san_2006 Publish time 2-1-2008 02:49 PM

Originally posted by edot_jamil at 30-12-2007 11:52 PM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif
Saya dah postkan spec machine yg dipinta...harap dapat membantu..pasal tarikh kursus..sebaik sahaja bapa saya pulang dari tanah suci saya akan tanya beliau...dah bila dah dapat tarikh tu saya aka ...


Dah ada ke tarikh utk kursus yg seterusnya..macam berminat utk hadiri kursus ni..

zaidi_uitm Publish time 2-1-2008 04:01 PM

testing.............

zaidi_uitm Publish time 2-1-2008 04:11 PM

aiiii...............

server porem ni dah mengong balik ke..................???

plum_candy Publish time 4-1-2008 03:03 PM

firdaus, hari ni en. jamil balik kan? so, kalau tarikh untuk kursus tu dah ditetapkan jgn lupa bagi tau kat sini cepat-cepat yer...

edot_jamil Publish time 6-1-2008 06:55 PM

As'kum semua..tarikh kursus telah ditetapkan pada 26 & 27 januari ini...

tempat hanya tinggal lagi 3 ORG SAHAJA...sudah 22 org yg bayar deposit sebanyak rm50(mereka ni dah masukkan deposit walaupun tarikh belum lagi ditetapkan)...jadi kalau sesiapa yg berminat tolong masukkan duit secepat mungkin supaya saya boleh reserve kan tempat utk saudara saudari..

masukkan ke account CIMB 1441-000-9516-054 atas nama edots laundry station..kalau dah masuk TOLONG beritahu saya ye?

pendaftaran utk bulan 2 kini dibuka..dan tetapi tarikh masih belum ditetapkan...apa apa saya akan postkan dalam forum ini..terima kasih

firdauz haji jamil
e-dots laundry station
012-2850003

thedude Publish time 6-1-2008 11:15 PM

Info yang mantap .. terima kaseh edot_jamil

edot_jamil Publish time 7-1-2008 07:51 PM

As'kum semua..

disini ada satu pengumuman...kursus dobiutk tarikh 26 & 27 dah penuh..ada sesetengah tu saya terpaksa tolakke kursus bulan 2...

kepada yg akan menghadiri kursus bulan 1ni..jangan lupa bawa camera dan juga thumb drive..nota2 dan mkn minumutk kursus disediakan...

utk yg lain..

pendaftaran kursus utk bulan 2 sudah dibuka( tarikh belum lagi ditetapkan )...

kalaunak confirm kan tempat saudara saudari..diharapkan dapat masukkan terusdeposit sebanyak rm50 kedalam account CIMB 1441-000-9516-054 atas namaedots laundry station...

terima kasih semua...

pisangtiga Publish time 8-1-2008 01:41 PM

MALUNYA厖厖

izza_dude Publish time 10-1-2008 01:15 AM

ok... ni smart wash ke? sy berminat dgn program francais smart wash
nak tanya
machine dobi self service ni berapa minit utk satu2 cucian n dryer?
n berapa ringgit utk satu cucian n dryer?
bole setting masa n RM ke?


pasang kt kolej 9 um..
mmg bagus mesin tu..
sempat gak la guna yg kt kolej 9 tu..
member2 le ajak guna..katanye senang..
org luar pun ada gak dtg guna...30-45 minit siap..
murah pun murah..tak ingat dah bapa harga..
cuci 3.50 pastu kering 2.00 kot..

zamri_dobi Publish time 10-1-2008 07:32 PM

Reply #46 izza_dude's post

Company saya tidak terlibat langsung dengan SMART WASH, perniagaan dobi layan diri ini diurus semuanya oleh Z&Z Network Trading. Syarikat saya juga tiada mengenakan apa-apa francais royalti seperti mana-mana syarikat francais yang lain.

:) jawapan berapa lama mesin-mesin ini menghabiskan cucian :

mesin washer ciptaan syarikat kami adalah SMART DRIVE SYSTEM iaitu yang pertama di dunia. Keupayaannya adalah berkadar terus loading & water pressure. Jadi ia menjimatkan penggunaan elektrik dan masa untuk menghabiskan pada satu-satu cycle.

masa cucian adalah berkadar terus dengan loading baju & water pressure.
Kesimpulannya, sekiranya baju yang dimasukkan adalah sedikit ( penuh 10.5 kg ) maka masa yang di ambil adalah cepat. Contoh, sekiranya full loading dan dengan pressure air yang kuat, masa yang diambil adalah 45minit, sekiranya 5kg loading masa cucian sekitar 25 minit.

Untuk dryer saya ada 2 type, satu pakai auto sensor dry dan satu lagi pakai timer.
Untuk coin operated, dryer timer set untuk 45 minit yang mana kering untuk full loading termasuk pakaian jeans, selimut @ toto. Untuk dryer auto sensor dry bergantung kepada pakaian yang kita masukkan, sekiranya banyak jeans masa yang diambil sekitar 45 minit & sekiranya semuanya baju nipis masa yang diambil sekitar 25 minit.

:) jawapan berapa ringgit untuk satu cucian :

untuk kedai dobi, saya sarankan set pada harga RM 3.50 per cycle untuk washer & dryer
Untuk kolej @ universiti, kebiasaannya saya offer to management hostel pada kadar RM 2.50 hingga RM 3.00 untuk washer dan RM 2.00 untuk dryer

:) jawapn setting masa dan RM

Untuk dryer tiada masalah untuk setting masa, untuk washer kita hanya boleh setting masa pada wash tidak pada rinse & spin ( Untuk washer, kita ada masa cucian (wash), bilas ( rinse) dan putar ( spin ).

Untuk pengetahuan umum, washer keluaran syarikat kami mempunyai spin yang paling laju di dunia untuk level 10.5 kgiaitu 1000 rpm. 1000 pusingan dalam masa seminit berbanding dengan competitor yang lain hanya 600 rpm. Kenapa saya tekankan spin daripada washer syarikat kami kerana dengan 1000 rpm , proses masa pengeringan oleh dryer adalah singkat. Cuba anda bandingkan 600 rpm dengan 1000 rpm, yang spin 1000 rpm baju yang keluar dari washer akan menjadi hampir kering. sekiranya cuaca panas, hanya mengambil masa sejam untuk jemur toto sehingga kering.

Pada system coin pula, syarikat kami tiada masalah nak setting berapa ringgit yang customer mahu, maksimum hingga RM 99.99 . selain itu coin slot kami design menggunakan 2 bank memory detected. Bermaksud, dalam satu-satu masa 6 jenis syiling dari 2 country yang berbeza boleh digunakan serentak. Contoh, kami boleh setting 6 jenis coin malaysia pada bank A memory detected dan 6 jenis coin indonesia pada bank B memory detected.

izza_dude Publish time 11-1-2008 01:41 AM

en jamil saya nak tanya kedai dobi en jamil kat area mana sebenarnya?
puas saya jelajah satu taman melawati, taman permata dan wangsa melawati...
huhu
saya agak buta pasal jalan...

plum_candy Publish time 14-1-2008 10:53 AM

boleh tak en. jamil/firdauz bagi tau jadual penuh untuk kursus 26 & 27 januari ni..

lagi satu, mcm mana nak ke tempat kursus? kalau naik lrt mcm mana? sya ni dtg dr jauh...so tak berapa tau la...:$

edot_jamil Publish time 15-1-2008 05:46 AM

Reply #185 plum_candy's post

Boleh berikan saya email cik izza_dude dan plum candy?saya akan attachkan pelan lokasi...:)

plum_candy Publish time 15-1-2008 08:08 AM

ada tak budget hotel/hotel dekat2 sana?kalau boleh saya nak tau, nanti senang la saya nak cari awal...

izza_dude Publish time 15-1-2008 03:24 PM

izza_dude06@yahoo.com

edot_jamil Publish time 17-1-2008 07:23 PM

Reply #188 izza_dude's post

As'kum semua...

ok saya dah emailkan dah map ke dobi saya...

ada dua budget hotel di taman melawati..satu ialah melawati times in no tel 03-41474000
satu lagi adalah melawati in...tapi yg ni saya tak dapat no phone dia...harga sebilik sekitar rm30 ke rm60 semalam rasanya..saya pun tak berapa pasti..

tarikh kursus telah ditetapkan pada 23 & 24 Haribulan februari 2008 ..kepada yg berminat boleh daftarkan diri dengan memberikan butiran seperti nama penuh dan juga no handphone kepada email edot_jamil@yahoo.com..

kalau nak confirm terus boleh lah membayar rm50 deposit kedalam account cimb bank 1441-000-9516-054 atas nama edots laundry station..kalau dah masuk deposit tolong beritahu saya secepat mungkin ye..supaya saya boleh reservekan tempat tu utk saudara/i...

14 org sudah daftar tetapi baru 2 org sahaja yg confirm( dah masukkan deposit )...

sila bawa bersama:-
1)slip deposit saudara / saudari
2)thumbdrive / pendrive
3)camera

nota kami akan...sediakan...

tempat : 5433 jalan j9 taman melawati 53100 kuala
lumpur

waktu : 9 pagi 5 ptg

no phone : 03-41053611/012-2292907/012-2850003

kepada mereka yg masih belum membayar deposit diharap
dapat memasukkannya secepat mungkin bagi mengelakkan
sebarang masalah...kepada yg sudah bayar terima
kasih..

jangan lupa bawa slip tersebut pada waktu pendaftaran
nanti sebagai bahan bukti

firdauz jamil

amazed Publish time 18-1-2008 06:18 PM

masa aku cuti SPM duluaku kerja kat kedai dobi..best gak pengalaman tu.. panas weeeyy panas..tapi aku hargai lah experience tu

zamri_dobi Publish time 20-1-2008 10:06 AM

Salam buat semua,

Satu lagi outlet telah dibuka kedai Dobi Buble Save di Gong Badak, Kuala Terengganu.
Owner adalah Puan Zuhaiza Abuas/019 9600003. Tahniah buat beliau.

zamri_dobi Publish time 21-1-2008 12:08 PM

Salam semua....

http://i179.photobucket.com/albums/w320/zamrirazak/kedaiGongBadak.jpg

gambar kedai dobi di gong badak Kuala Terengganu

soullock Publish time 23-1-2008 02:24 PM

ada tak tuan lantik ejen2 utk market kan produk ni di luar kawasan lembah kelang. kalu ade saya berminat nak market kan produk ni, yang mane saya bole uruskan jugak modal yang diperlukan oleh pelabur.
Pages: 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 [12] 13 14 15 16 17 18 19
View full version: DOBI [MERGE]


ADVERTISEMENT