stesen pemancar rtm rasanya..

selain itu, ada juga trek-trek lain untuk jungle trekking..HHH pun biasa buat larian di sekitar situ setiap minggu..

in2eryn Publish time 3-5-2007 02:11 PM

tp skang agak banyak le kes hilang kat bukit kledang nih. sblm ni pun ada jadi jugak..
aku penah sekali naik. masa sekolah dulu. semput dibueknyo. ;P

Gemukkkkkkk Publish time 3-5-2007 02:13 PM

memang semput, kalau tak biasa.. bila dah biasa, hu hu hu, jogging ke atas aje.. tapi tu dedulu lah, sekarang, jangan harap aku berani nak berlagak ego boleh jogging ke atas :mad:

in2eryn Publish time 3-5-2007 02:18 PM

Reply #257 Gemukkkkkkk's post

;P
hu.. letih woo.. aku masa tu 1 st time naik.. ikut kawan2 n cikgu
itu 1 kali je pun aku naik, pas tu tak pegi dah.. :lol:

Gemukkkkkkk Publish time 3-5-2007 02:21 PM

Reply #258 in2eryn's post

letih, memang letih kalau kali pertama.. semput wooo.. ada yang tak tak larat sampai ke atas..

shahx Publish time 8-5-2007 06:19 PM

berlaku depan mate aku semalam... huhu..

Ditembak dalam cubaan samun
Oleh Hafizan Taib
am@hmetro.com.my

PANTAI REMIS: Seorang lelaki berusia 50-an dipercayai baru mengeluarkan wang tunai berjumlah RM52,000 dari sebuah bank, di sini, cedera pada tangan kanan selepas ditembak seorang lelaki tidak dikenali, semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari ketika mangsa, yang juga seorang pengusaha sebuah ladang ternakan di Segari, di sini, berjalan keluar dari bank terbabit menuju ke keretanya.

Difahamkan, seorang lelaki tiba-tiba muncul, sebelum melepaskan tembakan ketika mangsa memasuki kereta menyebabkan tangan kanannya cedera.

Sumber berkata, mangsa dipercayai baru mengeluarkan wang dari sebuah bank sebelum berjalan menuju ke keretanya yang diletakkan berhampiran untuk pulang ke ladang ternakan.

Menurutnya, wang terbabit dikeluarkan untuk pembayaran gaji pekerja di ladang terbabit.

揝ebaik mangsa memasuki kereta, tiba-tiba seorang lelaki menghampirinya menyebabkan dia mengunci pintu kereta sebelum memecut kereta terbabit bagi menyelamatkan diri.

揃agaimanapun, lelaki itu dipercayai sempat melepaskan satu tembakan ke arah kenderaan dipandu mangsa yang menyebabkannya mengalami kecederaan,
Pages: 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 [13] 14 15 16 17 18 19 20 21 22
View full version: BERITA PERAK DI MEDIA-MEDIA


ADVERTISEMENT