zamri_dobi Publish time 15-12-2007 07:17 PM

Reply #31 polis_kata_jgn's post

Untuk makluman, mesin yang dikeluarkan oleh syarikat saya 100% heavy duty dan tahan lasak untuk apa jua keadaan. Ada sesetengah pengeluar menggunakan mesin jenis domestik yang diubahsuai kepada coin operated. Kalau dibandingkan dari segi harga memanglah berbeza, begitu juga jika dibandingkan dari segi ketahanan & technology.

Dari segi technology mesin washer ciptaan syarikat kami adalah SMART DRIVE SYSTEM iaitu yang pertama di dunia. Keupayaan adalah berkadar terus loading & water pressure. Jadi ia menjimatkan penggunaan elektrik dan masa untuk menghabiskan pada satu-satu cycle.

Pada system coin pula, syarikat kami telah design menggunakan 2 bank memory detected. Bermaksud, dalam satu-satu masa 6 jenis syiling dari 2 country yang berbeza boleh digunakan serentak. Contoh, kami boleh setting 6 jenis coin malaysia pada bank A memory detected dan 6 jenis coin indonesia pada bank B memory detected.

Dari segi ketahanan, sehingga kasut askar pun bole dibasuh menggunakan mesin ciptaan syarikat kami.

polis_kata_jgn Publish time 18-12-2007 11:15 AM

Originally posted by zamri_dobi at 15-12-2007 07:17 PM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif
Untuk makluman, mesin yang dikeluarkan oleh syarikat saya 100% heavy duty dan tahan lasak untuk apa jua keadaan. Ada sesetengah pengeluar menggunakan mesin jenis domestik yang diubahsuai kepada c ...

kalau sebegitu tahan lasak, saya cadangkan tempoh warranti dipanjangkan sehingga 3 ke 5 tahun. Sekurang-kurangnya pengusaha tak bimbang mesin rosak sebelum mendapat pulangan penuh drpd pelaburan mereka.

myohmy Publish time 18-12-2007 11:37 AM

mcm best bunyiknya...pale dah start memikir lokasi nih

zaidi_uitm Publish time 18-12-2007 12:21 PM

Reply #28 zamri_dobi's post

zamri..................

washer brape kg..............?

dryer brape kg..............?

myohmy Publish time 18-12-2007 12:24 PM

Reply #35 zaidi_uitm's post

rujuk 1st posting

zamri_dobi Publish time 19-12-2007 11:29 PM

Reply #36 myohmy's post

Terima kasih myohmy ,

Untuk pengetahuan semua, selain daripada kapasiti 10.5 kg, syarikat kami juga menyediakan mesin berkapasiti 8.5kg dan juga 7.5 kg.

zaidi_uitm Publish time 20-12-2007 07:09 PM

Reply #36 myohmy's post

mekasih myohmy..................

edot_jamil Publish time 26-12-2007 11:23 PM

As'salammualaikum semua...

apa khabar?harap semuasihat..di sini saya ingin menyatakan pendaftaran telah dibuka kepadasesiapa yg berminat utk menghadiri kursus dobi pada bulan satu tahun2008...tuan puan boleh mendaftarkan diri dengan menghantarkan kepadaemail edot_jamil@yahoo.com nama dan no HP tuan2 dan puan2....

kemungkinanbesar kursus itu akan diadakan pada tarikh 19 & 20 ataupun 26 &27 januari tahun hadapan...seat terhad ye..bilik tersebut hanya mampumenampung 20 peserta sahaja dalam satu masa...

bayaran adalah rm250 seorang rm450 ( pasangan suami isteri )
tempat di Jalan J9 taman melawati
makan minum disediakan...

setakatini seramai 10 telah confirm hadir...maknanya hanya tinggal lagi 10tempat sahaja...kepada mereka yg ingin menyertai kursus tetapi tidakdapat hadir ke kursus bulan 1 ini..boleh daftar utk bulan februarypunya...

sekian terima kasih..

firdauz jamil

woh_getoh Publish time 27-12-2007 01:21 AM

firdaus.. bapa u bila balik dr tanah suci? harap2 beliau sihat..

zaidi_uitm Publish time 27-12-2007 08:04 AM

Reply #170 edot_jamil's post

firdauz.............

saya berharap kursus tu dapat dijalankan pada 19 dan 20 januari............

edot_jamil Publish time 27-12-2007 08:55 AM

Reply #171 woh_getoh's post

Belum lagi..Alhamdulillah semua sihat...ayah saya akan balik Jumaat depan...terima kasih atas doa en woh_getoh...

InsyaAllah...jumpa kita nanti masa kursus...apa apap pun setelah tarikh ditetapkan nanti..saya akan beritahu dalam forum ini...tapi dia diantara dua tarikh tu lahhh....

terima kasih...

:)

kegimaru Publish time 27-12-2007 10:07 AM

sekiranya saya berminat tetapi tinggal di perlis..so camna?

zamri_dobi Publish time 27-12-2007 11:10 PM

Reply #39 kegimaru's post

Untuk pengetahuan semua, syarikat kami ada agent yang bertauliah dan juruteknik di seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Pihak syarikat juga memberi latihan secara percuma kepada pelanggan-pelanggan bagaimana untuk menyelenggara mesin-mesin ini sekiranya ada masalah.

Sekiranya kegimaru berminat untuk membuka kedai di sana, kami sudah ada juruteknik di sana.

kegimaru Publish time 28-12-2007 09:18 AM

mcm mana dgn kos penghantaran ke perlis?

plum_candy Publish time 28-12-2007 11:07 AM

salam en. firdaus..
saya ada pm kat u smlm utk dptkan detail spesifikasi machine dry cleaning tu...boleh tak bagi kat saya....

lg satu..kalau boleh tetapkan tarikh kursus tu bila sebab saya nak beli tiket utk ke sana...maklumlah saya ni jauh di sandakan....

zamri_dobi Publish time 28-12-2007 12:49 PM

Reply #41 kegimaru's post

segala kos penghantaran ke seluruh semenanjung malaysia adalah percuma.

azharfcsit Publish time 29-12-2007 07:15 AM

pasang kt kolej 9 um..
mmg bagus mesin tu..
sempat gak la guna yg kt kolej 9 tu..
member2 le ajak guna..katanye senang..
org luar pun ada gak dtg guna...30-45 minit siap..
murah pun murah..tak ingat dah bapa harga..
cuci 3.50 pastu kering 2.00 kot..

zamri_dobi Publish time 29-12-2007 03:35 PM

Reply #43 azharfcsit's post

Terima kasih kerana menggunakan mesin daripada syarikat kami.
Untuk pengetahuan semua, mesin yang ada di kolej 9 Universiti Malaya sudah 4 tahun beroperasi.
Charge untuk washer RM 2.50 setiap cucian dan dryer RM 2.00.

zamri_dobi Publish time 29-12-2007 03:55 PM

Antara outlet di seluruh semenanjung Malaysia yang menggunakan mesin keluaran daripda syarikat kami adalah :

BUTIR

edot_jamil Publish time 30-12-2007 11:52 PM

Reply #174 plum_candy's post

Saya dah postkan spec machine yg dipinta...harap dapat membantu..pasal tarikh kursus..sebaik sahaja bapa saya pulang dari tanah suci saya akan tanya beliau...dah bila dah dapat tarikh tu saya akan umumkan di forum ini...:)
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 [11] 12 13 14 15 16 17 18 19
View full version: DOBI [MERGE]


ADVERTISEMENT